Solat Tasbih: Niat, Panduan & Kelebihannya

Bagaimanakah Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih?

Penulisan pada kali ini akan berkongsikan mengenai panduan dan tatacara bagaimanakah cara untuk melaksanakan solat sunat tasbih ini secara langkah demi langkah serta kelebihan dalam mengerjakannya.

Pengenalan

Solat Sunat Tasbih ini adalah solat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada bapa saudaranya iaitu Saiyidina Abbas r.a.

Ia dinamakan Solat Sunat Tasbih ini sedemikian oleh kerana di dalam solat ini diucapkan tasbih sebanyak 300 kali tasbih semasa mengerjakannya.

Dianjurkan kepada kita untuk melaaksanakannya pada setiap malam, sekiranya tidak mampu untuk melaksanakannya pada setiap malam maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sekiranya masih tidak mampu dikurangkan kepada sekali sebulan.

Solat ini Jika masih tidak mampu untuk melaksanakannya dikurangkan kepada sekali sebulan.

Andai kata masih tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kerana terdapat pelbagai kelebihan jika melaksankannya.

Jumlah Rakaat Solat Sunat Tasbih


Terdapat dua cara bagi mengerjakannya ini, ia bergantung pada waktu yang hendak dikerjakannya.

1) Solat Sunat tasbih ini dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam jika mengerkannya pada waktu siang hari.

2) Sekiranya solat sunat tasbih ini dilakukan pada malam hari, maka ia hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.

Niat Solat Sunat Tasbih


Niat Solat Tasbih ini terbahagi kepada dua, iaitu niat yang berlaku pada siang dan niat pada malam.

Berikut merupakan lafaz niat bagi solat sunat tasbih jika dilaksnakan siang hari iaitu dengan menunaikan sebanyak 4 rakaat dan satu salam.

Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala 

Niat Dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.

Berikut merupakan lafaz niat bagi solat sunat tasbih jika dilaksnakan pada waktu malam hari iaitu dengan menunaikan sebanyak 4 rakaat dan dua salam.

 Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala 

Niat Dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan Tasbih Dalam Solat


bacaan tasbih solat sunat tasbih
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Cara Solat Sunat Tasbih (Waktu Siang)


Bagaimanakah Cara hendak melaksanakan Solat Sunat Tasbih ini pada waktu siang.

Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat 4 rakaat yang lain.

Berikut merupakan setiap langkah demi langkah bagi mengerkan solat sunat ini pada waktu siang iaitu sebanyak 4 rakaat dan satu salam.

  1. Memulakan solat dengan melafazkan niat solat sunat tasbih bagi 4 rakaat.
  2. Kemudian setelah membaca doa iftitah disusuli dengan surah al-Fatihah dan surah-surah pilihan yang lain.
  3. Sebelum Rukuk bacalah tasbih sebanyak 15 kali,.
  4. Kemudian, lakukan rukuk dan membaca bacaan ketika rukuk, selepas sahaja selesai membaca bacaan tersebut maka sambungla pula dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  5. Seterusnya bangun daripada rakuk lakukan iktidal, selepas sahaja selesai membaca bacaan ikidal maka diteruskan dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  6. Seterusnya duduk antara dua sujud, selepas selesai membaca bacaan duduk antara dua sujud maka diteruskan pula dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  7. Kemudian lakukan sujud kedua, selepas sahaja selesai membaca bacaan dalam sujud diteruskan lagi dengan membaca tasbih sebanyak 10 kali.
  8. Duduk Tahiyat awal, setelah selesai membaca bacaan tahiyat awal maka ia diteruskan dengan membaca Tasbih sebanyak 10 kali. (begitulah langkah bagi rakaat seterusnya sama seperti solat fardu 4 rakaat hanya ditambah dengan bacaan tasbih didalamnya sahaja)
  9. Sebelum berdiri, hendaklah duduk istirehat dan bacalah tasbih sebanyak 10 kali .
  10. Begitu juga setelah selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam maka diteruskan dengan membaca tasbih sebanyak 10 kali.

* Nota Peringatan !! Sekiranya terlupa untuk membaca tasbih pada salah satu tempat maka, hendaklah digantikan semula bacaan tasbih tersebut pada tempat kedudukan lain supaya bilangan tasbih tersebut mencukupi bilangan tasbihnya sebanyak 300 kali -Jika duduk pada tahiyat akhir maka bacalah bacaan tahiyat akhir dulu sehingga selesai kemudian sambung bacaan dengan membaca tasbih didalamnya.

Cara Solat Sunat Tasbih Pada (Waktu Malam)


Bagaimanakah Cara hendak melaksanakan Solat Sunat Tasbih ini pada waktu siang.

Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat yang lain. Jumlah tasbih yang perlu dibaca adalah sebanyak 300 tasbih.

Berikut merupakan setiap langkah demi langkah bagi mengerkan solat sunat ini pada waktu malam iaitu sebanyak 4 rakaat dan dua salam.

  1. Memulakan solat dengan melafazkan niat solat sunat tasbih bagi 2 rakaat.
  2. Kemudian setelah membaca doa iftitah disusuli dengan surah al-Fatihah dan surah-surah pilihan yang lain.
  3. Sebelum Rukuk bacalah tasbih sebanyak 15 kali,.
  4. Kemudian, lakukan rukuk dan membaca bacaan ketika rukuk, selepas sahaja selesai membaca bacaan tersebut maka sambungla pula dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  5. Seterusnya bangun daripada rakuk lakukan iktidal, selepas sahaja selesai membaca bacaan ikidal maka diteruskan dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  6. Seterusnya duduk antara dua sujud, selepas selesai membaca bacaan duduk antara dua sujud maka diteruskan pula dengan bacaan tasbih sebanyak 10 kali.
  7. Kemudian lakukan sujud kedua, selepas sahaja selesai membaca bacaan dalam sujud diteruskan lagi dengan membaca tasbih sebanyak 10 kali.
  8. Sebelum berdiri, hendaklah duduk istirehat dan bacalah tasbih sebanyak 10 kali .
  9. Begitu juga setelah selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam maka diteruskan dengan membaca tasbih sebanyak 10 kali. (begitulah langkat pada rakaat seterusnya)

Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah:

  1. 15 kali selepas membaca surah
  2. 10 kali ketika ruku’ selepas tasbih ruku’
  3. 10 kali ketika iktidal
  4. 10 kali ketika duduk antara dua sujud
  5. 10 kali ketika sujud kedua
  6. 10 kali ketika tahiyat awal
  7. 10 kali ketika selesai membaca tahiyat akhir

Doa Solat Sunat Tasbih


doa solat sunat tasbih
Allaahumma inni As’aluka Taufiqa Ahlil Huda , Wa ‘amala Ahlil Yaqin, Wa Munaa Sohata ahlil Taubati,   Wa ‘Azama ahliss-sobri,  Wawajila ahlil-Hasyyati,   Wa tholaba ahlirr-roghbati,   Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,  Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi Hatta Akhofaka.  Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika Hatta ‘Amala Bi Tho’atika  Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-taubati  Wa Husnizz-zonni Bika,   Subhanaka Kholiqan-nurr,  Rabbana Atmim Lana Nuurana,Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir. 

Maksudnya:

“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu seperti mana mereka yang telah Engkau berikan petunjuk dan jadikan amalan kami seperti mana amalan ahli-ahli yakin, dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat, golongan orang-orang yang bertaubat dan mempunyai keamanan sepertimana orang-orang sabar, gementar kami sepertimana orang takut. Kami juga memohon seperti mana orang-orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti mana beribadat orang-orang yang warak. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini seperti mana orang-orang yang berilmu dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada Engkau.Ya Allah, kami memohon kepada Engkau, jadikanlah kami terdiri daripada orang-orang yang takut kepada perbuatan maksiat sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal dengan perintah-Mu sebagaimana amalan orang-orang yang mendapat keredaanMu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang sentiasa berbaik sangka kepada Engkau, Maha Suci Allah Yang Maha Pencipta.”    

Surah Yang Digalakkan Untuk Dibaca

Surah-surah yang baik untuk dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah bacaan al-Fatihah jika ada kemampuan melaksanakannya iaitu:

  1. Surah Yasin pada rakaat pertama, surah al-Waqi’ah pada rakaat kedua, surah ad-Dukhan pada rakaat ketiga, dan surah al-Mulk pada rakaat keempat.
  2. Surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama, surah al-Insyirah pada rakaat kedua, surah al-Kauthar pada rakaat ketiga, dan surah an-Nasr pada rakaat keempat.
  3. Surah az-Zalzalah pada rakaat pertama, surah al-Adiyat pada rakaat kedua, surah An-Nasr pada rakaat ketiga, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat keempat.
  4. Surah At-Takasur pada rakaat pertama, surah al-Asr pada rakaat kedua, surah al-Kafirun pada rakaat ketiga, dan surah al-Ikhlas pada rakaat keempat.

Kelebihan Solat Sunat Tasbih


Menurut satu perkongsian yang ditulis mengenai kelebihan jika melaksanakan solat sunat tasbih ini adalah “Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallahi wa bi hamdihi 100 kali, maka Allah akan menghapuskan kesalahannya walaupun kesalahannya itu sebanyak buih dilautan’’.

Hal ini dapat kita dilihat pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a;

“Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib; Wahai al-Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; 

Dapat dilihat berdasarkan hadis diatas antara kelebihan yang dapat diambil daripada menunaikan solat tasbih ini amatlah besar.

Sebab itulah  Baginda  SAW sangat menggalakkan kita agar umatnya mendirikan juga solat tasbih ini sekurangnya sekali seumur hidup untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T, sehingga begitu Baginda memperingatkan kita agar mengambil ‘hadiah’ hebat dari Allah SWT ini.

Penutup

Solat tasbih ini merupakan solat yang membuka pintu keampunan daripada Allah S.W.T di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengajakan atau tidak, kecil atau besar, yang nampak mahupun tersembunyi.

Solat ini juga digalakkan kepada dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana solat ini mempunyai pelbagai keajaiban dan kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang melaksanakannya.

Bertasbihlah kerana ia dapat menyucikan jiwa kita daripada penyakit hati seperti perasaan dengki, sedih dan selalu rasa kekosongan Sekiranya jiwa kita diisi dengan kalimah yang indah seperti tasbih insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan damai.

Sumber:

1- Cara Solat Sunat Tasbih dan Kelebihannya. bidadari.my

2- Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih. Ada Hukum, Kelebihannya & Doa. Siraplimau.

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.