Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Terbaik Untuk Amalan Setiap Hari

Setiap wanita hamil pasti mahukan kelancaran sepanjang proses kehamilan itu. Setiap usaha perlu bersamaan dengan ikhtiar iaitu meletakan pergantungan kepada Allah SWT. Artikel pda kali ini, kami akan kongsikan kepada ada mengenai doa untuk ibu mengandung.

Himpunan doa untuk ibu mengandung

doa untuk ibu mengandung

Berikut adalah beberapa perkongsian mengenai doa untuk ibu mengandung yang boleh dijadikan amalan sepanjang kehamilan bagi memohon perlindungan dan kemudahan daripada Allah SWT.

Doa 1

Doa ini sangat digalakkan untuk dibaca oleh semua ibu hamil pada setiap hari.

اللّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِى مَادَامَ فِى بَطْمنِى وَاشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِى لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا. اللّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِى صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ. اللّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِى وَقْتَ وِلاَدَتِى سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا. اللّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَذِقًا عَالِمًا عَامِلاً. اللّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ القُرآنِ وَالحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

“Allahummahfadz waladi maadaama fii bathni wasyfihi antas syafi laa syifaa’a illa syifaauka syifaan laa yughodiru saqoman.

Allahumma showwir fii bathni shurotan hasanatan wa tsabbit qolbahu iimanan bika wa birosuulika. Allahumma akhrijhu min bathni waqta wilaadati sahlan wa tasliiman.

Allahumaj’alhu shohiihan kaamilan ‘aaqilan hadziqon ‘aaliman ‘aamilan.

Allahumma thowwil ‘umrahu wa shohhih jasadahu wa hassin khuluqohu wa afshih lisaanahu wa ahsin shurotahu liqirooatil haditsi walqur’aani bibarokati Muhammadin Shollallahu ‘alaihi wasallama walhamdu lillahi robbil ‘aalamin”

Maksudnya: “Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganky dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar Mu.

Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal, cerdik, beriman serta beramal soleh.

Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca Al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW, segala puji bagi Mu Tuhan Semesta Alam.”


Doa 2

Doa ini bagi memastikan agar anak di dalam kandungan sentiasa terpelihara.

اللّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِى مَادَامَ فِى بَطْمنِى وَاشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِى لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَمًا

“Allahummahfadz waladi maadaama fii bathni wasyfihi antas syafi laa syifaa’a illa syifaauka syifaan laa yughodiru saqoman”

Maksudnya: “Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”

doa untuk ibu mengandung

‎اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ

Allahumma sowwarhu fi badhni surotan hasanatan wasabbat qolbahu emanan bika wabirosu lika

Maksudnya: “Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada Mu dan Rasul Mu.”


Doa 3

‎اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا

Allahummakh rujhu min badhni waqta wila dati sahlan wataslima

Maksudnya: “Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.”

doa untuk ibu mengandung

Doa 4

‎اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا

Allahummaj ‘alhu sohihan kamilan waa’qilan haziqon ‘aliman ‘amila

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.”


Doa 5

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Allahumma towwal ‘um rohu wasohha jasadahu wahassan khulqohu waafsih lisanahu waahsin sowtahu liqiro atil qur aniwal hadisi bibarokati muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam walhamdulillah hirobbil ‘alamin

Maksudnya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah.


Doa 6

Doa ini ikhtiar supaya ibu yang akan bersalin nanti boleh bersalin secara normal.

Robbi yassir, waalaa tu’assyir. Fainna taysiro, kulli ‘asiir, ‘alaika yasiir. Allahumma tammim bil khoir. Birohmatika yaa arrhamar rohiimin

Maksudnya: “Ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi Mu.

Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat Mu, Ya Arhamar Rahimin.”


Doa 7

Doa ini bagi perlindungan buat anak dari apa-apa gangguan syaitan

U’izukuma bikalimatillahit tamma. Min kulla syaitonin wahammah. Wamin kulla ‘ainin lamma

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian berdua dari segala gangguan syaitan, binatang berbisa, dan dari gangguan pandangan mata (sihir) yang membuat sakit,”


Doa 8

Doa ini bagi mengelakkan kecatatan pada bayi.

Bismillahillazi layadhurru ma’asmihi syai un fil ardhi wala fissama i wahuwassa mi ‘ul ‘alim

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat dengan nama Nya sesuatau di bumi dan di langit bagi Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bismillahi turbatu ardhina biri qoti ba’ dhina yushfa bihi saqimuna biizni robbana

Maksudnya: “Dengan nama Allah, debu bumi kita dengan air liur sebahagian daripada kita, semoga sembuhlah dengannya pesakit kami dengan izin Tuhan kita.”

Surah-surah pilihan untuk ibu mengandung

Berikut adalah beberapa perkongsian mengenai surah untuk ibu mengandung yang boleh dijadikan amalan sepanjang kehamilan bagi memohon perlindungan dan kemudahan daripada Allah SWT.

Surah Maryam, ayat 26

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْناً فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً

Maksudnya: “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah:

Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”


Surah Al-Nahl, ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”


Surah Faatir, ayat 11

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ 

Maksudnya: “Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan).

Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah.

Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”


Surah Ali-Imran, ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”


Surah Anbiya, ayat 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”

Semoga perkongsian mengenai doa untuk ibu mengandung ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi kemudahan sepanjang proses kehamilan itu.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1234: Adakah Doa Perempuan Hamil Itu Mustajab? Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Himpunan Doa Penting Untuk Ibu Hamil dan Suami Hebat. 9 Bulan 10 Hari
  3. Surah Untuk Ibu Mengandung Terbaik, Pantang Plus
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.