Tips & Doa Beli Rumah Impian Dalam Masa Yang Singkat
Tahukah anda, terdapat doa beli rumah yang boleh anda amalkan untuk membantu anda memiliki kediaman impian dengan mudah?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa beli rumah dan tips membelinya di usia muda.
Baca juga:
Gaji vs harga rumah yang mampu dibeli
Trend kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) yang kian meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keinginan kita memiliki rumah sendiri.
Harga rumah yang tinggi, di tambah tahap kewangan yang tidak kukuh juga menjadi halangan untuk golongan muda khususnya memiliki rumah di kawasan bandar.
Menurut Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad tentang harga rumah yang sesuai untuk dibeli mengikut tangga gaji.
Beliau berangapan agar kita elak dari membeli dan membayar rumah lebih daripada 35% jumlah pendapatan.
Berikut adalah harga rumah berdasarkan tangga gaji yang sesuai untuk dimiliki:
Jumlah Gaji | Harga Rumah | Jenis Rumah |
---|---|---|
RM 1800+ | RM 126,000 | Pasaran lelong, sekunder atau mohon rumah PPRT. |
RM 2500+ | RM 175,000 | Pasaran, sekunder, apartmet atau apartment atau mohon rumah PRIMA. |
RM 3500+ | RM 245,000 | Apartment, teres setingkat atau PRIMA. |
RM 4500+ | RM 315,000 | Pasaran baru, kondominium, teres setingkat, teres 2 tingkat di luar bandar. |
RM 5000+ | RM 350,000 | Pasaran baru, kondominium, teres setingkat, teres 2 tingkat, semi D di luar bandar. |
RM 10,000+ | RM 700,000 | Bunglow, semi D, penthouse, kondominium mewah. |
Doa beli rumah baru dengan duit sendiri
Terdapat beberapa doa ketika ingin membeli rumah yang boleh anda amalkan. Berikut adalah panduan teks Arab, Rumi, dan terjemahannya yang boleh anda baca.
1. Doa agar memiliki rumah
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺭﺏ ﺍﻟﺒﻴﺖﺃﺳﺄﻟﻚ ﺑﺠﺎﻩ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖﺃﻥ ﺗﻴﺴﺮ ﻟﻲ ﺧﻴﺮ ﺑﻴﺖﺣﺘﻰ ﻻ ﻧﻘﻮﻝ ﻳﺎ ﻟﻴﺖ
Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit
Maksudnya: “Ya allah engkau pemilik baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulallah agar engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak terucap seandainya aku punya rumah.”
2. Doa agar rumah yang mahu dibeli diberkahi
وَقُلْ رَّبِّ اَنۡزِلۡنِىۡ مُنۡزَلًا مُّبٰـرَكًا وَّاَنۡتَ خَيۡرُ الۡمُنۡزِلِيۡنَ
Wa qur Rabbi anzilnii munzalam mubaarakanw wa Anta khairul munziliin
Maksudnya: "Dan berdoalah, “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.”
3. Doa agar dipermudahkan urusan memberi rumah
إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ
Allahumma innii as-aluka khairal mawlaji wa khairal makhraji bismillahi wa lajnaa wa bismillahi kharajnaa wa ‘alaallahi rabbanaa tawakkalnaa.
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan rumah yang aku masuk dan dengan menyebut nama Allah aku keluar dan kepada Allah, Tuhan kami, kami bertawakkal."
4. Berdoa dengan selawat
Selain mengamalkan doa beli rumah ini anda juga boleh mengucapkan selawat setiap kali semasa berdoa.
Contoh selawat yang boleh anda ucapkan adalah seperti berikut:
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Shollallohu A’la Muhammad atau صَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد Shollallohu A’la Sayyidina Muhammad.
Tips beli rumah di usia muda
Sebenarnya tidak mustahil pun jika anda ingin memiliki rumah impian di usia yang muda.
Tentu selain berdoa, anda usaha-usaha lain yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan keinginan tersebut.
Berikut kami jelaskan secara ringkas tips untuk membeli rumah sebelum usia 30 tahun.
1. Buat tabung simpanan
Ada sesetengah orang yang memang sukar untuk menyimpan, tidak kiralah gajinya sikit atau banyak.
Jika anda antara golongan yang mempunyai sikap seperti itu, cuba paksa untuk menyimpan walau RM50 sebulan.
Cara yang paling senang adalah dengan menolak sebahagian daripada gaji bulanan anda daripada akaun simpanan anda ke dalam simpanan akaun simpanan 2, Tabung Haji dan sebagainya.
Namun, jangan sampai simpanan anda malah membebankan kewangan harian anda pula.
2. Buat bajet perbelanjaan bulanan
Buat bajet perbelanjaan bulanan adalah tips yang paling bijak dan berfikiran jauh untuk anda usahakan.
Ia bertindak sebagai “guideline” untuk memudahkan anda memantau perkembangan dan pergerakan kewangan anda setiap hari.
3. Cepat langsaikan hutang tertunggak
Apa sahaja hutang yang anda miliki sama ada hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang kedai atau sebagainya, pastikan ia dibayar mengikut aturan yang sudah dipersetujui.
Ingat, membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar.
Jika anda sudah memiliki hutang yang banyak di usia muda, bagaimana mungkin anda mampu untuk membeli rumah dengan mudah.
4. Buat kerja sampingan
Jika anda ingin memiliki rumah yang mewah dan selesa di luar dari kemampuan pendapatan anda ketika ini, anda boleh lakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan sedia ada.
Dengan cara ini, anda boleh meningkatkan tangga harga rumah yang boleh anda beli berdasarkan jumlah pendapatan.
Antara pekerjaan sampingan yang boleh anda lakukan adalah seperti menjual online, menjadi dropship, freelancer, ejen jualan dan sebagainya.
5. Pastikan skor kredit dalam keadaan cemerlang
Akhir sekali, pantau sentiasa skor kredit anda dari semasa ke sama. Dengan cara ini, ia boleh menyakinkan pihak bank untuk anda mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa beli rumah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Doa Agar Bisa Beli Rumah Yang Dapat Diamalkan Setiap Hari. Mudah Diingat! Berita 99
- Smart Tips to Buy Your Dream Home at a Young Age. Financial Express