Doa Solat Tasbih Dalam Rumi dan Terjemahannya
Apakah doa solat tasbih yang boleh kita baca selepas selesai mendirikan solat sunat tasbih?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa solat tasbih dalam rumi dan terjemahannya.
Baca juga:
Apa itu solat tasbih?
Solat sunat tasbih adalah solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan walaupun sekali seumur hidup.
Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib RA
Bacaan doa solat tasbih
Bacaan doa solat tasbih merupakan doa yang dibaca setelah melaksanakan solat sunat tasbih. Berikut adalah doanya:
اَللّٰهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِينِ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى أَخَافَك اَللّٰهُمَّ إنِّي
أَسْأَلُكَ مَخَافَةً تَحْجِزُنِيْ عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتَّى أَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلًا أَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى أُنَاصِحَكَ بِالتَّوْبَةِ خَوْفًا مِنْكَ حَتَّى أَخْلُصَ لَكَ النَّصِيحَةَ حَيَاءً مِنْكَ وَحَتَّى أَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا وَحَتَّى أَكُوْنَ أُحْسِنَ الظَنَّ بِكَ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّورِ
Allahumma inni as’aluka taufîqa ahlil huda, wa a’mala ahlil yaqin, wa munashahata ahlit taubah, wa ‘azma ahlis shabri, wa wajala ahlil khasyyah, wa thalaba ahlir raghbah, wa ta’abbuda ahlil wara’i, wa ‘irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafak.
Allahumma inni as’aluka makhafatan tahjizuni ‘an ma’ashika hatta a’mala bi tha’atika ‘amalan astahiqqu bihi ridhaka wa hatta unashihaka bit taubah,
khaufan minka hatta akhlusha lakan nashihata haya’an minka wa hatta atawakkala ‘alaika fil ‘umuri kulliha wa hatta akuna ‘uhsinuz zhanna bika, subhana khaliqin nur.
"Ya Allah, kepada-Mu aku meminta petunjuk mereka yang terima hidayah, amal-amal orang yang yakin, ketulusan mereka yang bertobat, keteguhan hati mereka yang bersabar, kekhawatiran mereka yang takut (kepada-Mu), doa mereka yang berharap, ibadah mereka yang wara', dan kebijaksanaan mereka yang berilmu agar aku menjadi takut kepada Mu. Ya Allah, masukkanlah rasa takut di kalbuku yang dapat menghalangi diri ini untuk mendurhakai Mu. Dengan demikian aku dapat beramal soleh yang mengantarkanku pada redha Mu, dan aku bertaubat setulusnya karena takut kepada Mu. Dengan itu pula aku beribadah secara tulus karena malu kepada Mu. Dengan rasa takut itu aku menyerahkan segala urusanku kepada Mu. Kerana itu juga aku dapat berbaik sangka selalu kepada Mu. Maha Suci Engkau Pencipta cahaya."
Kelebihan menunaikan solat tasbih
Solat tasbih memberi manfaat kepada sesiapa yang mengerjakannya kerana ia dapat membuka pintu keampunan Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita hambaNya.
Daripada Ibnu Abbas RA:
“Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib; Wahai al-Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya,
nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan;
Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah.
Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan.
Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlah sekali seumur hidup.” – (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Semoga perkongsian kami ini berkenaan doa solat tasbih dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Sembahyang Solat Tasbih. Fatwa Brunei
- Cara Solat Sunat Tasbih dan Kelebihannya. Bidadari