Izhar Halqi: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan

Apakah yang dimaksudkan dengan tajwid izhar halqi?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.

Baca juga:

Pengertian izhar halqi

Dari segi bahasa, izhar bermaksud jelas, terang dan nyata. Halqi pula bermaksud kerongkong.

Dari segi istilah pula, izhar bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa denggung.

Manakala izhar halqi pula adalah nun bertanda mati atau tanwim yang bertemu dengan salah satu dari enam huruf halqi.

Cara mengenal izhar halqi

Tanda izhar halqi adalah apabila nun bertanda mati atau tanwim yang bertemu dengan salah satu dari huruf ini seperti Hamzah( ء ), Haa( ه ), Ain( ع ), Ha( ح ), Ghain( غ ), Kha( خ ).  

Huruf-huruf tersebut terhimpun pada permulaan setiap kalimah dalam bait syair  (أخي هاك علما حازه غير خاسر) ataupun bait أغح ( خعه).  

Cara bacaan izhar halqi

Bagi bacaan yang betul pula, jelas atau menzahirkan sebutan nun sakinah dan tanwim tersebut tanpa mendengungkannya. Ia boleh dilakukan dengan:

  • Menekan hujung lidah ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung.
  • Mempercepatkan sebutan nun untuk mengelakkan dengung.

Namun yang demikian perlu anda fahami juga bahawa setiap huruf ini terbahagi kepada tiga tingkat atau tahap bacaan.

1. Kubra كبرى (paling kuat)

Hurufnya adalah Hamzah dan Haa( ء – ه ). Ini adalah kerana kedudukan kedua-dua huruf ini adalah yang paling jauh dan paling dalam di bahagian kerongkong (halkum) menjadikan hukum izhar padanya yang paling kuat atau paling jelas.

2.  Wusto وسطى (sederhana)

Hurufnya adalah Ain dan Ha( ع – ح ). Makhraj kedua huruf ini pula terletak ditengah-tengah di antara tingkatan izhar yang lain menjadikan tingkatan izharnya lebih bersifat sederhana.

3. Sugra صغرى (paling lemah

Hurufnya adalah Ghain dan Kha ( غ – خ ). Makhraj kedua huruf ini terletak di bahagian awal kerongkong, menjadikan tingkatan izharnya yang paling lemah dan rendah.

Contoh bacaan izhar halqi

Berikut beberapa contoh bacaan izhar halqi untuk nun sukun:

BacaanArabRumi
(نْ) bertemu (ء)وَمَنْ أَحْسَنُwaman ahsanu
(نْ) bertemu (هـ)وَمِنْهُمwamin hum
(نْ) bertemu (ح)وَتُنْحِتُوْنَwatun khituuna
(نْ) bertemu (خ)مِنْ خَلْفِهِمْmin kholfihim
(نْ) bertemu (ع)اَ نْعَمْتَan ‘amta
(نْ) bertemu (غ)فَسَيُنْغِضُوْنَfasayun ghidluuna

Berikut beberapa contoh bacaan Izhar halqi untuk tanwin:

BacaanArabRumi
(ــًــ) bertemu (ء)عَذَابًااَلِيْمًا‘adzaaban aliiman
(ــًــ) bertemu (هـ)كُلًّ هَدَيْنَاkullan hadainaa
(ــًــ) bertemu (ح)عَلِيْمًا حَكِيْمًا‘aliman hakiiman
(ــًــ) bertemu (خ)قِرَدَةً خَاسِئِيْنَqirodatan khoosi-iin
(ــًــ) bertemu (ع)شُهَادَةًعِنْدَهٗsyuhaadatan ‘indahuu
(ــًــ) bertemu (غ)قَوْلًاغَيْرَالَّذِيْqoulan ghoirolladzii
(ــٍــ) bertemu (ء)حَاسِدٍاِذَاحَسَدَhaasidin idzaa hasada
(ــٍــ) bertemu (هـ)عِلْمٍ هُدًى‘ilmin hudan
(ــٍــ) bertemu (ح)بِعِجْلٍ حَنِيْذٍbi’ijlin haniidzin
(ــٍــ) bertemu (خ)شَيْئٍ خَلَقَهٗsya-in kholaqohuu
(ــٍــ) bertemu (ع)شَيْئٍ عَلِيْمٌsya-in ‘aliimun
(ــٍــ) bertemu (غ)عَذَابٍ غَلِيْظ‘adzaabin gholiidhin
(ــٌــ) bertemu (ء)عَذَابٌ اَلِيْمٌ‘adzaabun aliimun
(ــٌــ) bertemu (هـ)وِجْهَةٌهُوَwijhatun huwa
(ــٌــ) bertemu (ح)غَفُوْرٌحَلِيْمٌghofuurun haliimun
(ــٌــ) bertemu (خ)كَرَّةٌخَاسِرَةٌkarrotun khoosirotun
(ــٌــ) bertemu (ع)سَوَآءٌعَلَيْهِمْsawaa-un ‘alaihim
(ــٌــ) bertemu (غ)اَجْرٌغَيْرُajrun ghoiru

Contoh bacaannya dalam Al-Quran

1. Surah Al-An’am, ayat 26 (nun sukun bertemu hamzah)

يَنْأَوْنَ

2. Surah Al-Baqarah, ayat 285 (tanwim bertemu hamzah)

كُلٌّ آمَنَ

3. Surah Al-An’am, ayat 26 (nun sukun bertemu haa)

يَنْهَوْنَ

4. Surah Ar-Ra’d, ayat 7 (tanwim bertemu haa)

قَوْمٍ هَادٍ

5. Surah Al-Kahfi, ayat 5 (nun sukun bertemu ‘ain)

مِنْ عِلْمٍ وَلَ

6. Surah Al-Baqarah, ayat 18 (tanwim bertemu ‘ain)

بُكْمٌ عُمْيٌ

7. Surah Ali-Imran, ayat 7 (tanwim bertemu haa)

مُّحۡكَمَٰتٌ هُنَّ

8. Surah Yasin, ayat 9 (nun mati bertemu kha)

وَّمِنْ خَلْفِهِمْ

9. Surah Al-Kahfi, ayat 2 (nun mati bertemu ha’)

مِّنْ لَّدُنْهُ

10. Surah At-Tin, ayat 6 (tanwim bertemu ghain)

اَجْرٌ غَيْرُ

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tajwid izhar halqi ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre
  2. Al-Quran
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.