Himpunan Zikir Ramadan Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan
HIMPUNAN ZIKIR RAMADAN
Keistimewaan bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain adalah Allah menggandakan pahala orang berpuasa melebihi amalan-amalan lain dan kadar pahalanya hanya diketahui oleh Nya sahaja.
Antara amalan tambahan yang sangat digalakkan untuk kita buat adalah zikir Ramadhan yang dapat dilakukan pada bila-bila masa dalam keadaan apa jua.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa contoh zikir Ramadhan yang sangat bagus untuk dibaca, dihafaz, dan diamalkan sepanjang bulan Ramadhan sebagai salah satu amalan untuk meraih lebih banyak pahala.
Zikir Ramadan Yang Boleh Diamalkan
Terdapat banyak lafaz-lafaz zikir Ramadhan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian yang membawa manfaat yang tersendiri.
Hal ini seperti mana yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Ahzab, ayat 41:
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.”
Daripada ayat 41 surah di atas ini, Allah SWT memerintahkan kita sebagai umat Islam untuk sentiasa berzikir yakni mengingati dan menyebut nama Nya.
Ini disebabkan oleh zikir merupakan suatu rangkaian keimanan seorang mukmin yang selalu menyebut Allah dan mengingati Nya.
Berikut ini adalah antara contoh jadual zikir yang boleh anda praktikkan.
1. Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلَهَ إِلاَّ اللّه، أَسْتَغْفِر ُ اللّه، أَسْأَلُك رِضَاك وَالْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِك مِنْ سَخَطِك وَالنَّارِ
Asyhadu alla ilaha illallah, astagfirullah, as’aluka ridhoka wal jannah, wa a’udzubika min sakhathika wannaar
Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah. Aku memohon ampunan Allah. Tuhanku, aku memohon ridha dan surga-Mu. Aku juga berlindung kepada (rahmat)-Mu dari murka dan neraka-Mu.
2. Istighfar
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Astaghfirullahal ‘adziim
Aku minta ampunan kepada Allah yang maha Agung
3. As alakul jannah
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ
Allahumma ini as ‘alukal jannah
Ya Allah masukkan dia ke dalam syurga"
4. Wa auzu bika minannar
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Wa a’uudzu bika minan naar
Aku berlindung kepada Mu dari neraka
5. Tasbih
سبحان الله
Subhanallah
Maha suci Allah
6. Tahlil
لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
Laa ilaha illallah
Tidak ada Tuhan kecuali Allah.
7. Takbir
ٱللَّٰهُ أَكْبَرُ
Allahu Akbar
Allah maha Besar
8. Hamdalah
اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
Segala puji adalah miliki Allah, Tuhan alam semesta
9. Hauqolah
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ
La haula wa la quwwata Illa billah
Tidak ada daya (untuk kebaikan dan ibadah) dan kekuatan (untuk menghindari keburukan dan maksiat) kecuali dengan izin Allah
10. Selawat
اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma sholli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
Ya Allah, berikanlah Rahmat dan keselamatan kepada Nabi Muhammad
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai koleksi zikir Ramadhan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan meraih lebih banyak pahala di bulan mulia.
Sumber:
- Kumpulan Doa & Zikir Bulan Ramadan. Abdul Rahman Saleh. Al-Hidayah
- Panduan Amalan Ramadan. Yayasan Restu
- Kelbihan Berzikir Dalam Kehidupan. Bidadari