Telan Kahak Batal Puasa atau Tak? (Penjelasan Penuh)

Adakah telan kahak batal puasa seseorang yang sedang berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum telan kahak batal puasa atau pun tidak.

Baca juga:

Kahak dan fungsinya

telan kahak batal puasa

Kahak adalah lendir yang dikeluarkan oleh sel di saluan udara bawah iaitu bronkus dan bronchioles pada saluran pernafasan.

Ia terhasil dan digunakan oleh sistem respiratori untuk melawan keradangan.

Dalam kahak terkandung sel mati, bahan-bahan asing dari paru-paru, bakteria, sel darah putih dan sel-sel imun lain yang melindungi saluran udara dari jangkitan.

Fungsi kahak tidak lain tidak bukan hanya untuk menjaga tisu nipis dan halus pada saluran pernafasan agar kekal lembap supaya zarah-zarah kecil atau benda asing yang boleh menimbulkan ancaman dapat terperangkap dan dipaksa keluar.

Hukum telan kahak batal puasa?

telan kahak batal puasa

Hukum telan kahak ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu had zahir dan had batin.

1. Had zahir

Had yang zahir bagi rongga mulut ialah mengikut kadar makhraj huruf (خ) dan (ح), manakala had batin bagi rongga ini berdasarkan makhraj huruf (ه) dan (ء).

Sekiranya lendir kahak tersebut berada pada had zahir atau pada kawasan mulut maka batal puasa seseorang itu jika ditelan kahak tersebut.

Ini dinyatakan oleh Imam al-Syirbini di dalam karyanya al-Iqna’:

"Sekiranya turun kahak daripada otak dan sampai kepada had zahir daripada mulut iaitu pada makraj huruf Kha’ (خ) begitu juga dengan makhraj Ha’ (ح) berdasarkan pendapat yang kuat, maka jangan dibiarkan kahak itu berjalan pada rongga mulut dan hendaklah mengeluarkannya jika dia mampu. 

Dan sekiranya dia tidak mengeluarkan kahak itu sedangkan dia mampu untuk mengeluarkannya dan sampai pula kahak tersebut ke bahagian dalam maka puasanya adalah batal." - (Rujuk al-Iqna’ Fi Hil al-Alfaz Abi Syuja’: j1/h337)

2. Had batin

Kahak yang berada pada had batin iaitu selain dari bahagian zahir yang disebutkan tadi pada rongga mulut, maka tidaklah batal puasa seseorang apabila ditelannya.

Hukum ini disebutkn oleh Imam Nawawi yang bermaksud:

"Sekiranya kahak tidak sampai ke had zahir daripada mulut maka tidak memudaratkan puasa, dan sekiranya kahak itu sampai pada mulut dengan sebab kahak itu turun dari otak  melalui lubang yang kecil dari kepala sehingga ke bahagian dalam mulut iaitu atas dari paras halkum, maka ia dilihat(berdasarkan beberapa keadaan). Jika dia tidak mampu untuk mengeluar dan meludahkannya sehingga masuk ke bahagian dalam rongga, maka tidak memudaratkan puasanya." - (Rujuk Raudhah al Tolibin: j2/h360)

Ringkasnya, telan kahak batal puasa apabila kita menelannya secara berlebihan dan kedudukan kahak tersebut juga berada di bahagian zahir mulut atau pada ruangan mulut. 

Namun jika kedudukan kahak berada di bahagian dalam seperti di bahagian halkum dan ke dalam, maka puasa tidak terbatal sekalipun kita menelan kahak tersebut.

Punca berlaku kahak berlebihan

Penyebab kahak berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Batuk
  • Demam selsema
  • Alahan
  • Terdedah kepada asap atau pencemaran
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Penyakit asma
  • Sinusitis

Tips hilangkan kahak dengan mudah

1. Minum air suam

Air suam dipercayai boleh mencairkan kahak dan memudahkan untuk kahak segera keluar dari kerongkong.

2. Gunakan minyak kayu putih

Minyak kayu putih boleh digunakan untuk mengurangkan kahak di dada anda. Caranya sapukan sahaja minyak kayu putih ini dengan menyapunya di dada atau menitiskannya di dalam diffuser.

3. Makan madu

Pati madu yang dicampurkan dengan kayu manis, halia, ginseng, pudina serta beberapa jenis herba yang lain boleh membantu mencarikan kahal dan memudahkan ia untuk keluar.

4. Makan ubat batuk

Jenis ubat batuk seperti DCM Expectorant, Mucolix, Bromhexine, Stenac, sesuai untuk digunakan untuk menyingkirkan kahak.

5. Kunyah lozeng

Lozeng atau gula-gula berangin amat berguna jika kita mengalami ketidakselesaan pada tekak dan ketika batuk teruk.

Anda boleh cari jenama lozeng di farmasi seperti Difflam, Strepsils dan Sobenz untuk mengatasi masalah kahak berterusan.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai hukum telan kahak batal puasa atau tidak ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Irsyad Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-181: Hukum Menelan Kahak Ketika Berpuasa. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.