Idgham Maal Ghunnah: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan
Apakah yang dimaksudkan dengan tajwid idgham maal ghunnah?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.
Baca juga:
Pengertian idgham maal ghunnah
Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan. Dari segi istilah pula, idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris.
Untuk pengetahuan anda, idgham ini terbahagi kepada dua iaitu idgham maal ghunnah dan idgham bilal ghunnah
Manakala idgham maal ghunnah adalah menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta dengung.
Cara mengenal idgham maal ghunnah
Huruf idgham maal ghunnah ada empat iaitu ي , و, م, ن. Enam huruf ini boleh dikumpulan dalam perkataan يَنْمُو.
Cara bacaan idgham maal ghunnah
Cara bacaannya ialah memasukkan sebutan Nun Tanwin (نْ) atau tanwin( ــــًــــٍــــــٌ) ke dalam huruf selepasnya dan dibaca secara idgham beserta dengung.
Bacaan nun akan di lenyapkan dan huruf-huruf idgham hendaklah didengari dengan jelas.
Contoh bacaan idgham maal ghunnah
ــــًــــٍــــــٌ | نْ | Huruf |
يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ | مَن يَقُولُ | ي |
مِسۡكِينا وَيَتِيما | مَن وُجِدَ | و |
حَبۡلٌ مِّن مَّسَدِۢ | وَمَن مَّعَكَ | م |
يَوۡمَئِذٖ نَّاعِمَة | فَمَن نَّكَثَ | ن |
Contoh bacaannya dalam Al-Quran
1. Surah An-Nisa, ayat 4 (tanwim bertemu mim)
فَاِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوْهُ هَنِيْۤـًٔا مَّرِيْۤـًٔا
2. Surah Al-Baqarah, ayat 26 (nun mati bertemu ya)
اِنَّ اللّٰهَ لَا يَسْتَحْيٖٓ اَنْ يَّضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوْضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۗ
3. Surah Al-Baqarah, ayat 19 (tanwim bertemu wau)
اَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ السَّمَاۤءِ فِيْهِ ظُلُمٰتٌ وَّرَعْدٌ وَّبَرْقٌۚ
4. Surah Al-Baqarah, ayat 5 (tanwim bertemu mim)
عَلٰى هُدًى مِّنْ
5. Surah Al-Baqarah, ayat 22 (tanwim bertemu wau)
فِرَاشًا وَّالسَّمَاۤءَ
6. Surah Yasin, ayat 6 (tanwim bertemu mim)
قَوْمًا مَّآ
7. Surah Yasin, ayat 11 (tanwim bertemu wau)
بِمَغْفِرَةٍ وَّاَجْرٍ
8. Surah An-Naziat, ayat 11 (tanwim bertemu nun)
عِظَامًا نَّخِرَةً
9. Surah Al-Kafirun, ayat 4 (tanwim bertemu mim)
عَابِدٌ مَّا
10. Surah Al-Fiil, ayat 5 (tanwim bertemu mim)
كَعَصْفٍ مَّأْكُوْلٍ
Hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid
Hukum untuk membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah wajib bagi setiap umat Islam.
Justeru bagi setiap orang mereka diwajibkan ke atas diri masing-masing untuk ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan Al-Quran.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tajwid idgham maal ghunnah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre
- Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-482: Hukum Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid. Mufti Wilayah Persekutuan