Hari Raya Haji 2023 / 1444H: Tarikh Sambutan di Malaysia

Bilakah tarikh dan masa Hari Raya Haji 2023 di Malaysia bagi seluruh umat Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sambutan perayaan Hari Raya Haji bagi tahun 2023.

Maksud Aidil Adha

Hari Raya Haji 2023

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji adalah merupakan perayaan yang disambt oleh umat Islam di seluruh dunia.

Perayaan ini disambut pada 10 Zulhijjah iaitu bermula dengan takbir Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah.

Kemudian, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Istimewanya perayaan ini bertujuan untuk memperingatkan umat Islam akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail AS dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Sejarah di sebalik sambutan Hari Raya Haji

Hari Raya Haji disambut oleh umat Islam di seluruh dunia untuk mengenang kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah.

Menurut kitab suci Islam, Al-Quran, Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah dalam mimpi untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail, sebagai tanda pengorbanan dan ketaatan mutlak. Walaupun Nabi Ibrahim sangat sayangkan anaknya, beliau bersedia untuk mematuhi perintah Allah.

Apabila beliau hampir menyembelih anaknya, Allah menghentikan beliau dan menggantikan Nabi Ismail dengan seekor biri-biri untuk disembelih. Peristiwa ini diperingati sebagai simbol ketaatan dan pengorbanan yang luar biasa dalam agama Islam.

Pada Hari Raya Haji, umat Islam yang mampu akan menyembelih haiwan seperti lembu, kambing, atau biri-biri sebagai bagian dari perayaan ini.

Pengorbanan ini bukan sahaja untuk mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim, tetapi juga sebagai cara untuk membantu yang memerlukan. Daging dari haiwan yang disembelih biasanya akan dibahagikan kepada yang miskin dan memerlukan.

Perayaan ini juga bertepatan dengan haji, ziarah wajib yang dilakukan oleh umat Islam ke Mekah, Arab Saudi.

Haji adalah salah satu dari Rukun Islam, atau lima tanggung jawab utama yang harus dipatuhi oleh setiap Muslim yang mampu melakukannya.

Beza Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Haji 2023

Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha merupakan dua perayaan yang sangat penting dalam kalender Islam, tetapi masing-masing mempunyai sejarah dan amalan yang berbeza.

PerbezaaanHari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha
GelaranHari Raya PuasaHari Raya Haji atau Hari Raya Korban
Tempoh sambutanDisambut pada hari pertama bulan Syawal, iaitu bulan sepuluh dalam kalendar HijrahDisambut pada hari ke-10 dalam bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah
TujuanPerayaan ini adalah masa untuk merayakan dan bersyukur atas keberhasilan dalam menjalankan puasa dan menahan diri dari nafsu duniawi.Perayaan ini adalah untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang ditugaskan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail, sebagai tanda ketaatan mutlak
Tradisi Makanan khas, berdoa di masjid, bertemu dengan keluarga dan memberi “duit raya” kepada anak-anak.Umat Islam yang mampu akan menyembelih haiwan seperti lembu atau biri-biri sebagai bahagian dari perayaan ini, dan dagingnya biasanya akan dibahagi-bahagikan kepada yang memerlukan.

Jadi, walaupun kedua-dua perayaan ini adalah perayaan yang penting dan disambut dengan penuh semangat oleh umat Islam, mereka mempunyai fokus dan sejarah yang berbeza.

Hari Raya Aidilfitri lebih berfokus pada perayaan dan syukur setelah bulan Ramadhan, sementara Hari Raya Aidiladha lebih berfokus pada pengorbanan dan bantuan kepada yang memerlukan.

Tarikh hari raya Aidiladha 2023

Wukuf 2023

Tarikh hari raya Aidiladha 2023 di Malaysia adalah pada 10 Zulhijjah 1444H iaitu 29 Jun 2023.

Namun begitu sama seperti Hari Raya Aidilfitri, tarikh permulaan bulan Zulhijjah ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan disiarkan secara langsung di setiap televisyen tempatan.

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Tarikh dan tempat untuk melihat anak bulan Zulhijjah

Dilaporkan tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijjah adalah pada lewat patang hari Isnin, 19 Jun 2023 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1444 H.

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk lihat anak Bulan Zulhijjah:

Perlis

  • Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Selangor

  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Negeri Sembilan

  • Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Johor

  • Pontian Kecil

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Sarawak

  • Esplanade Luak, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu

Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Pahang

  • Bukit Tanjong Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

Jadual cuti sekolah musim perayaan 2023

Jadual ini dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

  • Kumpulan A: (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu)
  • Kumpulan B: (Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor)
Takwim SekolahMulaAkhirNegeri
Cuti Tahun Baru Cina22 Jan 2023
(Ahad)
24 Jan 2023
(Selesa)
Kumpulan A
Cuti Tahun Baru Cina20 Jan 2023
(Jumaat)
23 Jan 2023
(Isnis)
Kumpulan B
Cuti Hari Raya Aidilfitri20 Apr 2023
(Khamis)
23 Apr 2023
(Ahad)
Kumpulan A
Cuti Hari Raya Aidilfitri20 Apr 2023
(Khamis)
24 Apr 2023
(Isnin)
Kumpulan B
Cuti Hari Raya Haji28 Jun 2023
(Rabu)
29 Jun 2023
(Khamis)
Kumpulan A
Cuti Hari Raya Haji28 Jun 2023
(Rabu)
30 Jun 2023
(Jumaat)
Kumpulan B
Cuti Deepavali12 Nov 2023
(Ahad)
13 Nov 2023
(Isnin)
Kumpulan A dan Sarawak
Cuti Deepavali12 Nov 2023
(Ahad)
14 Nov 2023
(Selesa)
Semua Negeri Kumpulan
B kecuali Sarawak
Cuti Tahun Baru Cina9 Feb 2024
(Jumaat)
12 Feb 2024
(Isnin)
Kumpulan B

Kesimpulan

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai tarikh dan masa Hari Raya Aidiladha 2023 / 1444H bagi negara Malaysia dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Irsyad AL-Fatwa Haji dan Korban Siri Ke-20: Kaifiat dan Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.