Mad Asli: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan
Apakah yang dimaksudkan dengan tajwid mad asli?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.
Baca juga:
Pengenalan mad asli
Mad asli (مد اصلي) atau dikenali juga dengan panggilan mad tabi’i (طبيعي) adalah mad yang terjadi disebabkan huruf mad.
Ia ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat sama sekali dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.
Orang Arab menyebutnya dengan 2 harakat tidak lebih atau tidak kurang.
Jenis tajwid mad
Pada umumnya, terdapat dua jenis mad iaitu mad asli dan mad far’i. Perbezaan kedua-dua mad ini adalah mad asli tidak terjadi disebabkan oleh hamzah dan sukun.
Manakala mad far’i adalah disebabkan oleh hamzah dan sukun. Bahkan di bawah kategori mad far’i terdapat 13 jenis mad lagi iaitu:
- Mad wajib muttasil
- Mad jaiz munfasil
- Mad silah qosiroh
- Mad silah towilah
- Mad badal
- Mad aridh lissukun
- Mad lin
- Mad farqi
- Mad lazim harfi mukhaffaf
- Mad lazim harfi musaqqal
- Mad lazim kalimi mukhaffaf
- Mad lazim kalimi musaqqal
- Mad tamkin
- Mad iwadh
Cara untuk mengenali
Untuk mengenali tanda mad asli ianya adalah seperti yang berikut:
- Huruf mad ا و ي yang tiada sebarang tanda atau baris.
قِيلَ – قُولُواْ – قَالَ
- Tanda alif kecil ( ا ), wau kecil ( و ) atau ya kecil ( ۦ ).
إِۦلَٰفِهِمۡ – إِنَّهُۥ – أَغۡنَىٰ
- Huruf Alif ( ا ) yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
- Huruf Wau sukun ( و ) yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan/dhommah.
- Huruf Ya sukun ( ي ) yang didahului dengan huruf berbaris bawah/kasrah.
Cara bacaannya
Mad asli dibaca dengan 2 harakat. Ia juga boleh dibaca dengan tiga keadaan kadar kelajuan iaitu:
1. Tahqiq – perlahan
Sangat teliti dalam menyempurnakan bacaan dengan menunaikan hak-hak huruf. Contoh bacaan qari / qariah.
2. Tadwir – lebih laju dari tahqiq
Bacaan pertengahan antara tadwir dan hadr serta masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan.
3. Hadr – laju
Bacaan cepat dan masih tidak mengabaikan tajwid pada bacaan. Contohnya bacaan penghafaz al-Quran dalam mengulang-ulang bacaan.
Contoh bacaan mad asli
Berikut adalah bacaannya dalam tiga jenis huruf:
Huruf alif
Contoh Bacaan Mad | Keterangan |
---|---|
لَا أُقْسِمُ | Huruf lam dibaca Mad Tabi’i |
اللَّوَّامَةِ | Huruf waw dibaca Mad Tabi’i |
عِظَامَهُ | Huruf dho’ dibaca Mad Tabi’i |
بَلَى | Huruf lam dibaca Mad Tabi’i |
قَادِرِينَ | Huruf qof dibaca Mad Tabi’i |
بَنَانَهُ | Huruf nun pertama dibaca Mad Tabi’i |
أَيَّانَ | Huruf ya’ dibaca Mad Tabi’i |
فَإِذَا بَرِقَ | Huruf dzal dibaca Mad Tabi’i |
Huruf ya
Contoh Bacaan Mad | Keterangan |
---|---|
وَالزَّانِي | Huruf nun dibaca Mad Tabi’i |
فِي | Huruf fa’ dibaca Mad Tabi’i |
دِينِ اللَّهِ | Huruf dal dibaca Mad Tabi’i |
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ | Huruf dzal dibaca Mad Tabi’i |
ثَمَانِينَ جَلْدَةً | Huruf nun pertama dibaca Mad Tabi’i |
وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ | Huruf lam dibaca Mad Tabi’i |
أَنْ تَشِيعَ | Huruf syin dibaca Mad Tabi’i |
وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي | Huruf kaf dibaca Mad Tabi’i |
Huruf wau
Contoh Bacaan Mad | Keterangan |
---|---|
لِفُرُوجِهِمْ | Huruf fa’ dibaca Mad Tabi’i |
مَلُومِينَ | Huruf lam dibaca Mad Tabi’i |
مِنْ طُورِ | Huruf tha’ dibaca Mad Tabi’i |
فِي بُطُونِهَا | Huruf tha’ dibaca Mad Tabi’i |
نُوحًا | Huruf nun dibaca Mad Tabi’i |
الَّذِينَ كَفَرُوا | Huruf ra dibaca Mad Tabi’i |
فَتَرَبَّصُوا بِهِ | Huruf shad dibaca Mad Tabi’i |
الَّذِينَ ظَلَمُوا | Huruf mim dibaca Mad Tabi’i |
Contoh bacaan dalam Al-Quran
1. Surah Hud, ayat 16
وَحَبِطَ مَا صَنَعُوْا فِيْهَا
2. Surah Al Bayyinah, ayat 8
ذٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهٗ
3. Surah Ali Imran, ayat 78
يَّلْوٗنَ اَلْسِنَتَهُمْ
4. Surah Al Baqarah, ayat 258
قَالَ اَنَا۠ اُحْيٖ وَاُمِيْتُ ۗ
5. Surah Al Insan, ayat 15
وَّاَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيْرَا۠
6. Surah Al Ahzab, ayat 67
فَاَضَلُّوْنَا السَّبِيْلَا۠
7. Surah Al Ahzab, ayat 66
وَاَطَعْنَا الرَّسُوْلَا۠
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum mad asli dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Ilmu Tajdwid Ringkas. Dr. Shamsul Mohd Nor. Galeri Ilmu
- Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre