Nuzul Al-Quran 2023: Tarikh Cuti & Peristiwa Penting

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa yang mana berlaku turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi sebuah kitab suci al-Quran. Apakah sebenarnya keistimewaan dan ganjaran yang ada di dalamnya?

Oleh itu, artikel pada kali ini, kami akan kongsikan mengenai Peristiwa Nuzul al-Quran dengan lebih terperinci.

Maksud Nuzul Al-Quran.


Dari segi bahasa perkaataan “Nuzul” adalah membawa maksud kepada menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya berasal dari ‘nazala’ (نزل) yang membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.

Penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Ia hanyalah bertujuan untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara keseluruhannya, maksud Nuzul al-Quran ini adalah sebuah peristiwa penurunan al-Quaran dari langit kepada Nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Al-Quran ini merupakan mukjizat yang terbesar Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam hingga masa kini.

Bila Nuzul Al-Quran Berlaku?


Nuzul al-Quran berlaku iaitu pada 17 Ramadan setiap tahun, ianya merupakan tarikh penting kepada umat Islam seluruh dunia untuk memperingatinya. Tarikh Nuzul al-Quran 2023 Masihi 1444 Hijriah di Malaysia adalah pada 8 April 2023.

Hari Nuzul al-Quran merupakan cuti umum di Malaysia. Berikut merupakan Negeri-negeri cuti umum sempena Nuzul Al-Quran

  • Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
  • Kelantan
  • Pahan
  • Perak
  • Perlis
  • Pulang Pinang
  • Selangor
  • Terengganu

Peristiwa Nuzul Al-Quran.


Peristiwa Nuzul Al-Quran ini merupakan peristiwa yang bersejarah dimana turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Lima ayat Surah al-‘Alaq adalah merupakan sebagai ayat yang awal diturunkan dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail di dalam Gua Hira’ tempat baginda Rasulullah beruzlah. Bermula dari situ ayat-ayat al-Quran ini diturunkan secara beransur-ansur selama lebih dua dekat, untuk dijadikan sebagai panduan kepada umat Islam. Manakalaayat yang terakhir diturunkan menurut sebahagaian pandangan ulama adalah ayat 281, Surah al-Baqarah.

Peristiwa turunnya al-Quran ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadan bersamaan dengan tarikh bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M iaitu tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira’ melalui perantaaan malaikat Jibrail.

Al-Quran diturunkan oleh Allah pada 17 Ramadan yang disebut sebagai Malam Qadar. Diturunkan al-Quran tersebut dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi SAW.

Nikmat pada bulan Ramadan ini, Allah SWT memberikan kelebihan serta ganjaran yang besar kerana ia bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. 

Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan yang terdapat peristiwa besar seperti peristiwa penurunan al-Quran (nuzul al-Quran), pembukaan kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan kota Andalusia dan lain-lain. 

Disamping itu juga, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam pada bulan ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr). 

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Maksudnya:

Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.

Keistimewaan Al-Quran.


Nuzul al-Quran merupakan hari yang mana terdapatnya keistimewaan Al-Quran yang merupakan kitab suci yang cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab yang ada. Oleh itu, merujuk penulisan yang ditulis oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang mana beliau hanya menyebut sepintas lalu berserta dalil bagi setiap keistimewaan tersebut. Ia dipetik dari karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim”. Antaranya adalah:

  • Al-Quran merupakan sebagai kitab IIahi.

Hal ini telah dijelaskan dengan banyak ayat antaranya adaalah:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Maksudnya:

“Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.

-Surah Hud ayat: 1-

  • Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara)

Firman Allah SWT:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan memeliharanya.”

-Surah Hijr ayat: 9-

*Maksud hafizun dalam ayat ini dengan pemeliharaan Allah dari sebarang perubahan dan pertukaran seperti kata Ibn Kathir.

  • Al-Quran adalah mukjizat

Firman Allah SWT:

قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Maksudnya:

“Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.”

-Surah al-Isra’ ayat : 88-

  • Al-Quran kitab nyata lagi mudah

Firman Allah SWT:

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maksudnya:

“Maka sesungguhnya kami memudahkan al-Quran dengan bahasamu (hai Muhammad) semoga mereka mengambil pengajaran.”
  • Al-Quran kitab zaman semuanya.

Ianya bermaksud kitab yang kekal ini dan bukan hanya sesuai digunakan pada suatu masa sahaja bahkan, bukan untuk satu generasi sahaja. Tetapi al-Quran ini merupakan sbuah kitab yang sesuai dijadikan sebagai rujukan sepanjang zaman dan pada semua tempat. Justeru itu, tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

  • Al-Quran kitab agama keseluruhannya. 

Ianya menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyri’ dan hukum hakam dalam kehidupan seharian umat Islam.

  • Al-Quran merupakan kitab insani sejagat.

Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang mana banyak menekankan mengenai kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya:

“Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.”

– Surah al-Takwir ayat: 27-

Berikut di atas merupakan keisrimewaan yang ada pada senaskah al-Quran sebuah kitab suci yang menjadi panduan buat umat Islam. Keistimewaan ini diberikan lagi penghayataan terutamanya pada hari berlakunya nuzul al-Quran

Nuzul al-Quran bukanlah suatu peristiwa biasa tetapi ia sebenarnya membawa kepada titik bermulanya kepada sesuatu yang begitu agung sifatnya iaitu permulaan bagi setiap manusia untuk memahami kewujudan dirinya, yang membawa kepada penghayatan kewujudan Tuhan dan bagaimana seharusnya manusia itu menjalani kehidupan mereka.

Dengan sedikit perkongsian yang diberikan dapat sama-sama kita membaca dan menghayati isi kandungan yang terdapat di dalam senaskah al-Quran.

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-28: Nuzul Al-Quran Dan Perpuan Ummah. Mufti Wilayah Persekutuan.
  2. Pengajaran Di Sebalik Nuzul aL-Quran. Ikim.gov.my
  3. Nuzul Al-Quran 2022. azhahizah.com

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.