Doa Lailatul Qadar & Tanda-Tanda Bertemu Dengannya

Apakah doa lailatul qadar yang digalakkan untuk umat Islam baca untuk bertemu dengan malam mulia tersebut?

Tahukah anda, di penghujung setiap bulan Ramadhan terdapat satu malam yang digelar sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan? Malam tersebut dipanggil sebagai malam lailatul qadar.

Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda doa lailatul qadar yang boleh dibaca dan beberapa intipati penting tentangnya.

Baca juga:

Apa itu lailatul qadar?

Lailatul qadar adalah malam yang sangat istimewa dalam bulan Ramadhan. Lailah itu bermaksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam).

Manakala Al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Sungguhpun terdapat perbezaan pendapat ulama berkenaan dengan maksud Al-Qadar.

Namun, kebanyakkannya memberi maksud yang hampir serupa iaitu “kemuliaan”.

Dalil tentang lailatul qadar

Ketika tiba sepuluh malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut." - (Hadis Riwayat Ibn Hibban, 3436)

Bila berlakunya malam lailatul qadar?

Tidak dinyatakan secara terperinci bilakah malam lailatul qadar itu berlaku. Namun begitu, ia dikatakan berlaku pada sepuluh akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan.

Ini bertepadan dengan hadis Rasulullah SAW:

"Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Tanda-tanda malam lailatul qadar

Banyak sebenarnya tanda-tanda malam lailatul qadar yang boleh kita perhatikan.

Namun begitu, tanda-tanda ini ada dinyatakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan sendiri dalam Bayan Linnas Siri Ke-31.

Antara tandanya adalah:

1. Malam terang dan nyaman

Ubadah bin al-Somit RA berkata secara marfu’: 

“Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi.

Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.” – (Lihat Umdah al-Qari 11/134)

2. Matahari terbit tetapi tidak terasa panas

Daripada Ubay bin Kaab RA menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”

3. Matahari keluar setiap pagi kecuali pagi malam qadar

Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: 

“Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” - (Lihat Umdah al-Qari 11/134)

Doa agar bertemu dengan malam lailatul qadar

doa lailatul qadar

Allahummar zuqna lailatul qadri fi hazihis sanati wafi kulli sanati. Wa a’inna ‘ala ihya ina qiya miha. Birohmatika ya arhamar rohimin

Maksudnya: "Ya Allah, rezekikan kami Lailatul Qadar pada tahun ini dan juga pada setiap tahun. Dan bantulah kami untuk menghidupkan dan membangunkan malamnya Dengan RahmatMu, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Doa lailatul qadar

Berikut adakah doa lailatul qadar yang boleh anda baca:

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”

Kelebihan yang ada pada malam tersebut

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

"Sesunguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan." 

Berdasarkan ayat ini, maka jelaslah bahawa betapa mulia dan agungnya malam lailatul qadar sehingga ia melebihi daripada 1000 bulan.

Oleh yang demikian, hendaklah kita melakukan berbanyak ibadat dengan bersungguh-sunggh bagi mengisi malam di hujung Ramadhan ini.

Misalnya dengan berqiamullail, membaca Al-Quran, zikrullah, munajat dan doa.

Diharapkan semoga perkongsian artikel mengenai doa lailatul qadar ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-2014: Doa Malam Al-Qadar. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Bayan Linnas Siri Ke-31: Lailatul Qadar… Carilah. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Keistimewaan Malam Lailatul Qadar. Al-Hidayah Publication
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.