Doa Ramadan: 30 Doa Harian Sepanjang Bulan Ramadan

Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, saya akan dikongsikan kepada anda semua antara senarai Doa Ramadan yang boleh dibaca dan diamalkan sepanjang bulan tersebut.

Doa ini disusun dengan lengkap iaitu dari hari pertama bermulanya puasa sehinggalah hari terakhir pada bulan Ramadan.

Apa yang Istimewa pada artikel ini?

Setiap bacaan dari doa-doa ini akan dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda untuk membaca tulisan arab kepada sesiapa yang lemah untuk membacanya.

Pengenalan: Ramadan Adalah Bulan Keampunan


Seperti yang kita tahu bulan Ramadan adalah bulan yang cukup istimewa dan antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di seluruh dunia.

Bulan Ramadan ini juga dikenali sebagai Saiyidus Syuhur iaitu Penghulu Sekalian Bulan.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan barokah dan keampunan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah SWT ) akan diampunkan dosanya yang terdahulu.

”(Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Shawmu Ramadhan Ihtisaban Mina al-Iman,
no. 38)

Manakala, salah satu ibadah yang sangat digalakkan untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini adalah dengan Bedoa.

Waktu Afdal Dan Mustajab Doa Untuk Pada Bulan Ramadan


Bilakah waktu yang mustajab untuk kita berdoa?

Berikut merupakan waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa sepanjang bulan Ramadan:

1- Waktu Sahur

Allah SWT berfirman:

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan

-Surah Adz Dzariyat: 18

2- Semasa Sedang Berpuasa

Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.”

-HR Ibnu Tirmidzi-

3-Sewaktu Azan Berkumandang

Rasulullah SAW bersabda:

Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang.”

HR. Abu Daud

4-Waktu Satu Pertiga Malam

Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa.

Tetapi di bulan Ramadhan, berdoa pada waktu ini lebih mudah bagi banyak orang kerana umumnya waktu ini adalah waktu sahur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.”

HR. Al Bukhari dan Muslim

5- Sewaktu Menjelang Berbuka Puasa

Doa mustajab juga ada pada saat  menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.

Menjelang berbuka seharusnya dijadikan masa mengadu dan berdoa sebanyak-banyaknya di hadapan Allah SWT.

Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”

-HR Ibnu Majah

6- Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an.

Malam ini lebih utama dari 1000 bulan.

Pada malam ini kita dianjurkan untuk memperbanyak ibadah termasuk dengan memperbanyak doa kepada Allah SWT.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”

– HR. Tirmidzi-

Himpunan Doa-doa Harian Bulan Ramadan


Berikut dikongsikan himpunan doa-doa harian yang ringkas dan boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan yang bakal berkunjung tidak lama lagi.

Doa-doa ini boleh dibacakan pada waktu mustajab doa iaitu pada waktu sebelum berbuka dan pada waktu sahur.

Doa Ramadan Hari- 1

doa ramadan
Allâhummaj’al Siyaamii Fiihi Siyaamas-saa imîn, Wa Qiyaamii Fiihi Qiyaamal Qaa-imiin, Wa Nabbihnî Fiihi ‘An Nawmatil Ghaafilîn, Wa Hablii Jurmii Fii Yaa IlaaHal ‘Alamin, Wa’fu ‘Annî Yaa ‘Aafiyan ‘Anil Mujrimiin.

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.


Doa Ramadan Hari-2

doa ramadan
Allâhumma qarribnî fîhi ilâ mardhâtika wa jannibnî fîhi min sakhatika wa naqimâtika wa waffiqnî fîhi liqirâ-ati âyâtika birahmatika yâ arhamar râhimîn

Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!


Doa Ramadan Hari-3

doa ramadan
Allâhummarzuqnî fiihidz dzihna wattanbiih waa baa’idnii fiihi minas safaahati wattamwiih waj’al lî nashiiban min kulli khairin tunzilu fiihi bijuudika yaa ajwadal ajwadiin.

Ya Allah! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kejahilan dan kesesatan. Anugerahkanlah kepadaku bahahagian dari segala kebaikan yang ENGKAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai Zat Yang Maha Pemurah

Doa Ramadan Hari-4

doa ramadan
Allahumma qawwinii fiihi ‘alaa iqoomati amrika wa adziqnii fiihi halaawata dzikrika wa audzi’nii fiihi li adaai syukrika bikaramika wahfazhnii fiihi bihifzhika wa sitrika yaa absharan-naazhiriin

Ya Allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai Zat Yang Maha Melihat


Doa Ramadan Hari-5

doa ramadan
Allâhummaj’alnii fiihi minal mustaghfiriin waj’alnii fiihi min ‘ibaadikas shaalihiin al qaanitiin waj’alnii fiihi min awliyaa-ikalmuqarrabîn bira’fatika yaa arhamarraahimiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.


Doa Ramadan Hari-6

doa ramadan
Allâhumma laa takhdzulnii fiihi lita’arrudhi ma’shiyatika wa laa tadhribnii bisiyaathi naqimatika wa zahzihnii fiihi min muujibaati sakhatika bimannika wa ayaadiika yaa muntahaa raghbatirraaghibiin

Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadap-MU, dan janganlah Engkau menghukumku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan!


Doa Ramadan Hari-7

doa ramadan
Allâhumma a’innii fiihi ‘alaa shiyaamihi wa qiyaamihi wa jannibnii fiihi min hafawaatihi wa aatsaamihi warzuqnii fiihi dzikrika bidawaamihi bitaufiiqika Yaa haadiyal mudhilliin

Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan solat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan kebiasaan mengingat pada-Mu dengan taufik-Mu wahai yang menunjuki orang tersesat


Doa Ramadan Hari-8

Allâhummarzuqnî fîhi rahmatal aytaam wa it’aamitha’aam wa ifsyaais salaam wa suhbatil kiraam bithawlika yaa malja-al aamiliin

Ya Allah, anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak-anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang-orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap


Doa Ramadan Hari-9

doa ramadan
Allâhummaj’allii fiihi nashiiban min rahmatikal waasi’ah wahdinii fiihi libaraahiinikas saathi’ah wa khudz binaashiyatii ilaa mardhaatikal jaami’ah bimahabbatika yaa amalal musytaaqiin

Ya Allah! Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang merindu.


Doa Ramadan Hari-10

doa ramadan
Allâhummaj ‘alnii fiihi minal mutawakkiliin ‘alaika waj’alnii fîhi minal faaiziin ladaika waj’alnî fîhi minal muqarrabiin ilaika biihsaanika yâ ghaayatat thaalibiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.


Doa Ramadan Hari-11

doa ramadan
Allâhumma habbib ilayya fiihil ihsan wa karrih fiihil fusuuq wal ‘isyaan wa harrim ‘alayya fiihis sakhatha wanniiraan bi’aunika yaa ghiyaatsal mustaghiitsiin

Ya Allah! Mohon tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Mohon jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan


Doa Ramadan Hari-12

doa ramadan
Allâhumma zayyinii fiihi bissitri wal ‘afâf wasturnii fiihi bilibaasil qunuu’i wal kafaaf wahmilnii fiihi ‘alal ‘adli wal inshaaf wa Wa aaminnii fiihi min kulli maa akhaafu bi’ismatika ya ‘ismatal khaaifiin

Ya Allah, mohon hiasilah aku di bulan ini dengan penutup aib dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian kecukupan dan kerelaan diri. Tuntunlah aku untuk sentiasa bersikap adil dan taat. Selamatkanlah aku dari segala sesuatu yang aku takuti. Dengan Perlindungan-MU, Wahai tempat bernaung bagi mereka yang ketakutan.


Doa Ramadan Hari-13

doa ramadan
Allâhumma thahhirnii fiihi minaddanasi wal aqdzaar wa sabbirnii fiihi ‘ala kaainaatil aqdaari wawaffiqnii fiihi littuqaa wa suhbatil abraar bi’aunika yaa qurrata ‘ainil masaakiin

Ya Allah! Mohon sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah aku kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. Anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-MU, Wahai cahaya hati orang-orang yang miskin


Doa Ramadan Hari-14

doa ramadan
Allâhumma laa tuaakhizni fiihi bil’asaraati waaqilni fiihi minalkhataayaa walhafawaati walaataj’alni fiihi gharadhan lilbalaayaa walaafaati bi’izzatika yaa ‘izzalmuslimiin

Ya Allah! Mohon Janganlah ENGKAU hukum dari kami di bulan ini semua kesalahan yang aku lakukan. Hapuskan seluruh kesalahan dan kejahilanku. Hindarkan aku dari bencana dan malapetaka. Demi kemuliaan-MU, Wahai sandaran Kemulian kaum Muslimin


Doa Ramadan Hari -15

Allâhummar zuqnii fiihi thaa’atal khaasyi’iin wasyrah fiihi shadrii bi inaabatil mukhbitiin biamaanika yaa amaanal khaaifiin

Ya Allah, Mohon anugerahkan padaku di bulan ini dengan ketaatan orang-orang yang khusyuk serta lapangkanlah dadaku dan dengan taubat orang-orang yang rendah diri. Dengan kekuatan-Mu. Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang ketakutan


Doa Ramadan Hari -16

Allâhumma waffiqnii fiihi limuwaafaqatil abraar wa jannibnii fiihi murafaqatal asyraar wa aawinii fiihi birahmatika ilaa (fii) daaril qaraari bilaahiyyatika yaa ilaahal ‘aalamiin

Ya Allah, anugerahilah kepadaku di bulan ini agar dapat berada dengan orang-orang baik, dan jauhkanlah aku dari bergaul dengan orang-orang jahat. Berilah aku perlindungan di bulan ini dengan rahmat-Mu sampai ke alam Akhirat. Demi keesaan-Mu wahai Tuhan semesta Alam


Doa Ramadan Hari -17

Allâhummah dinii fiihi lishaalihil a’maali waqdhi lii fiihil hawaaija wal aamaala yaa man laa yahtaaju ilat tafsiir was suaali yaa ‘aaliman bimaa fii shuduuril ‘aalamiin shalli ‘alaa muhammadin wa aalihith thaahiriin

Ya Allah anugrahilah aku di bulan ini untuk dapat beramal baik dan kabulkanlah semua hajat dan keinginanku. Wahai yang tidak memerlukan penjelasan dan pertanyaan. Wahai yang Maha mengetahui apa yang ada di dalam alam ini. Anugerahilah selawat dan salam bagi Nabi Muhammad dan keluarganya yang mulia.


Doa Ramadan Hari-18

Allâhumma nabbihnii fiihi libarakaati ashaarihi wa nawwir fiihi qalbii bidhiyaai anwaarihi wa khudz bikulli a’dhâî ilat tibaa’I aatsaarihi binuurika yaa munawwiral quluubi

Ya Allah sedarkanlah aku untuk merasai berkat yang ada pada waktu sahur. Terangilah hati-ku dengan cahaya-Mu yang lembut. Jadikanlah seluruh anggota badanku dapat mengikuti cahaya itu. Wahai Penerang hati sanubari.


Doa Ramadan Hari -19

Allâhumma waffir hadzdzii min barakaatihi wa sahhil sabiilii ilaa khayraatihi walaa tahrimnii qabuula hasanaatihi yaa haadiyan ilal haqqil mubiina

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih dapat menikmati berkat-berkatMu dan mudahkanlah jalan-ku untuk mendapat kebaikan-kebaikannya. Jangan Engkau haramkan aku untuk menerima kebaikan-kebaikannya. Wahai Pemberi Petunjuk kepada jalan yang terang


Doa Ramadan Hari -20

Allâhummaftah lii fiihi abwaabal jinaani wa agliq ‘annii fiihi abwaaban niiraan wa waffiqnî litilaawatil qur’aani yaa munzilas sakiinata fii quluubil mu’miniin

Ya Allah, bukakanlah bagiku di bulan ini pintu-pintu menuju syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berikanlah kemampuan padaku untuk menelaah Al-qur’an di bulan ini. Wahai yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin


Doa Ramadan Hari -21

Allâhummaj ‘al lii fiihi ilaa mardhaatika daliilan walaa taj’al lisysyaithaani fiihi ‘alayya sabiilan waj’alil jannata lii manzilan wa maqiilan yaa qaadhiya hawâijil thoolibiin

Ya Allah, tuntunlah aku di bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaan-Mu, Dan janganlah adakan ruang bagi syaitan untuk menggodaku. Jadikan syurga sebagai tempat tinggal dan bernaungku. Wahai yang memenuhi hajat orang-orang yang meminta.


Doa Ramadan Hari -22

Allâhummaftah lii abwaaba fadhlika wa anzil ‘alayya fiihi barakaatika wa waffiqnii fiihi limuujibaati mardhootika wa askinnii fiihi buhbuuhaati jannaatika yaa mujiiba da’watil mudhtharriin

Ya Allah bukakanlah selebar–lebarnya pintu rahmatMu di bulan ini dan curahkan barakah-barakahMu. Tempatkan aku di tempat yang membuatMu redha padaku. Tempatkan aku di dalam Syurga-Mu. Wahai Yang Maha menjawab doa orang yang dalam kesempitan


Doa Ramadan Hari -23

Allâhummaghsilnii fiihi minadzdzunûbi wa thohhirnii fiihi minal ‘uyuubi wamtahin qalbii bitaqwal quluubi yaa muqiila ‘atsaraatil mudznibiina

Ya Allah, sucikanlah aku dari dosa-dosa dan bersihkanlah diriku dari segala aib keburukan. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa


Doa Ramadan Hari -24

Allâhumma innii asaluka fiihi maa yurdhiika wa a’uudzu bika mimmaa yu’dziika wa asalukat taufiiqa fiihi lian utii’aka wa laa a’shiika yaa ajwaadas saailiin

Ya Allah aku memohon pada-Mu di bulan yang suci ini dengan segala sesuatu yang medatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi


Doa Ramadan Hari -25

Allâhummaj’alnî fiihi muhibban li awliyaaika wa mu’aadiyaan lia’daaika mustanan bisunnati khaatami anbiyaaika yaa ‘aasima quluubinnabiyyiin

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah Nabi penutup-Mu. Wahai yang menjaga hati para nabi


Doa Ramadan Hari -26

Allâhummaj’al sa’yii fiihi masykuuran wa dzanbii fiihi maghfuuran wa ‘amalii fiihi maqbuulan wa ‘aybii fiihi mastuuran yaa asma’as saami’iina

Ya Allah, jadikanlah setiap langkah usahaku di bulan ini sebagai ungkapan rasa syukur dan dosa-dosaku terampuni, amal-amalku diterima dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Yang Maha mendengar dari semua yang mendengar


Doa Ramadan Hari -27

Allâhummarzuqnî fiihi fadhla laylatil qadri wa shayyir umuurii fiihi minal ‘usri ilal yusri waqbal ma’aadzîrii wa huththa ‘anniyadz dzanba wal wizra yaa ra`uufan bi’ibaadihiish shoolihiin

Ya Allah, berkatilah aku di bulan ini dengan mendapatkan lailatul qadar. Ubah arah hidupku dari hidup yang susah menjadi mudah. Terimalah segala permohonan maafku dan hapuskan dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-Nya yang soleh


Doa Ramadan Hari -28

Allâhumma waffir hadzdzii minan nawaafili wa akrimnii fiihi biihdhaaril masaaili wa qarrib fiihi wasiilatii ilayka min baynil wasaaili yaa man laa yasyghaluhu ilhaahul mulihhiina

Ya Allah, sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan memakbulkan semua permintaan. Dekatkanlah aku kepada-Mu dengan berbagai jalan, Wahai Yang tidak sibuk dengan rintihan orang yang meminta


Doa Ramadan Hari -29

Allâhumma ghasysyinii fiihi birrahmati warzuqnii fiihit tawfiiqa wal ‘ismata wa thohhir qalbii min ghayaahibit tuhmati yaa rahiiman bi’ibaadihil mukminiin

Ya Allah, kurniakanlah aku di bulan ini dengan rahmat-Mu, anugerahilah aku taufik dan penjagaan-Mu. Sucikanlah hatiku dari benih-benih fitnah/kebencian, Wahai yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman


Doa Ramadan Hari -30

Allâhummaj’al siyaamii fiihi bisysyukri wal qabuuli ‘alaa maa tardhoohu Wayardhoohurrasuulu muhkamatan furuu’uhu bil usuli bihaqqi sayyidinaa muhammadin wa aalihit-Thoohiriin wal hamdu lillahi rabbil’aalamiin

Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaan-Mu dan keredhaan para Rasul-Mu. Engkau kuatkanlah furu (cabang-cabang)-nya dan usul (pokok-pokok)-nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad saw beserta keluarganya yang mulia. Segala puji bagi-Mu ya Allah,Tuhan semesta alam

PENUTUP

Semoga dengan perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Semoga bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba pada tahun adalah antara bulan Ramadan yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya

Selamat menjalani ibadah puasa..

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.