Selawat Munjiyat Dalam Rumi Beserta Terjemahannya

Apakah itu selawat munjiyat dan kelebihannya apabila diamalkan bagi setiap umat Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai selawat munjiyat yang bagus dijadikan amalan harian setiap masa.

Baca juga:

Apa itu selawat munjiyat?

Selawat Munjiyat adalah selawat yang ditulis oleh seorang ulama sufi termasyur.

Beliau adalah Syeikh Salih Musa Al-Dharir guru kepada Syeikh Tajuddin al-Fakihaniy Al-Maliki.

Beliau berasal dari tariqat Asy-Syadziliyah iaitu sebuah tariqat sufi yang diasaskan oleh Abul Hasan Ali asy-Syadzili pada abad ke-13.

Hukum beramal dengan selawat munjiyat

Umumnya, selawat adalah salah satu ibadah yang sangat disarankan dan dituntut di dalam syarak. 

Bahkan mereka yang banyak berselawat juga dikatakan mendapat kedudukan yang istimewa bersama Rasulullah SAW.

Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, sabda Nabi SAW:

أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً

"Orang yang paling utama bersama ku pada hari kiamat adalah mereka yang banyak berselawat ke atasku." - (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, No. 484)

Dari segi pengamalan selawat munjiyat, tidak menjadi sebarang masalah untuk beramal dengannya.

Hal ini kerana lafaz dan maknanya tidak bercanggah dengan ketetapan syarak.

Namun begitu, selawat yang terbaik untuk anda baca adalah selawat yang bersumberkan daripada dalil dan nas contohnya selawat Ibrahimiyyah.

Bacaan selawat munjiyat

Berikut adalah bacaan lengkap selawat munjiyat dalam bahasa Arab, rumi, audio dan terjemahannya.

اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Allahuma sholli ‘Ala syayyidina Muhammadin Sholatan Tunjina Biha Min Jami’il Ahwali Wal Afat, Wataqdilana Biha Jami’il Hajat,

Watutohhiruna Biha Min Jami’is Syayyiat, Watarfa’una Biha ‘Indaka A’lad Darojat, Watuballi ghuna Biha Asyqshol Ghoyat Min Jami’il Khoiroti Fil Hayati Waba’dal Mamat.

“Ya Allah selawatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad akan sebagai selawat yang melepaskan kami dengannya dari segala keadaan huru hara dan kebinasaan

dan menunaikan bagi kami dengannya segala hajat dan membersihkan akan kami dengannya dari sekelian kesalahan dan mengankat akan kami dengannya di sisi Mu setinggi-tinggi darjat

dan menyampaikan akan kami dengannya segala tujuan dari sekelian kebaikkan ketika hidup dan selepas kematian.”

Bila perlu baca selawat ini?

Selawat ini disarankan untuk anda baca sama ada ketika waktu pagi atau petang ataupun semasa musafir dan juga elok dijadikan sebagai wirid setiap kali selepas selesai mendirikan solat.

Kelebihan selawat munjiyat

Secara umumnya, kelebihan selawat ini sama sahaja seperti selawat-selawat yang lain antaranya seperti:

  • Diampunkan dosa dan diangkat darjatnya oleh Allah
  • Dimakbulkan segala doa
  • Yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat
  • Diberikan kecukupan hidup oleh Allah
  • Allah membalas selawat hamba Nya
  • Mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak
  • Rasulullah membalas ucapan salam
  • Diberikan 10 kali pahala
  • Memudahkan diri ke syurga
  • Hilang rasa risau dan dukacita

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai selawat munjiyat ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan meningkatkan amal ibadah setiap hari.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1873: Hukum Beramal Dengan Selawat Munjiyyat. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.