Hukum Mim Mati @ Mim Sakinah (مْ) Serta Cara Bacaannya

Mim Sakinah adalah mim yang tidak berbaris atau dikenali sebagai sebagai mim mati (مْ). Mim Sakinah ini adalah mempunyai ciri-ciri yang sama dengan hukum Nun Sakinah kerana kedua-dua hukum ini memiliki suara yang keluar daripada pangkal hidung, khaisyum yang mengeluarkan bunyi dengung mahupun sifat ghunnah itu sebagai satu ciri yang mesti ada pada Mim dan Nun Sakinah.

Kesemua bagi hukum Mim Sakinah ini dikaitan dengan perkataan syafawi yang membawa maksud bibir kerana huruf mim itu merupakan huruf yang keluar melalui pertemua dua bibir

Hukum Mim Sakinah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Idgham Mithlain/Idgham Syafawi, ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.

Pembahagian Hukum Mim Hukum Mim Mati (مْ) Serta Cara Bacaan nya.

Terdapat tiga pembahagian bagi hukum Mim Sakinah (مْ) apabila bertemu huruf-huruf hijaiyah yang terdapat dalam Al-Quran adalah seperti:

Ikhfa’ Syafawi (اخفاء شفوي)


Ikfa Syafawi adalah apabila Mim Sakinah (مْ) bertemu dengan huruf (ب) , maka wajib dibaca dengan Ikhfa dan ghunnah dengan kadar 2 harkat.

Ia dinamakan sebagai Syafawi kerana huruf (م) dan (ب) sama-sama keluar dari dua bibir.

Ikhfa Syafawi terdiri dari satu iaitu (ب).

Tanda yang terdapat didalam Al-Quran.

hukum mim sakinah @ mim mati
Sumber: INFO TAJWID ALKHALIL 7.0 | HUKUM MIM MATI ::

Contoh Bacaan Ikhfa Syafawi yang terdapat didalam Al-Quran

وَمَا صَا حِبُکُم بِمَجۡنُونٍ

فَإِذَا هُم بِالسَّا هِرَةِ

Idgham Mithlain/ Idgham Syafawi

(ادغام مثلين)


Izhar syafawi/ Izhar Mithlain adalah apabila mim sukun bertemu dengan huruf mim م yang berbaris dalam dua kalimah.

Cara bacaan bagi hukum ini adalah wajib mengidghamkan huruf mim yang pertama ke dalam mim yang kedua dengan sempurna sebanyak 2 harakat.

Ia dinamakan sebagai Idgham Mithlain ini kerana ia bertemu dengan dua jenis huruf yang sama makhraj dan sifatnya isitu mim dan mim.

Tanda yang terdapat didalam Al-Quran.

hukum mim sakinah @ mim mati
Sumber: INFO TAJWID ALKHALIL 7.0 | HUKUM MIM MATI ::

Contoh Bacaan Ikhfa Syafawi yang terdapat didalam Al-Quran

أَنفُسِهِم مِّنۢ

وَبَيْنَهُمْ مِّيْثَقٌ

Izhar Syafawi (اظهار شفوي)


Izhar Syafawi pula adalah apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyah selain daripada huruf م dan ب, maka hukum bacaannya adalah izhar.

Ia dibaca dengan tidak disertai dengan ghunnah ( dengung).

Ia dinamakan Izhar Syafawi kerana makhrajnya diantara dua bibir.

Tanda yang terdapat didalam Al-Quran.

Sumber: INFO TAJWID ALKHALIL 7.0 | HUKUM MIM MATI ::

Contoh Bacaan Ikhfa Syafawi yang terdapat didalam Al-Quran

ﭐلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ﭐلۡعَٰلَمِينَ

أَلَمۡ نَجۡعَلِ ﭐلأَرۡضَ مِهَٰدًا

Sumber: Youtube Muhamad Zulfakar Channel
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.