13 Tanda Waqaf Dalam Al-Quran Yang Perlu Anda Tahu

Apakah yang dimaksudkan dengan tanda waqaf dalam Al-Quran?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa jenis hukum waqaf dalam Al-Quran dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.

Baca juga:

Maksud tanda waqaf

Dalam segi bahasa, waqaf adalah menahan atau berhenti.

Manakala dari segi istilah pula, waqaf adalah menghentikan sejenak bacaan Al-Quran dengan tujuan untuk bernafas disertai niat untuk kembali melanjutkan bacaan.

Selain waqaf, terdapat juga wasal. Wasal bermaksud meneruskan bacaan atau bersambung.

Jika anda membaca Al-Quran dan bertemu dengan wasal, anda boleh meneruskan atau bersambung dengan kalimat berikutnya.

Jenis tanda waqaf dalam Al-Quran dan penjelasan

1. Waqaf la washal (لا)

Tanda waqaf la washal bermaksud tidak boleh berhenti sama sekali. Tetapi jika tanda waqaf ini berada di akhir ayat, maka diperbolehkan berhenti.

Contohnya waqaf la washal yang terdapat dalam surah Al-Fatihah, ayat 2.

tanda waqaf dalam al-quran

2. Waqaf lazim (م)

Tanda waqaf lazim atau juga disebut sebagai waqaf tamm (waqaf yang sempurna) adalah tanda waqaf yang menandakan sempurna atau tidak suatu kalimat itu.

Tanda waqaf lazim bermaksud mewajibkan atau berhenti di akhir kalimat dengan sempurna. Contohnya seperti dalam surah Al-An’am, ayat 20.

tanda waqaf dalam al-quran

3. Waqaf murakhas (ص)

Bila kita membaca Al-Quran dan bertemu dengan tanda waqaf murakhas, adalah lebih baik jika anda tidak berhenti.

Namun begitu, diperbolehkan untuk berhenti jika keadaan darurat tanpa mengubah makna dan maksud sama sekali.

Contohnya dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 dan ayat 189.

4. Waqaf al wasl ula ( ﺻﻠﮯ )

Hukum membaca ayat yang mempunyai waqaf al wasl ula adalah diutamakan untuk melanjutkannya.

Namun begitu, anda juga diperbolehkan untuk berhenti atau melanjutkan bacaan. Contohnya dalam surah Al-Baqarah, ayat 286.

tanda waqaf dalam al-quran

5. Waqaf mu’anaqah / muraqabah (∴……. ∴)

Hukum baccan waqaf mu’anaqah dengan tanda titik tiga berhenti di salah satu tanda waqaf tersebut.

Contohnya dalam surah Al-Baqarah, ayat 2.

tanda waqaf dalam al-quran

6. Waqaf jaiz (ج)

Hukum bacaan waqaf jaiz adalah boleh berhenti atau boleh melanjutkan. Contoh waqaf jaiz terdapat pada surah Al-Qadar, ayat 4.

tanda waqaf dalam al-quran

7. Waqaf waqfu aula (قلى)

Hukum bacaan waqaf waqfu aula bermaksud “diutamakan berhenti”.

Apabila pada ayat Al-Quan terdapat tanda waqaf waqfu aula, maka lebih baik diutamakan untuk berhenti pada kata yang terdapat tanda tersebut.

Contohnya seperti yang terdapat dalam surah Al-Mulk, ayat 6.

8. Waqaf mutlaq (ط)

Hukum bacaan waqaf mutlaq adalah harus berhenti. Contohnya dalam surah Al-Mulk ayat 6.

9. Waqaf saktah (سكتة)

Hukum bacaan waqaf saktah adalah berhenti sejenak tanpa bernafas.

Apabila terdapat tanda waqaf saktah, maka yang harus dilakukan iaitu berhenti sejenak sehingga memutus bacaan tetapi tidak diperbolehkan bernafas.

Contohnya dalam surah Al-Mutaffifin, ayat 14.

10. Waqaf qila waqaf (ق)

Hukum bacaan waqaf qila waqaf diutamakan untuk melanjutkan bacaan.

Apabila pada ayat Al-Quran, dan terdapat tanda waqaf ini, adalah lebih baik diutamakan untuk melanjutkan bacaan.

11. Waqaf muhawwaz (ز)

Hukum bacaan waqaf muhawwaz bermaksud diutamakan untuk melanjutkan bacaan.

12. Waqaf mustahab (قيف)

Tanda waqaf mustahab bermaksud diutamakan berhenti. Apabila jika terdapat tanda ini, maka dianjurkanlebih baik untuk berhenti daripada melanjutkan.

Contohnya seperti dalam surah Al-Baqarah, ayat 253.

13. Waqaf kadzalik (ك)

Tanda waqaf kadzalik bermaksud sama dengan waqaf sebelumnya. Sekiranya anda menemukan tanda waqaf ini, maka anda harus menyamakan dengan tanda waqaf sebelumnya.

Kelebihan tanda waqaf

Dengan adanya tanda waqaf ini, ia akan memudahkan anda untuk mengambil nafas tanpa memutuskan ayat Al-Quran yang dibaca.

Ia juga semakin memudahkan anda untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tertib.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda waqaf dalam al-quran ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Tanda Waqaf dalam Al Qur’an Beserta Maknanya. Dalam Islam
  2. Kitab Al-Quran
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.