Cara Solat Witir 3 Rakaat Sekaligus Dengan 1 Salam

Bagaimanakah cara solat witir 3 rakaat sekaligus dan apakah pula hukum mendirikannya?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara solat witir 3 rakaat sekaligus dengan 1 salam dan kelebihan yang boleh anda perolehi.

Baca juga:

Apa itu solat witir?

cara solat witir 3 rakaat sekaligus

Witir berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu وَتْر / وِتْر  watru dan witru yang bermaksud tunggal. Solat witir adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu tertentu bagi menutup solat-solat malam.

Ia boleh dilakukan pada awal, pertengahan, atau pengakhiran malam. Bilangan rakaatnya adalah ganjil.

Solat witir juga boleh dilaksanakan dalam keadaan bersendirian atau berjemaah.

Dalil berkenaan solat witir

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 1981)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: “Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 998)

Hukum solat witir 3 rakaat 1 salam

Umumnya, hukum melaksanakan solat witir adalah sunat muakkad yanag mana solat ini sangat dituntut untuk umat Islam melaksanakannya.

Pada kebiasaannya, solat witir didirikan dengan jumlah bilangan rakaat ganjil. Misalnya:

  • Satu Rakaat – 1 kali satu rakaat
  • Tiga Rakaat – 1 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan
  • Lima Rakaat – 2 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan.
  • Tujuh Rakaat – 3 kali 2 rakaat dan satu rakaat lagi dilakukan secara berasingan.
  • Sembilan Rakaat – 4 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat secara berasingan.
  • Sebelas Rakaat – 5 kali 2 rakaat dan sekali satu rakaat secara berasingan.

Namun demikian, sesetengah orang memilih untuk melaksanakan solat witir 3 rakaat 1 salam.

Hukum melaksanakan solat witir 3 rakaat sekaligus dengan 1 salam adalah harus atau dibolehkan.

Namun demikian, solat witir yang didirkan secara terpisah iaitu dua salam adalah lebih baik dan afdhal berbanding satu salam sahaja.

Hal ini juga selari dengan kaedah fiqh yang ada menyebut bahawa:

مَا كَانَ أَكْثَرَ فِعْلًا كَانَ أَكْثَرَ فَضْلً

Maksudnya: “Lebih banyak sesuatu perbuatan, lebih banyak fadhilatnya (kelebihan)

Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa  pahala dan fadhilat dalam ibadah akan menjadi lebih banyak dengan banyaknya usaha dan infak yang dikeluarkan. 

Witir 3 rakaat 1 Salam | Ustaz Azhar Idrus

Cara solat witir 3 rakaat sekaligus

Cara solat witir 3 rakaat sekaligus dengan satu salam ini adalah hampir sama dengan solat maghrib.

Namun yang membezakannya adalah dari segi bilangan tasyahhud, di mana solat witir hanya mempunyai satu tasyahhud sahaja sedangkan solat maghrib adalah dua tasyahhud.

Hal ini berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.anhuma beliau berkata:

كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ، حَتَّى يَأْمُرَ بِبَعْضِ حَاجَتِهِ‏

Maksudnya: Baginda S.A.W memberikan salam di antara satu rakaat dan dua rakaat ketika solat witir, sehingga baginda mengarahkan kepada sebahagian keperluannya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 991)‏

Soalan lazim yang berkaitan

Berikut kami kongsikan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan cara solat witir 3 rakaat sekaligus:

1. Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, iaitu pada rakaat ketiga?


Berkata Ibn Tamiyyah, pelaksanaan solat witir perlulah berbeza dengan solat maghrib. Sungguhpun sama dari segi bilangan rakaat, namun begitu solat witir tidak dilakukan tahiyyat awal.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan dalil hadis daripada Rasulullah SAW:

لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

2. Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimanakah bacaan yang patut saya lakukan?


Solat witir perlu dilakukan secara jahr maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr).

Walaubagaimana pun, anda boleh mengerjakan sunat witir dengan dibaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat tersebut seperti mana amalan masyarakt Islam di Madinah al-Munawwarah pada masa ini.

Doa & wirid selepas solat witir

cara solat witir 3 rakaat sekaligus

Kelebihan solat witir

Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.”

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara solat witir 3 rakaat sekaligus ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Untuk pengetahuan yang lebih mendalam, anda boleh dapatkan Bimbingan Lengkap Solat Sunat: Rawatib, Witir, Dhuha, Tarawih, dan Lain-Lain di sini.

Sumber:

  1. Al-Kafi Solat #1393: Tatacara Solat Witir Yang Afdhal. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. #895 Solat Witir Tiga Rakaat; Satu atau Dua Salam. Maktabah Al Bakri
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.