Huruf Idgham Bilaghunnah: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan
Apakah antara huruf idgham bilaghunnah yang perlu anda ketahui dan pelajari?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan tentang hukum dan huruf idgham bilaghunnah berserta dengan cara bacannya.
Baca juga:
Pengertian idgham bilaghunnah
Idgham bermaksud memasukkan atau menggabungkan. Dari segi istilah pula, idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris.
Untuk pengetahuan anda, idgham ini terbahagi kepada dua iaitu idgham maal ghunnah dan idgham bilal ghunnah.
Istila bagi idgham bilaghunnah pula adalah menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung.
Cara mengenal huruf idgham bilaghunnah
Tanda Idgham bila Ghunnah apabila huruf Nun sukun tanpa tanda mati atau tanwin yang tak selari bertemu dengan hanya 2 huruf iaitu ر , ل.
Tanda Tasydid juga dapat di lihat pada huruf sebagai tanda berlakunya penggabungan tersebu
Cara bacaan idgham bilaghunnah
Bacaan idgham bilaghunnah adalah dengan menggabungkan suara nun ke dalma huruf selepasnya, tanpa didengungkan.
Suara juga hendaklah dipastikan tidak dipanjangkan semasa menggabungkan Nun ke dalam huruf Lam dan Ra’, bagi mengelakkan berlakunya dengung.
Contoh bacaan idgham bilaghunnah
ــــًــــٍــــــٌ | نْ | Huruf |
خَيْرٌ لَّكَ | يَكُنْ لَهُ | ل |
عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ | اَنۡ رَّاٰهُ | ر |
Contoh bacaan idgham bilaghunnah dalam Al-Quran
1. Surah Al Ikhlas, ayat 4 (nun sukun bertemu lam)
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
2. Surah Al-Ma’un, ayat 4 (tanwim bertemu lam)
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
3. Surah Al-Humazah, ayat 1 (tanwin bertemu lam, tanwin bertemu lam)
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
4. Surah Al-Qari’ah, ayat 7 (tanwim bertemu ro)
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
5. Surah Al-Adiyat, ayat 11 (tanwim bertemu lam)
إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ
6. Surah Al-Zalzalah, ayat 6 (tanwim bertemu lam)
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
7. Surah Al-Alaq, ayat 7 (nun sukun bertemu ro)
أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ
8. Surah Al-Alaq, ayat 15 (nun suku bertemu lam)
كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ
9. Surah Ad-Dhuha, ayat 4 (takwim bertemu lam)
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ
10. Surah Al-Balad, ayat 5 (nun sukun bertemu lam)
أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ
11. Surah Al-Balad, ayat 6 (tanwim bertemu lam)
يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا
12. Surah Al-Balad, ayat 7 (nun sukuun bertemu lam)
أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُ أَحَدٌ
13. Surah Al-Fajr, ayat 5 (tanwim bertemu lam)
هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ
14. Surah Al-Fajr, ayat 25 (tanwim bertemu lam)
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ
15. Surah At-Thariq, ayat 4 (tanwim bertemu lam)
إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ
16. Surah Al-Insyiqaq, ayat 14 (nun sukun bertemu lam)
إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ
17. Surah Al-Muthaffifin, ayat 1 (tanwim bertemu lam)
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
18. Surah Al-Muthaffifin, ayat 15 (nun sukun bertemu ro, tanwim bertemu lam)
كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ
19. Surah Al-Muthaffifin, ayat 25 (nun sukun bertemu ro)
يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ
20. Surah Al-Infithar, ayat 19 (tanwim bertemu lam)
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ
21. Surah At-Takwir, ayat 25 (tanwim bertemu ro)
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ
22. Surah At-Takwir, ayat 27 (tanwim bertemu lam)
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
23. Surah Al-Abasa, ayat 32 (tanwim bertemu lam)
مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ
24. Surah An-Naziat, ayat 26 (tanwim bertemu lam)
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ
25. Surah An-Nazi’at, ayat 33 (tanwim bertemu lam)
مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ
26. Surah An-Naba, ayat 36 (nun sukun bertemu ro)
جَزَاءً مِّن رَّبِّكَ عَطَاءً حِسَابًا
27. Surah An-Naba, ayat 38 (tanwim bertemu lam)
يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلَائِكَةُ صَفًّا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا
Beza idgham bilaghunnah dan maal ghunnah
Perbezaan | Idgham maal ghunnah | Idgham bila ghunnah |
Jenis huruf | Nun mati atau tanwim yang bertemu dengan huruf maal ghunnah iaitu ي , و, م, ن | Nun mati atau tanwim yang bertemu dengan huruf bila ghunnah iaitu ر , ل |
Hukum bacaan | Dibaca dengan dengung dua harakat | Dibaca dengan tanpa dengung |
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan huruf idgham bilaghunnah ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre