Maksud Syafakallah, Syafahallah, Syafakillah, Syafahullah & Penggunaannya

Maksud syafakallah selalu diucapkan oleh orang Islam khususnya dalam penulisan atau di laman sosial, WhatApps, Telegram, WeChat dan sebagainya.

Namun begitu, sebenarnya ada juga ucapan-ucapan lain yang sesuai kita tulis atau ucapkan apabila terdengar kenalan kita sedang sakit.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan maksud syafakallah, syafahallah, syafakillah, dan syafahullah serta cara penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

Maksud Syafakallah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepadamu dan diucapkan untuk pesakit lelaki.

Maksud Syafahallah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit wanita atau perempuan.

Maksud Syafakillah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan padamu dan diucapkan untuk pesakit wanita atau perempuan.

Maksud Syafahullah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit lelaki.

Maksud Syafakumullah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan pada kalian dan diucapkan untuk pesakit lelaki.

Maksud Syafahumullah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan pada mereka dan diucapkan untuk pesakit lelaki.

Maksud Syafahunullah

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan pada mereka dan diucapkan untuk pesakit wanita atau perempuan.

Ganjaran mendoakan orang lain

Tabiat atau sikap suka mendoakan orang lai sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada diri kita.

Dalam sebuah hadis, daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima).

Di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu.

Amin! Engkau juga beroleh manfaat yang sama.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain turut menyatakan, doa yang paling cepat dimakbulkan Allah ialah doa secara ghaib iaitu dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Maka berdoalah dengan ikhlas kerana sebenarnya, amalan itu menyebabkan diri kita turut menerima doa daripada malaikat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan maksud syafakallah dan cara penggunaannya dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk rujukan semua.

Sumber:

  1. Maksud Perkataan Syafakallah & Syafahallah. My Wilayah
  2. Iryad Al-Hadith Siri Ke-108: Doa Seorang Sahabat Kepada Sahabatnya. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.