Contoh Iqlab: Penjelasan dan Cara Bacaan Dalam Al-Quran
Apakah yang dimaksudkan dengan contoh iqlab?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.
Baca juga:
Pengertian iqlab
Iqlab bermaksud membalikkan atau menggantikan. Ada juga sesetengahnya yang mengatakan bahawa iqlab bermaksud membalik diganti dengan huruf mim (م).
Cara mengenal iqlab
Iqlab berlaku apabila nun mati atau tanwim bertemu dengan huruf ba (ب). Tanda iqlab ini boleh dikenali dengan beberapa cara seperti:
- Nun ada huruf mim kecil.
- Tanwim baris atas (fathatain) mempunyai huruf mim kecil.
- Tanwim baris bawah (kasratain) mempunyai huruf mim kecil.
- Tanwim baris depan (dommatain) mempunya huruf mim kecil.
Cara bacaan iqlab
Cara bacaannya adalah dengan mengubah atau menukarkan bunyi nun mati menjadi bunyi huruf mim mati serta didenggungkan dua harakat.
Contoh iqlab dari segi bacaan
Berikut adalah contoh iqlab apabila bertemu dengan mim mati dan tanwim:
Nun mati bertemu iqlab
Huruf bacaan | Keterangan |
---|---|
مِّنْۢ بَيْنِ يَدَيْهِ | Nun mati bertemu huruf ba |
مِنْ ۢ بَعْدِ مِيْثَاقِهٖ | Nun mati bertemu huruf ba |
Tanwin bertemu iqlab
Huruf bacaan | Keterangan |
---|---|
بِسُلْطٰنٍۢ بَيِّنٍۗ | Tanwim bertemu huruf ba |
رَجْمًاۢ بِالْغَيْبِۚ | Tanwim bertemu huruf ba |
اللّٰهَ سَمِيْعٌۢ بَصِيْرٌ | Tanwim bertemu huruf ba |
جَزَاۤءًۢ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ | Tanwim bertemu huruf ba |
Contoh bacaan iqlab dalam Al-Quran
1. Surah Al-Alaq, ayat 15 (tanwim bertemu huruf ba)
لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ
2. Surah Al-Baqarah, ayat 253 (nun mati bertemu huruf ba)
ٱلَّذِینَ مِنۢ بَعۡدِهِم
3. Surah Al-Baqarah, ayat 92 (nun mati bertemu huruf ba)
ثُمَّ ٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَـٰلِمُونَ
4. Surah Al-Kahfi, ayat 22 (tanwim bertemu huruf ba)
رَجۡمَۢا بِٱلۡغَیۡبِۖ
5. Surah Luqman, ayat 28 (tanwim bertemu huruf ba)
سَمِیعُۢ بَصِیرٌ
6. Surah Al-Bayyinah, ayat 4 (nun mati bertemu huruf ba)
أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَتۡهُمُ
7. Surah Yasin, ayat 52 (nun mati bertemu huruf ba)
قَالُوْايٰوَيْلَنَامَنْۢبَعَثَنَامِنْمَّرْقَدِنَاۜهٰذَامَاوَعَدَالرَّحْمٰنُوَصَدَقَالْمُرْسَلُوْنَ
8. Surah Al-Mulk ayat 11 (nun mati bertemu huruf ba)
فَاعْتَرَفُوْابِذَنْۢبِهِمْۚفَسُحْقًالِّاَصْحٰبِالسَّعِيْرِ
9. Surah An-Anfal, ayat 5 (nun mati bertemu huruf ba)
كَمَآ أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِنْ بَيْتِكَ بِٱلْحَقِّ
10. Surah Al-Humazah, ayat 4 (nun mati bertemu huruf ba)
كَلَّا لَيُنۡۢبَذَنَّ فِى الۡحُطَمَة
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan contoh iqlab ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre
- Al-Quran