Kota Al-Ula Haram Ke Kalau Datang Melancong?

Apakah hukum umat Islam melancong ke kota Al-Ula haram atau pun tidak?

Sejak akhir-akhir ini, isu umat Islam melancong ke kota Al-Ula sering menjadi perhatian umum.

Bahkan sehingga ada yang mengharamkan perbuatan sesetengah influencer yang berfoto di sana.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan sejarah kota Al-Ula dan hukum melawat ke tempat tersebut.

Baca juga:

Apa itu kota Al-Ula?

kota al-ula haram

Kota Al-Ula adalah sebuah bandar kuno, penuh bersejarah dan terletak di sebuah oasis yang dikelilingi oleh pegunungan pasir dan gurun.

Lokasi tepatnya terletak di wilayah Hejaz, Arab Saudi mempunyai keluasan 22,561km². 

Menurut sejarah, kota ini sudah pernah di diami sejak lebih dari 4.000 tahun yang lalu dan telah menjadi pusat budaya dan perdagangan yang penting selama berabad-abad.

Kota ini juga memiliki iklim yang kering dan hangat, dengan suhu tahunan sekitar 25 darjah Celcius.

Jika anda berada di kota Madinah Al-Munawwarah, anda memerlukan sekitar 300 kilometer untuk sampai ke Kota Al-Ula.

Al-Ula mula dijadikan tempat pelancongan dunia secara rasmi pada 2019 melalui projek pembangunan pelancongan yang dipanggil “Wawasan 2030″.

Keputusan ini diambil kerana usaha kerajaan Arab Saudi untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi baru selain bergantung kepada minyak.

Hukum melawat ke kota Al-Ula haram ke?

kota al-ula haram

Tidak ada sebarang fatwa atau hukum dikeluarkan oleh mana-mana mufti antarabangsa atau dari Arab Saudi sendiri berkenaan perkara itu.

Menurut Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, larangan Nabi SAW berkunjung ke Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak seperti haramnya zina, minum arak dan lain-lain.

Dalam memahami hukum melawat ke kota Al-Ula ini, ada beberapa perkara yang perlu anda fahami terlebih dahulu.

Pertama, faham akan larangan Nabi SAW terhadap Madain Saleh bukan bersifat haram mutlak, seperti mana haramnya arak dan zina, tetapi larangan itu bersifat makruh.

Hal ini jelas bahawa meskipun terdapat hujah dan dalil lain berkenaan hal ini, tetapi Nabi SAW tidak melarang perbuatan tersebut.

Namun sebaliknya, baginda tidak menyarankan agar sesiapa melalui tempat itu termasuk kawasan dilaknat yang lain.

Nabi SAW juga meminta sahabat agar menangisi dan bermuhasabah diri. Dalam kata lain, kita tidak boleh pergi ke sana untuk bersuka ria atau berhibur.

Pergi ke sana sebetulnya, kita perlu ambil iktibar dan apabila pulang, ceritakan pengajaran yang ada kepada orang sekeliling di negara kita.

Kenapa dilarang melancong ke sana?

Satu peristiwa besar telah berlaku di wilayah lembah Al-Hijr (Mada’in Saleh atau Kota Nabi Saleh AS yang kini lebih dikenali sebagai Hegra) yang terletak di wilayah Al Ula, mengaitkan kaum Tsamud penduduk kawasan tersebut dan Nabi Saleh AS.

Kaum Tsamud terkenal sebagai kaum yang sangat maju dan kepakaran mereka dalam bidang ukiran memahat gunung-ganang yang dijadikan rumah.

Selain itu juga, mereka diberikan Allah SWT tanah yang subur serta taman-taman yang indah.

Namun disebabkan kemakmuran dan kegemilangan hidup, kaum Tsamud semakin menyimpang daripada agama Allah.

Mereka mulai membina patung-patung dan menyembah berhala. Sehingga Allah SWT mengutuskan Nabi Saleh AS daripada kaum Tsamud bagi memberi peringatan agar mereka segera bertaubat kepada Allah SWT.

Dalam surah Al-Hud, ayat 61, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata:

‘Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya.

Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya).”

Namun begitu, Nabi Salleh AS terus di cabar oleh kaum Tsambud sendiri, dan hanya sedikit yang bertaubat dan mengikutinya.

Sehinggalah azab Allah telah menghancurkan kaum Tsamud yang sombong dan bongkak itu.

Beza kota Al-Ula dan Mada’in Saleh

@mohdfaizalzulkifly

Boleh ke orang Islam berkunjung ke Al Ula?

♬ original sound – Mohd Faizal Zulkifly

Tempat-tempat yang dilaknat oleh Allah

Selain Mada’in Saleh, terdapat juga tempat-tempat lain yang boleh anda lawati. Antaranya seperti yang berikut:

1. Qasr Al Farid

kota al-ula haram

Qasr Al-Farid juga merupakan ikon dari Madain Saleh, berupa kuburan yang dibangun menyendiri di dalam sebuah bukit batu yang dipahat menyerupai rumah.

Dikenali juga sebagai “Makam kesepian di tengah Mada’in Saleh”.

Pembinaan makam ukiran dari bongkahan batu besar ini tidak pernah selesai. Tingginya adalah sekitar 4 lantai.

Sebagian umat Islam tidak mau mengunjungi Mada’in Saleh kerana tempat ini pernah dilaknat oleh Allah akibat kaum yang hidup di Kerajaan Nabatea yang membangkang dan ingkar untuk menyembah Allah. 

2. Negeri Kaum ‘Ad

kota al-ula haram

Kaum Ad hidup di jazirah Arab, di suatu tempat bernama Al-Ahqaf yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman.

Mereka adalah kaum penyembah berhala bernama Shamud, Shada, dan al-Haba. Dalam sejarah, terdapat dua kaum Ad.

Kaum Ad awal atau pertama dan kaum ‘Ad akhir atau kedua. Nabi Hud diutus pada kaum Ad awal.

Kaum Ad dibinasakan oleh Allah karena kekufuruan mereka dan tidak pernah merasa puas dengan segala kemewahan dan kemegahan yang mereka peroleh.

Mereka diazab dengan angin dingin yang sangat kencang

3. Kota Pompeii

Kota Pompeii terletak di sebelah timur Gunung Vesuvius, Kota Naples, Itali.

Kota Pompeii ditimpa azab kerana masyarakatnya melakukan perilaku seksual menyimpang sebagaimana umat Luth dan akhirnya mereka pun mengalami kehancuran.

Kehancuran kota Pompeii berlaku selepas terjadinya letusan gunung Vesuvius.

Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Masyarakat Pompeii menjadikan kota itu sebagai kota pelacuran dan aktiviti seks bebas.

Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat 

4. Laut Mati

Laut Mati bukanlah laut tetapi ianya sebuah tasik yang luas. Memiliki kandungan garam tertinggi dari seluruh laut di dunia.

Tasik ini dinamakan Laut Mati karena tidak ada bentuk kehidupan yang dapat bertahan dalam air garam ini. Laut Mati merupakan tempat paling rendah yang ada di muka bumi.

Umat Nabi Luth AS dihancurkan kerana mengamalkan perbuatan yang sangat dimurkai oleh Allah SWT, yakni melakukan hubungan seksual dengan sesama jenis (homoseksual).

Walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi Luth, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah tersebut, hingga Allah menimpakan azab terhadap mereka.

5. Wadi Muhassar / Lembah Muhassir

Lembah Muhassir atau disebut Wadi Muhassir merupakan salah satu lembah yang terletak di antara Mina dan Muzdalifah.

Lembah Muhassir sangat popular di kalangan umat Muslim kerana tempat ini merupakan lokasi terjadinya penyerangan terhadap Mekah oleh pasukan gajah waktu itu, yang dipimpin Raja Abrahah.

Ketika Abrahah hendak menghancurkan Kaabah dia singgah di Wadi Muhassir dan lembah ini menjadi persinggahan terakhir Abrahah.

Ketika itulah, Allah SWT mengirimkan pasukan burung bernama Ababil.

 6. Laut Merah

kota al-ula haram

Laut merah terletak di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia yang berada di utaranya ialah Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah Firaun? Firaun dan pasukannya diazab Allah dengan cara di tenggelamkan di Laut Merah.

Laut Merah menjadi saksi kekuasaan Tuhan menyelamatkan Musa dari pasukan Firaun yang merupakan raja zalim.

Nak dapatkan makanan sunnah yang lengkap, dengan harga yang berpatutan? Tak perlu pergi jauh pun.

Anda boleh sahaja dapatkan di Mahnaz Food. Dengan lebih dari 8000 produk berkualiti premium, yang diimport dari lebih 50 negara dan terutamanya dari Negara Islam & Timur Tengah seperti Turki, Iran dan lain-lain.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan di sini Mahnaz Food.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Kota Al-Ula haram atau tidak dilawati oleh umat Islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Tempat Yang Pernah Diazab Oleh Allah Kepada Umat-Umat Yang Ingkar. Dr. Amirul Amin
  2. Larangan Ke Kota Al Ula Bukan Bersifat Haram Mutlak. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.