3 Jenis Tidur Dalam Islam dan Kesan Kepada Kesihatan
Tahukah anda, terdapat tiga jenis tidur dalam Islam yang memberi kesan kepada kehidupan kita setiap hari?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis tidur dalam Islam yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Jenis tidur dalam Islam dan Al-Quran
Umumnya, dalam Islam terdapat tiga jenis tidur yang perlu kita ketahui. Berikut adalah penjelasannya:
1. Hailulah
Tidur yang menghalang rezeki. Iaitu tidur setelah melaksanakan solat subuh atau tidak bangun subuh.
Dinamakan sedemikian kerana dapat menghalang keberkatan rezeki hadir padanya di waktu pagi.
2. Qoilulah
Tidur yang sebelum melakukan solat zuhur. Sekitar 25 hingga 30 minit sebelum masuk waktu solat zuhur.
Maksud qailulah boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda :
مالي ولِلدُّنيا إنَّما مَثَلي ومَثَلُ الدُّنيا كمثل راكبٍ قالَ في ظلِّ شجرةٍ ثم راحَ وتركها
Maksudnya : “Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 2377 & Ibnu Majah, No. 4109)
Tidur ini sangat dianjurkan oleh Rasulullah dan sangat bermanfaat. Ia bahkan merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.
Hal ini jelas berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda:
قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
Maksudnya : “Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”
Manfaatnya ia memberikan tenaga kepada kita, lebih-lebih lagi jika anda ingin bangun sepertiga malam untuk berqiamullail.
3. ‘Ailulah
Tidur setelah waktu solat asar. Tidur pada waktu ini amatlah dilarang kerana ia boleh mengundang penyakit pada badan dan juga jiwa kita seperti murung, gundah gulana, kecewa, gelisah dan mudah pelupa.
Namun begitu, tidak terdapat hadis sahih yang melarang tidur selepas asar.
Kesan waktu tidur menurut psikologi
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Amerika akan lebih bahagia, lebih sihat dan lebih selamat jika mereka tidur lebih 60 hingga 90 minit setiap malam.
Tidur adalah fungsi manusia yang diperlukan. Ia membolehkan otak kembali “fresh” dan badan kita berehat.
Apabila kita tidak tidur lama atau cukup lena, badan kita tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada tidur, seperti pembaikan otot dan penyatuan ingatan.
Tidur adalah sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi ingatan, pertimbangan dan mood.
Selain rasa tidak bermaya, masalah kurang tidur yang kronik boleh menyumbang kepada masalah kesihatan, obesiti dan tekanan darah tinggi kepada risiko keselamatan semasa memandu.
Kesimpulannya, gunakanlah nikmat waktu yang diberikan kepada kita setiap hari dengan bijak.
Seiringkan waktu bekerja dan tidur agar anda sentiasa bersemangat untuk memulakan hari yang baru.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan jenis tidur dalam islam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan.
Mencari tilam berkualiti dengan harga yang berpatutan? Ada jaminan sampai 10 tahun dengan PERCUMA tempoh percubaan sehingga 99 malam?
Anda boleh dapatkan di sini Joey Mattress Official Store .
Sumber:
- Konsep Tidur dalam Perspektif Psikologi dan Islam. Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta
- Al-Kafi #1032: Qailullah dan Waktunya. Mufti Wilayah Persekutuan