Ayat Seribu Dinar: Sejarah, Teks Bacaan dan Kelebihannya

Apakah ayat seribu dinar yang menjadi pelaris perniagaan dan bisnes bagi kebanyakan orang Melayu sejak dulu kala lagi?

Bahkan ada segelintir orang yang begitu taksub untuk mengamalkannya sehingga menjadikan ayat ini sebagai tangkal azimat yang boleh menjurus kepada perbuatan syirik. Nauzubillah!

Bagi artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan teks lengkap ayat seribu dinar dan manfaat positif apabila diamalkan.

Baca juga:

Apa itu ayat seribu dinar?

ayat seribu dinar

Ayat seribu dinar cukup dikenali oleh kebanyakkan orang Melayu.

Ayat ini sebenarnya dari potongan ayat suci Al-Quran atau lebih tepat pada bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 dalam Surah At-Talaq.

Menurut ulama tafsir Imam Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim As-Tha’labi Rahimahullahu Taala di dalam kitabnya الكشف والبيان عن تفسير القرآن menyebut,

“bahawa surah ini merupakan ayat Madaniah, mempunyai 61 huruf, 247 kalimah dan 12 ayat.”

Teks bacaan ayat seribu dinar

Berikut merupakan bacaan lengkap ayat seribu dinar beserta dengan terjemahannya.

وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ

Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja

وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ

Wa yarzuquhu min haihu la yahtasib

وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗ

Waman yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuh

اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ

Innalllaha baalighu amrihi qad ja’alallahu

لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Likulli syai in qadra

Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya).

Nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.

Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” – (Surah Al-Talaq, ayat 2-3)

Sejarahnya yang perlu kita tahu

Dalam banyak riwayat yang diambil dan dipercayai kesahihannya, menyatakan bahawa asal usul ataupun asbabun nuzul ayat seribu dinar ini diturunkan oleh Allah rentetan dari peristawa seorang sahabat, ‘Auf bin Malik al-Asuja’i.

Kisah ini juga termasuk tentang mimpi seorang lelaki yang memintanya untuk menyumbang seribu dinar kepada orang miskin dan kisah Malik bin Dinar.

Intisari kisah ayat 1000 dinar

ayat seribu dinar

Dari ayat seribu dinar ini, sebenarnya secara konteksnya kita boleh lihat dengan jelas dua keadaan apa yang Allah sedang ajar kepada kita.

Dua kunci utama yang dibahaskan adalah bertaqwa dan bertawakal.

Manusia yang mempunyai taqwa dan tawakal akan diberikan Allah rezeki dan dikeluarkan dari kesusahan dan keperitan hidup.

Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat:

“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” 

adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintah Nya dan menjauhi larangan Nya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Tawakal pula dalam konteks ini adalah dengan menyerahkan segala urusan kehidupan ini kepada Allah SWT semata setelah kita berusaha dengan sekuat tenaga.

Setiap hari kita mencari rezeki. Mengejar rezeki di mana-mana. Bermandi peluh dan keluh kesah yang bermain di bibir.

Namun sekuat mana pun usaha itu, jika Allah belum mentakdirkan rezeki itu milik kita, maka ia bukanlah milik kita.

Di sinilah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa dalam memberikan rezeki kepada setiap hamba Nya dan menarik rezeki itu semula dengan kehendak Nya.

Kelebihan bila mengamalkan ayat ini

Dalam mengamalkan ayat ini, kita juga boleh lihat kepada kelebihannya agar lebih bersemangat selepas ini untuk kekal istiqamah.

Antara hikmah yang boleh diperoleh dari ayat tersebut adalah:

  • Berupaya menghilangkan keresahan hati bila di baca.

  • Dikurniakan perlindungan dari segala bencana dan musibah.

  • Ditunaikan segala hajat dan diberikan kemudahan dalalm segala urusan.

  • Diberikan rezeki yang banyak dari tempat yang tidak disangka-sangka.

  • Memperoleh jalan keluar dari segala pergelutan musibah, masalah, dan kesulitan.

  • Dijauhkan dari segala rasa ragu-ragu dan kesukaran dalam menghadapi kematian.

  • Diberikan segala kecukupan untuknya.

  • Memperoleh keuntungan di dunia dan akhirat.

  • Membentuk diri sentiasa bertawakal selepas berusaha.

Jom lepas ini kita amalkan ayat 1000 dinar, ikhlas semata-mata kerana Allah agar lebih banyak lagi kebaikan boleh diperoleh. Insha Allah.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa #273: Tafsir Ayat Seribu Dinar. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Tolhah Muzakir. (2010). Ayat Seribu Dinar Doa Murah Rezeki & Kejayaan. Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.