Doa Hilangkan Mabuk Mengandung & Alahan Yang Teruk

Apakah doa hilangkan mabuk mengandung dan tips dari segi kesihatan yang boleh diamalkan untuk elak morning sickness?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa doa hilangkan mabuk mengandung dan tips yang boleh kaum wanita lakukan untuk elak rasa mual sepanjang kehamilan.

Baca juga:

Kenapa wanita mabuk ketika hamil?

doa hilangkan mabuk mengandung

Mual dan muntah atau morning sicknes adalah gejala umum yang dialami oleh banyak wanita selama kehamilan, terutama pada trimester pertama.

Dari segi perubatan, tidak ada sebab khusus yang jelas menyebut mengapa wanita mengalami alahan atau mabuk hamil.

Namun ia berkemungkinan besar terjadi kerana berlakunya perubahan dalam tubuh wanita, seiring dengan kehadiran janin.

Doa hilangkan mabuk mengandung

Berikut kami kongsikan beberapa doa hilangkan mabuk mengandung yang boleh anda amalkan:

1. Membaca Al-Fatihah

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (4).

Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat) (4). Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat (7).”

2. Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَاۤ اُنْزِلَ اِلَیْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَ الْمُؤْمِنُوْنَؕ-كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَ مَلٰٓىٕكَتِهٖ وَ كُتُبِهٖ وَ رُسُلِهٖ۫-لَا نُفَرِّقُ بَیْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ۫-وَ قَالُوْا سَمِعْنَا وَ اَطَعْنَا ﱪ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَ اِلَیْكَ الْمَصِیْرُ(285) لَا یُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاؕ-لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ عَلَیْهَا مَا اكْتَسَبَتْؕ-رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِیْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تَحْمِلْ عَلَیْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ-وَ اعْفُ عَنَّاٙ-وَ اغْفِرْ لَنَاٙ-وَ ارْحَمْنَاٙ-اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِیْنَ(286)

“Rasulullah telah beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya.

(Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada kalangan rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.

Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

3. Surah Al-Insyirah

(5) اَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَۙ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَۙ (2) الَّذِيْٓ اَنْقَضَ ظَهْرَكَۙ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَۗ (4) فَاِنَّمَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۙ اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ(6) فَاِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْۙ(7) وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ ࣖ(8)

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu:

Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”

4. Membaca ayat kursi

اَللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-اَلْحَیُّ الْقَیُّوْمُ ﳛ لَا تَاْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّ لَا نَوْمٌؕ-لَهٗ مَا فِی السَّمٰوٰتِ وَ مَا فِی الْاَرْضِؕ-مَنْ ذَا الَّذِیْ یَشْفَعُ عِنْدَهٗۤ اِلَّا بِاِذْنِهٖؕ-یَعْلَمُ مَا بَیْنَ اَیْدِیْهِمْ وَ مَا خَلْفَهُمْۚ-وَ لَا یُحِیْطُوْنَ بِشَیْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَۚ-وَسِعَ كُرْسِیُّهُ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضَۚ-وَ لَا یَـٴُـوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ-وَ هُوَ الْعَلِیُّ الْعَظِیْمُ(255)

“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

5. Membaca doa selepas solat

Selepas solat, anda juga boleh mengamalkan doa berikut untuk kemudahan khususnya kepada ibu hamil.

Doa agar janin dalam kandungan dikuatkan

Bismillahilladziilaailaaha illaa huwal haliimul kariimu rabbil ‘arsyil ‘adzimhiim. La illaaha illallaahu wabbus samaawaati wa rabbul ‘ arsyil ‘adziim

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang tidak ada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Penyabar, Maha Mulia, Tuhan yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah SWT, Tuhan semesta langit dan bumi dan Tuhan yang Maha Agung.”

Doa agar janin diberi kesihatan

Allahummah fazh waladii ma daama fii bathnii. Wasyfihi ma’ii. Anta asy-syaafii laa syifaa’an illa syifaa ‘uka syifaa‘an laa yughaadiru saqamaa

Maksudnya: “Ya Robb, aku memohon kepada-Mu untuk selalu melindungi bayi dalam kandunganku ini. Berikanlah kesehatan kepada bayiku dan juga denganku.

Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dari segala penyakit pada hamba-Mu. Tidak ada kesehatan untuk badan bagi kami selain kesehatan yang Engkau berikan, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lainnya.”

Doa agar diberi anak yang soleh

Rabbi hab lii minash shaalihii

Maksudnya: “Ya Rabb, anugerahkan kepadaku keturunan yang termasuk dalam golongan orang-orang saleh.”

Doa agar dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan

Allaahumma ‘aafini fii badanii wa ‘aafinii fii sami’ii wa ‘aafini fii basharii

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, berikanlah kesehatan bagi tubuhku, berikan kesehatan bagi pendengaranku, serta berikanlah kesehatan bagi penglihatanku.”

Tips agar tidak mual muntah ketika hamil

Selain doa hilangkan mabuk mengandung, anda juga boleh amalkan tips berkesan di bawah untuk penjagaan sepanjang kehamilan dengan lebih baik.

1. Perubahan pola makan

doa hilangkan mabuk mengandung

Makan dalam saiz kecil, tetapi kerap. Amalkan makan 5-6 kali sehari untuk menghindari perut kosong yang dapat memicu mual.

Hindari makanan berlemak, pedas, dan berminyak, serta makanan yang berbau tajam, kerana ini dapat memburukkan lagi gejala mual.

Anda boleh makan snek sihat seperti biskuit gandum atau kerepek kentang sebelum bangun tidur untuk menghindari perut kosong di pagi hari.

Pastikan kunyah makanan dengan pelan-pelan agar pencernaan lebih lancar.

2. Minum air yang cukup

Dehidrasi dapat memburukkan lagi rasa mual dan muntah. Minumlah banyak air dan cairan seperti air putih, jus buah segar, atau sup sayuran.

Jika merasakan air masak antara minuman yang tidak sedap, cuba gantikan dengan air berperisa yang dibancuh kurang manis demi membekalkan air mencukupi kepada tubuh.

Selain itu, ais dan minuman sukan tidak berkarbonat juga dapat mengurangkan gejala mual dan loya ibu hamil.

3. Hindari stress

Stres dan kelelahan salah satu faktor penyebab rasa mual dan muntah.

Cuba dapatkan istirahat yang cukup dan temukan cara untuk mengelola stres dengan baik, seperti meditasi, yoga, atau urutan.

4. Hindari bau yang menganggu

Bau yang kuat atau busuk dapat memacu kepada rasa mual ibu hami.

Anda boleh cuba untuk menghindari tempat-tempat atau makanan yang memiliki bau yang dapat memicu gejala mual tersebut.

5. Makan suplemen vitamin B6

Konsultasikan dengan doktar anda tentang penggunaan suplemen vitamin B6 yang dapat membantu mengurangi mual selama kehamilan.

Pengambilan Vitamin B6 pula dikatakan berkesan mengurangkan rasa loya ketika hamil sekiranya diambil sebanyak 25mg, tiga kali sehari. Namun, pengambilannya perlu melalui nasihat doktor.

Ini kerana terlalu banyak mengambilnya boleh mengakibatkan rasa kebas dan kerosakan saraf.

6. Lakukan terapi akupuntur

Beberapa wanita melaporkan bahwa terapi akupunktur membantu mengurangi mual selama kehamilan.

Pastikan untuk berkonsultasi dengan ahli akupunktur yang terlatih dan berpengalaman sebelum mendapatkan rawatan lanjut.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan doa hilangkan mabuk mengandung ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Mabuk Hamil Ujian Ibu Mengandung. Harian Metro
  2. Tips for Dealing With Morning Sickness. Parents
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.