Zikir Ya Latif: Lafaz, Hukum, dan Khasiat Bila Diamalkan

Terdapat satu zikir yang bagus untuk dibaca dan dijadikan amalan dalam membina sebuah perhubungan yang erat dan penuh kasih sayang khususnya melibatkan hubungan rumah tangga suami isteri, dan anak-anak.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda semua mengenai zikir Ya Latif yang boleh menjadi zikir harian diamalkan setiap masa.

Makna Ya Latif dalam Asmaul Husna

Perkataan Ya Latif berasal dari kata asal “lathafa” yang terdiri daripada cantuman beberapa huruf seperti Laam, thaa’ dan faa. Pengertian dari maksud “Ya Latif” adalah Yang Maha Lembut.

Sifat lemah lembut Allah boleh kita lihat dan rasai sebagai makhluk Nya di dunia ini. Misalnya seperti rezeki yang diberikan oleh Allah.

Allah memberikan rezeki kepada setiap hamba Nya melebihi keperluan mereka sendiri, tetapi tidak membebani mereka dengan beban berat yang tidak mampu dipikul.

Lafaz bacaan zikir Ya Latif

يَالَطِيْفُ يَالَطِيْفُ اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Ya Latif Ya Latif. Allahu latifu bi ‘ibadihi yaqzuqu maiya shaa’ wahuswas sami’ ul ‘alim

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui.”

Zikir Ya Latif dalam audio

Hukum mengamalkan zikir dari Asmaul Husna

Pendapat dari para ulama muktabar, mereka tidak menolak untuk seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan menyeru kepada nama-nama Allah dengan tambahan (Ya) yang bermakna wahai pada perkataan sebelumnya.

Hal ini disandarkan menerusi firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf, ayat 180 yang berbunyi:

وَللَّهِ ٱلأَسْمَآءُ ٱلْحُسْنَىٰ فَٱدْعُوهُ بِهَا

“Dan kepunyaan Allah Nama-Nama yang indah maka serulah Dia dengan Nama-Nama tersebut.”

Dalam mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Qurtubi mengetengahkan hadis yang menjadi asbab al-nuzul kepadanya iaitu:


قال مقاتل وغيره من المفسرين : نزلت الآية في رجل من المسلمين ، كان يقول في صلاته : يا رحمن يا رحيم . فقال رجل من مشركي مكة : أليس يزعم محمد وأصحابه أنهم يعبدون ربا واحدا ، فما بال هذا يدعو ربين اثنين ؟ فأنزل الله سبحانه وتعالى : ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها

Imam Muqatil dan ahli tafsir yang lain berkata: Ayat ini diturunkan tentang seorang Muslim, yang biasa berkata dalam doanya:

“Ya Rahman Ya Rahim. Maka seorang lelaki dari kaum musyrikin Mekah mengejeknya: Bukankah Muhammad dan para sahabatnya mendakwa bahawa mereka menyembah tuhan yang satu, maka bagaimana pula dengan orang ini yang memanggil dua tuhan (Rahman dan Rahim)?” Kemudian Allah Taala mewahyukan: “Allah mempunyai Nama-Nama yang paling indah, maka berserulah kepada Nya dengan nama-nama tersebut.”

Lalu Imam al-Qurtubi menafsirkan kalimah “serulah Dia dengan Nama-Nama Nya”, dan didalamnya beliau ada menyebut mengenai kalimah Ya Latif, beliau berkata:

قوله تعالى : فادعوه بها أي اطلبوا منه بأسمائه ; فيطلب بكل اسم ما يليق به ، تقول : يا رحيم ارحمني ، يا حكيم احكم لي ، يا رازق ارزقني ، يا هاد اهدني ، يا فتاح افتح لي ، يا تواب تب علي ; هكذا . فإن دعوت باسم عام قلت : يا مالك ارحمني ، يا عزيز احكم لي ، يا لطيف ارزقني . وإن دعوت بالأعم الأعظم فقلت : يا ألله ; فهو متضمن لكل اسم . ولا تقول : يا رزاق اهدني ; إلا أن تريد يا رزاق ارزقني الخير . قال ابن العربي : وهكذا ، رتب دعاءك تكن من المخلصين

Adapun firman Allah: “Maka serulah Dia dengan Nama-Nama Nya” bermaksud mohonlah kepada Nya dengan Nama-Nama Nya; Maka seseorang itu meminta kepada Allah dengan setiap nama yang sesuai dengan permintaannya seperti berkata: Ya Rahim, kasihanilah aku, Ya Hakim, putuskanlah untukku,

Ya Razzaq, berikanlah rezeki kepadaku, Ya Hadi, bimbinglah aku, Ya Fattah, bukakanlah untukku, Ya Tawwab, bertaubatlah kepadaku; dengan demikian. Jika seseorang ingin menyeru dengan Nama Allah secara rawak, maka bolehlah berkata: Ya Malik, kasihanilah aku, wahai Ya Aziz, putuskanlah untukku,

Ya Latif, berikanlah rezeki kepadaku. Dan jika saya menyeru kepada yang terbesar dari semuanya, dan berkata: Ya Tuhan; Ia termasuk setiap nama. Dan janganlah kamu berkata: Wahai Razzaq, bimbinglah aku;

Kecuali anda mahu, wahai Razak, berikan saya kebaikan. Imam Ibn al-Arabi al-Maliki berkata: Maka susunlah doamu agar kamu jadi orang yang ikhlas.

Daripada kenyataan Imam al-Qurtubi di atas dapat diketahui bahawa ucapan Ya Latif adalah selari dengan makna al-Qur’an bahkan ia dianjurkan.

Manakala kenyataan Imam Ibnu al-‘Arabi al-Ma’afiri al-Maliki menunjukkan bahawa menyusun doa permintaan kepada Allah dengan menyeru Nama-Nama Allah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan ikhlas bahkan ia lebih memudahkan untuk menggapai ikhlas.

Khasiat pada zikir Ya Latif

zikir ya latif

Kelebihan dari zikir Ya Latif ini sering dikaitkan dengan zikir penyeri wajah dan melembutkan hati seseorang. Ia banyak diamalkan oleh para isteri atau suami yang mahu meningkatkan kasih sayang antara satu sama lain.

Hati orang yang kita tujukan zikir ini kepadanya itu akan mulai lentur apabila kerapa diamalkan dan juga dapat meredakan ketegangan dalam hubungan suami isteri.

Khasiat lain yang boleh kita perolehi juga termasuklah seperti:

  • Membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak bagi mengelak sikap panas baran dan masalah kedegilan.
  • Meredakan sifat marah, melembutkan hati musuh, mengelak penceraian.
  • Kemurahan rezeki.
  • Penawar kepada penyakit atas izin Allah.
  • Bagus diamalkan ketika sedang menghadapi ujian dalam kehidupan.

Diharapkan semoga anda yang membaca artikel mengenai zikir Ya Latif ini mendapatkan informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #170: Hukum Berzikir Dalam Hati. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Arti Ya Latif, Cara Meneladani, dan Keutamaan dari Mengamalkannya. Kumparan
  3. Keutamaan Membaca Zikir Ya Latif dan Tata Caranya. Hidayatuna
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.