13 Doa Pagi Yang Mustajab Dalam Rumi Dengan Terjemahannya

Pagi adalah waktu yang mempunyai keajaiban terbesar kepada seluruh makhluk di dunia khususnya manusia. Justeru itu, kita amat disarankan untuk banyakkan berdoa di pagi hari.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang beberapa doa pagi dan amalan awal pagi yang amat bagus untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Himpunan doa pagi bagi amalan harian

Terdapat beberapa doa pagi yang boleh dijadikan amalan setiap hari. Berikut ini adalah antara doa yang boleh diamalkan.

Doa meminta perlindungan

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Allahumma innii as alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fid dunyaa wal aakhiroh. Allahumma innii as alukal ‘afwa wal ‘aafiyah fii diinii wa dun yaya wa ahlii wa maalii. Allahumas tur ‘awrootii wa aamin row’aatii. Allahummahfazh nii mim bayni yadayya wa min kholfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii wa a’udzu bi ‘azhomatik an ughtala min tahtii.

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku.

Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tentramkan-lah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari atasku.

Aku berlindung dengan kebesaran Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (aku berlindung dari dibenamkan ke dalam bumi).”


Doa meminta penjagaan

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhuu sinatuw walaa naum. Lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ardli man dzal ladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa biidznih, ya’lamu maa baina aidiihim wamaa kholfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min ‘ilmihii illaa bimaa syaa’ wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardlo walaa ya’uuduhuu hifdhuhumaa wahuwal ‘aliyyul ‘adhiim.

Maksudnya: “Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi.

Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Nya tanpa seizin Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka.

Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar” – (Surah Al-Baqarah, ayat 255)


Doa agar mendapat jaminan masuk syurga

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

Allahumma anta robbii laa ilaha illa anta, kholaqtanii wa anaa ‘abduka wa anaa ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mas-tatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu. Abu-u laka bi ni’matika ‘alayya wa abu-u bi dzambii. Fagh-firlii fainnahu laa yagh-firudz dzunuuba illa anta.

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada hal yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba Mu.

Aku akan setia pada perjanjianku pada Mu (yaitu aku akan mentauhidkan Mu) semampuku dan aku yakin akan janji Mu (berupa syurga untukku).”


Doa agar mendapat perlindungan

للَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ، لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

Allahumma ma ashbaha bī min ni‘matin fa minka wahdaka lā syarīka laka, lakal hamdu wa lakas syukru. 

 Maksudnya: “Tuhanku, nikmat yang menyertaiku berpagi hari ini semata berasal dari Mu yang esa, tiada sekutu bagi Mu. Bagi Mu segala puji dan syukur.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud) 


Doa minta terhindar dari keburukan

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillāhil ladzī lā yadhurru ma‘as mihī syai’un fil ardhi wa lā fis samā’i wa huas samī‘ul ‘alīm. (dibaca 3 kali)

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Zat yang apa pun di bumi dan di langit tidak mudharat dengan asma Nya. Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)


Doa perlindungan dari nafsu, setan, dan sekutunya


اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

Allāhumma fāthiras samāwāti wal ardhi, ‘ālimal ghaibi was syahādah, rabba kulli syai’in wa malīkah, asyhadi an lā ilāha illā anta. A‘ūdzu bika min syarri nafsī wa syarris syathāni wa syirkih.

Maksudnya: “Tuhanku, pencipta langit dan bumi, yang mengetahui hal yang ghaib dan nyata, tuhan dan penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi tiada tuhan selain Kau. Aku berlindung kepada Mua dari kejahatan nafsuku, kejahatan setan dan sekutunya.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)


Doa pagi hari untuk memohon perlindungan

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

Ashbahnā wa ashbahal mulku lillāhi wal hamdu lillāhi, lā ilāha illallāhu wahdahū lā syarīka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai‘in qadīr. Rabbi, as’aluka khaira mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba‘dahā, wa a‘ūdzu bika min syarri mā fī hādzihil lailata wa khaira mā ba‘dahā. Rabbi, a‘ūdzu bika minal kasli wa sū’il kibari. A‘ūdzu bika min ‘adzābin fin nāri wa ‘adzābin dil qabri.

Maksudnya: “Kami dan kuasa Allah berpagi hari. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah yang maha esa, tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya segala kuasa dan puji.

Dia kuasa atas segala sesuatu. Tuhanku, aku memohon kepada Mu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindungan Mu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya.

Tuhanku, aku memohon perlindungan Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan Mu dari seksa neraka dan seksa kubur.” – (Hadis Riwayat Muslim, No. 2723)


Doa berserah diri kepada Allah

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

Allāhumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahyā, wa bika namūtu, wa ilaikan nusyūru.

Maksudnya: “Ya Allah, dengan Mu aku berpagi hari, dengan Mu aku berpetang hari, dengan Mu kami hidup, dengan Mu kami mati. Hanya kepada Mu (kami) kembali.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi, No. 3391 dan Abu Daud, No. 5068)


Doa pagi hari dan petang unuk meminta perlindungan

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

A‘ūdzu bi kalimātillāhit tāmmāti min syarri mā khalaq.

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan ciptaan Nya.” – (Hadis Muslim dan Ibnu Sinni).


Membaca dua kalimat syahadah dengan Allah dan malaikat sebagai saksi

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلاَئِكَتَكَ وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ، أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُوْلُكَ

Allāhumma innī ashbahtu asyhaduka wa asyhadu hamalata ‘arsyika wa malā’ikatika wa jamī‘a khalqika annaka antallāhul ladzī lā ilāha illā anta, wa anna Muhammadan ‘abduka wa rasūluk.

Maksudnya: “Tuhanku, aku berpagi hari, aku menyaksikan Mu dan menyaksikan malaikat penanggung arasy, malaikat Mu, dan semua makhluk Mu bahwa Kau adalah Allah, tiada tuhan selain Mu, dan Muhammad adalah hamba dan rasul Mu.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud , No. 5069)


Membaca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ilah yang bergantung kepada-Nya segala urusan.

Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”


Membaca Surah Al-Falaq (3 kali)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ  وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya,

dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.”


Membaca Surah An-Naas (3 kali)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia.

Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.”


Amalan Rasulullah SAW waktu pagi

  • Mandi sebelum subuh.
  • Mengamalkan minum air sejuk segelas setiap pagi sebelum bersiwak.
  • Bertafakur atau bersujud sekurang-kurangnya seminit.
  • Melaksanakan solat sunat dhuha.
  • Membaca doa pagi.
  • Berzikir, membaca al-Quran dan mentadabbur isinya.

Amalan waktu pagi untuk membangkitkan aura positif

  • Bangun awal subuh.
  • Mandi awal pagi.
  • Solat subuh, berzikir, dan berdoa.
  • Banyakkan berselawat, senyum ikhlas, dan sentiasa lafazkan rasa syukur pada Allah.
  • Ambil sarapan yang sihat untuk mengalas perut.
  • Melaksanakan solat sunat dhuha dan baca doa dhuha.
  • Elak dari tidur semula.
  • Keluar rumah dalam perasaan selesa dan positif.
  • Tegur, berikan senyuman, dan salam orang disekeliling seperti jiran tetanga, dan kawan sekerja.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan jiwa.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa pagi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam amalan harian.

Sumber:

  1. Al-Kafi #865: Doa Yang Kerap Dibaca Oleh Nabi SAW. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Doa di Pagi Hari Dalam Islam yang Mustajab. Dalam Islam
  3. Amalan Nabi SAW Pada Waktu Pagi. Utusan TV
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.