Ikhfa Haqiqi: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan
Apakah yang dimaksudkan dengan tajwid ikhfa haqiqi?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.
Baca juga:
Pengertian ikhfa haqiqi
Ikhfa haqiqi dari segi bahasa bermaksud tersembunyi. Manakala dari segi istillah pula adalah membaca huruf bertanda sukun dengan sifat bacaan antara izhar dan idgham serta mengekalkan sifat dengung huruf pertama.
Cara mengenal huruf ikhfa haqiqi
Terdapat sebanyak 15 huruf ikhfa haqiqi. Antaranya adalah ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك.
Cara bacaan ikhfa haqiqi
Apabila nun mati atau tanwim bertemu dengan salah satu dari huruf ikhfak, ia dibaca hendaklah didengungkan nun tanpa menzahirkannya atau menggabungkannya dengan huruf selepasnya
Contoh bacaan ikhfa haqiqi
Berikut beberapa contoh bacaan ikhfa haqiqi:
Contoh Bacaan Ikhfa | Keterangan |
---|---|
مِّنْ سِجِّيْلٍ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat nun mati bertemu dengan huruf (sin) |
وَّاَنْزَلْنَا | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat nun mati bertemu dengan huruf (za) |
يَنْطِقُوْنَ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat nun mati bertemu dengan huruf (tho) |
مَنْضُوْدٍ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat nun mati bertemu dengan huruf (dhod) |
مِنْ شَرِّ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat nun mati bertemu dengan huruf (syin) |
وَاَجْرٍ كَرِيْمٍ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat tanwin bertemu dengan huruf (kaf) |
عَذَابًا قَرِيْبًا | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat tanwin bertemu dengan huruf (qaf) |
اَغْلٰلًا فَهِيَ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat tanwin bertemu dengan huruf (fa) |
نَارًا ذَاتَ | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat tanwin bertemu dengan huruf (dzal) |
مَاۤءً ثَجَّاجًا | Contoh tersebut dibaca ikhfa kerana terdapat tanwin bertemu dengan huruf (tsa) |
Contoh bacaan ikhfa haqiqi dalam Al-Quran
1. Surah An-Nas, ayat 4 (nun sukun bertemu syin)
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ ەۙ الْخَنَّاسِۖ
2. Surah Al-Falaq, ayat 2 (nun sukun bertemu syin)
مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَۙ
3. Surah Al-Falaq, ayat 3 (nun sukun bertemu syin)
وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ اِذَا وَقَبَۙ
4. Surah Al-‘Ashr, ayat 2 (nun sukun bertemu sin)
اِنَّ الْاِنْسَانَ لَفِيْ خُسْرٍۙ
5. Surah Al-Kaafirun, ayat 3 (nun sukun bertemu ta)
وَلَآ اَنْتُمْ عٰبِدُوْنَ مَآ اَعْبُدُۚ
6. Surah Al-Qariah, ayat 6 (nun sukun bertemu tsa)
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
7. Surah Al-Fajr, ayat 23 (nun sukun bertemu sin)
وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ
8. Surah Al-Fajr, ayat 22 (tanwin bertemu shad)
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
9. Surah Al-Fajr, ayat 21 (tanwin bertemu kaf)
كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا
10. Surah Al-Fajr, ayat 20 (tanwin bertemu jim)
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
11. Surah Al-Fajr, ayat 15 (nun sukun bertemu sin)
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
12. Surah Al-Balad, ayat 16 (tanwin bertemu dzal)
أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
13. Surah Al-Balad, ayat 15 (tanwin bertemu dzal)
يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ
14. Surah As-Syams, ayat 9 (nun sukun bertemu za)
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
15. Surah Al-Lail, ayat 19 (nun sukun bertemu dal, tanwin bertemu ta)
وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَىٰ
16. Surah Al-Insyirah, ayat 7 (nun sukun bertemu shad)
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
17. Surah At-Tin, ayat 4 (nun sukun bertemu sin)
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
18. Surah Al-Alaq, ayat 13 (nun sukun bertemu kaf)
أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
19. Surah Az-Zalzalah, ayat 8 (tanwin bertemu syin)
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
20. Surah Al-Qadr, ayat 4 (nun sukun bertemu kaf)
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Beza ikhfa haqiqi dan izhar halqi
Perbezaan | Ikhfa Haqiqi | Izhar Halqi |
Jenis huruf | nun mati atau tanwim bertemu dengan salah satu dari huruf ikhfak iaitu ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك. | nun bertanda mati atau tanwim yang bertemu dengan salah satu dari huruf ini seperti Hamzah( ء ), Haa( ه ), Ain( ع ), Ha( ح ), Ghain( غ ), Kha( خ ). |
Hukum bacaan | Didengungkan | Tanpa dengung |
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ikhfa haqiqi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre