Himpunan Bacaan Ayat Ruqyah Lengkap Terjemahan
Apakah itu bacaan ayat ruqyah dan bagaimanakah pula kaedah untuk mengamalkan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bacaan ayat ruqyah dan cara pengamalannya yang terbaik untuk dijadikan amalan anda.
Baca juga:
Apa itu ruqyah?
Perkataan ruqyah berasal dari perkataan Arab raqa (رقى) dan ruqyah (رقية) adalah kata nama ramai (جمع) yang sinonim dengan al-audzah (العوذة) atau alta`awudz (التعاوذ) yang bermaksud doa atau bacaan perlindungan.
Dalam bahasa Inggeris, ruqyah disebut incantation.
Dalam bahasa, ruqyah membawa maksud sesuatu yang dibacakan berupa jampi atau mantera tanpa mengira bahasa, lafaz dan kandungannya, sama ada ianya berunsur syirik ataupun menepati syarak.
Dari sudut istillah, ruqyah adalah doa atau bacaan bagi memohon perlindungan daripada Allah atau untuk menyembuhkan penyakit.
Ayat ruqyah pula adalah himpunan ayat Al- Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan di mana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia juga salah satu daripada himpunan ayat suci Al Quran untuk penawar dan menghalau jin.
Kaedah ruqyah ini diamalkan oleh umat Islam di alam Melayu sejak mereka menerima Islam.
Hukum mengamalkan ruqyah
Hukum ruqyah diamalkan adalah sunnah atau mustahabb, yang bermaksud ia dianjurkan.
Namun begitu, ia perlulah diamalkan mengikut syarat dan ajaran Islam yang sepatutnya.
Berikut adalah penjelasan mengenai hukum mengamalkan ruqyah:
1. Sunnah atau mustahabb
Ruqyah yang dianjurkan untuk tujuan penyembuhan atau perlindungan dari gangguan seperti sihir, gangguan jin atau penyakit ain.
2. Syarat ruqyah syar’iyyah
Ruqyah harus memenuhi syarat-syarat tertentu agar diterima dalam syariat Islam, iaitu:
- Menggunakan ayat-ayat Al-Quran atau doa dari sunnah Rasulullah SAW.
- Tidak mengandungi unsur syirik.
- Menyakini bahawa penyembuhan datang dari Allah SWT, bukan dari ruqyah itu sendiri.
3. Ruqyah syirkiyyah
Ruqyah yang mengandungi unsur syirik atau yang tidak sesuai dengan ajaran Islam diharamkan dan tidak dibolehkan.
Contohnya seperti ritual memanggil jin, memohon bantuan jink atau mengamalkan bacaan-bacaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
*Ruqyah adalah sekadar ikhtiar yang boleh kita amalkan mengikut ajaran Islam. Namun perlu diingatkan semua keberkesannya adalah tergantung kepada kehendak Allah SWT.
Dalil berkenaan dengan ayat ruqyah
Daripada Sayyidina Ubay bin Kaab berkata:
Aku pernah berada di sisi Nabi SAW, lalu seorang Arab badwi datang dan berkata, “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku mempunyai seorang saudara lelaki yang sedang sakit.”
Baginda bertanya, “Apakah sakitnya?”
Dia menjawab, “Dia terkena kerasukan.”
Baginda berkata, “Bawalah dia kepadaku.”
Lalu dia meletakkannya di hadapan Baginda. Nabi SAW pun memohonkan perlindungan untuknya dengan membaca Fatihah al-Kitab (surah Al-Fatihah), 4 ayat daripada awal surah Al-Baqarah, 2 ayat ini: “وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ ” (Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa …),
Ayatul Kursi, 3 ayat daripada akhir surah Al-Baqarah, satu ayat daripada surah Ali Imran iaitu: “شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ “ (Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia…),
satu ayat daripada surah Al-Araf: ” إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ ” (Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Yang Telah menciptakan langit-langit dan bumi … .),
akhir surah Al-Mukminun: “فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ ” Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya …),
satu ayat daripada surah Al-Jinn: “وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا “ (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami … ),
10 ayat daripada awal surah Ash-Shaffat, 3 ayat daripada akhir surah Al-Hasyr,” قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ”(surah Al-Ikhlas) dan al-Mu’awwizatain (surah Al-Falaq dan An-Nas).
(Selepas habis Baginda membacanya), lelaki tersebut lalu berdiri, seolah-olah dia tidak pernah terkena sakit sama sekali.” – (Riwayat Imam Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal dalam Zawa’id al-Musnad.
*Al-Imam al-Hafizh As-Suyuthi mengatakan sanadnya hasan. Imam As-Suyuthi juga menyebutkan hadis ini dalam kitabnya Al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an.
*Sebahagian muhadditsin mengatakan ia hadis dha’if.
Himpunan bacaan ayat ruqyah
1. Surah Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (4).
Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat) (4). Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat (7).”
2. Empat ayat pertama Surah Al-Baqarah
الٓمّٓ(1) ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَیْبَ ﶈ فِیْهِ ۚۛ-هُدًى لِّلْمُتَّقِیْنَ(2) الَّذِیْنَ یُؤْمِنُوْنَ بِالْغَیْبِ وَ یُقِیْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَ مِمَّا رَزَقْنٰهُمْ یُنْفِقُوْنَ(3) وَ الَّذِیْنَ یُؤْمِنُوْنَ بِمَاۤ اُنْزِلَ اِلَیْكَ وَ مَاۤ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَۚ-وَ بِالْاٰخِرَةِ هُمْ یُوْقِنُوْنَﭤ(4)
“Alif, Laam, Miim (1). Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (2).
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).”
3. Surah Al-Baqarah ayat 163
وَ اِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌۚ-لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِیْمُ(163)
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”
4. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah, ayat 255)
اَللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-اَلْحَیُّ الْقَیُّوْمُ ﳛ لَا تَاْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّ لَا نَوْمٌؕ-لَهٗ مَا فِی السَّمٰوٰتِ وَ مَا فِی الْاَرْضِؕ-مَنْ ذَا الَّذِیْ یَشْفَعُ عِنْدَهٗۤ اِلَّا بِاِذْنِهٖؕ-یَعْلَمُ مَا بَیْنَ اَیْدِیْهِمْ وَ مَا خَلْفَهُمْۚ-وَ لَا یُحِیْطُوْنَ بِشَیْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَۚ-وَسِعَ كُرْسِیُّهُ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضَۚ-وَ لَا یَـٴُـوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ-وَ هُوَ الْعَلِیُّ الْعَظِیْمُ(255)
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
5. Tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah
لِلّٰهِ مَا فِی السَّمٰوٰتِ وَ مَا فِی الْاَرْضِؕ-وَ اِنْ تُبْدُوْا مَا فِیْۤ اَنْفُسِكُمْ اَوْ تُخْفُوْهُ یُحَاسِبْكُمْ بِهِ اللّٰهُؕ-فَیَغْفِرُ لِمَنْ یَّشَآءُ وَ یُعَذِّبُ مَنْ یَّشَآءُؕ-وَ اللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَیْءٍ قَدِیْرٌ(284) اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَاۤ اُنْزِلَ اِلَیْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَ الْمُؤْمِنُوْنَؕ-كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَ مَلٰٓىٕكَتِهٖ وَ كُتُبِهٖ وَ رُسُلِهٖ۫-لَا نُفَرِّقُ بَیْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ۫-وَ قَالُوْا سَمِعْنَا وَ اَطَعْنَا ﱪ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَ اِلَیْكَ الْمَصِیْرُ(285) لَا یُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاؕ-لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ عَلَیْهَا مَا اكْتَسَبَتْؕ-رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِیْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تَحْمِلْ عَلَیْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ-وَ اعْفُ عَنَّاٙ-وَ اغْفِرْ لَنَاٙ-وَ ارْحَمْنَاٙ-اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِیْنَ(286)
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu.
Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata):
“Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami !
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
6. Surah Al-Imran ayat 18
شَهِدَ اللّٰهُ اَنَّهٗ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۙ-وَ الْمَلٰٓىٕكَةُ وَ اُولُوا الْعِلْمِ قَآىٕمًۢا بِالْقِسْطِؕ-لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْعَزِیْزُ الْحَكِیْمُﭤ (18)
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Surah A’araf ayat 54
اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِیْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضَ فِیْ سِتَّةِ اَیَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ۫-یُغْشِی الَّیْلَ النَّهَارَ یَطْلُبُهٗ حَثِیْثًاۙ-وَّ الشَّمْسَ وَ الْقَمَرَ وَ النُّجُوْمَ مُسَخَّرٰتٍۭ بِاَمْرِهٖؕ-اَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَ الْاَمْرُؕ-تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الْعٰلَمِیْنَ(54)
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy;
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
8. Surah Al-Isra ayat 81
وَ قُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَ زَهَقَ الْبَاطِلُؕ-اِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوْقًا(81)
Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
9. Surah Al-Mu’minun ayat 116
فَتَعٰلَى اللّٰهُ الْمَلِكُ الْحَقُّۚ-لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِیْمِ(116)
“Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
10. Surah Al-Saffat ayat 1-10
وَ الصّٰٓفّٰتِ صَفًّا(1) فَالزّٰجِرٰتِ زَجْرًا(2) فَالتّٰلِیٰتِ ذِكْرًا(3) اِنَّ اِلٰهَكُمْ لَوَاحِدٌﭤ(4) رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضِ وَ مَا بَیْنَهُمَا وَ رَبُّ الْمَشَارِقِﭤ(5) اِنَّا زَیَّنَّا السَّمَآءَ الدُّنْیَا بِزِیْنَةِ ﹰالْكَوَاكِبِ(6) وَ حِفْظًا مِّنْ كُلِّ شَیْطٰنٍ مَّارِدٍ(7) لَا یَسَّمَّعُوْنَ اِلَى الْمَلَاِ الْاَعْلٰى وَ یُقْذَفُوْنَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ(8) دُحُوْرًا وَّ لَهُمْ عَذَابٌ وَّاصِبٌ(9) اِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَاَتْبَعَهٗ شِهَابٌ ثَاقِبٌ(10)
“Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret (1). (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya (2).
(Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci (3). (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu (4).
Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari (5).
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang (6).
Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka (7).
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru (8).
Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus (9). Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi (10).”
11. Tiga ayat terakhir Surah Al-Hasyr
هُوَ اللّٰهُ الَّذِیْ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-عٰلِمُ الْغَیْبِ وَ الشَّهَادَةِۚ-هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِیْمُ(22) هُوَ اللّٰهُ الَّذِیْ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-اَلْمَلِكُ الْقُدُّوْسُ السَّلٰمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَیْمِنُ الْعَزِیْزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُؕ-سُبْحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا یُشْرِكُوْنَ(23) هُوَ اللّٰهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْاَسْمَآءُ الْحُسْنٰىؕ-یُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِی السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضِۚ-وَ هُوَ الْعَزِیْزُ الْحَكِیْمُ(24)
“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (22).
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23).
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24).”
12. Surah Al-Jinn ayat 3
وَّ اَنَّهٗ تَعٰلٰى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَّ لَا وَلَدًا(3)
“Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.
13. Surah Al-Ikhlas
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ(1) اَللّٰهُ الصَّمَدُ(2) لَمْ یَلِدْ ﳔ وَ لَمْ یُوْلَدْ(3) وَ لَمْ یَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ(4)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1). Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2).
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan (3). Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya (4).”
14. Surah Al-Falaq
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ(1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ(2) وَ مِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَ(3) وَ مِنْ شَرِّ النَّفّٰثٰتِ فِی الْعُقَدِ(4) وَ مِنْ شَرِّ حَاسِدٍ اِذَا حَسَدَ(5)
“Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk (1). Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan (2).
Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk (3). Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan) (4).
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya (5).”
15. Surah An-Nas
قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ(1) مَلِكِ النَّاسِ(2) اِلٰهِ النَّاسِ(3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ﳔ الْخَنَّاسِ(4) الَّذِیْ یُوَسْوِسُ فِیْ صُدُوْرِ النَّاسِ(5) مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ(6)
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia (1). Yang Menguasai sekalian manusia (2).
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3). Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4).
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (5). (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6).”
Kenapa tak boleh pasang ayat ruqayah dalam kereta?
Bacaan ayat ruqyah memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat dan kelebihan.
Namun, tahukah anda kita tidak disarankan untuk memasang ayat-ayat ruqyah ketika berada di dalam kenderaan.
Ini kerana bagi mengelakkan dari terkena gangguan jin atau syaitan.
Menurut Ustaz Muhaizad Mohamed, memasang ayat ruqyah ketika berada dalam kenderaan bermakna seolah-olah kita sedang menganggu “rumah” atau “kawasan” makhluk halus itu sendiri.
Sebaliknya amalan terbaik yang boleh kita lakukan ketika berada di dalam kenderaan agar selamat dalah dengan membaca doa naik kenderaan dan ayat kursi.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan bacaan ayat ruqyah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Amalkan setiap rumah pasang siap-siap Zikir & Ruqyah MP3 ini untuk elak dari gangguan jin dan sihir.
Insha Allah atas izin Allah, semoga kita dijauhkan dari semua perkara buruk ini.
Sumber:
- Ayat-Ayat Ruqyah Syariah(Penuh). Mufti Negeri Sembilan
- Al-Fakar #71: Amalan Perlindungan dan Memagar Rumah. Mufti Wilayah Persekutuan