HUKUM MAD: Pembahagian Hukum Mad Beserta Contoh

HUKUM MAD: Pembahagian Hukum Mad Beserta Contoh

Tajwid dari segi bahasa adalah memperelokkan atau memperindahkan.

Manakala dari segi istilah pulak tajwid bermaksud sesuatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan sesuatu huruf yang terdapat di dalam Al-Quran dengan betul baik dari segi makhrajnya dan sifatnya sama ada ketika berhenti, permulaan, bersambung dan sebagainya seperti hukum mad dan hukum nun mati.

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah merupakan fardu kifayah. Manakala mempraktikkannya dalam bacaan al-quran pula merupakan fardu ain sebagaimana Allah SWT berfirman:

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا

Maksudnya:

 “Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan
(Muzammil : 4)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah memerintahkan umatnya bahawa haruslah membaca Al-Quran dengan penuh tertil atau memperelokkan sebutan huruf-hurufnya dengan sebutan yang betul dan bertajwid.

Hukum Mad

Hukum mad (مد) merupakan salah satu hukum tajwid yang terdapat dalam pembacaan al-Quran. Hukum mad mempunyai banyak pembahagian ia bergantung kepada jenis huruf yang bertembung dan kedudukannya pada sesuatu ayat.

Maksud Mad dari segi bahasa adalah “memanjangkan”. Manakala dari segi Istilah pula mad ini membawa maksud mamanjangkan sebutan suara pada huruf-huruf mad iaitu ( ا و ي ) pada kadar 2 hingga 6 harakat.

Hukum mad ini mempunyai banyak jenis dan ia nya juga mempunyai dua pembahagian iaitu mad asli dan mad far’ie.

hukum mad
Sumber: JomTajwid.com

Mad Asli (مد أصلي)

Apakah itu Mad asli?

Mad asli (مد أصلي) adalah mad yang terjadi apabila cukup dua syarat iaitu apabila huruf yang berbaris atas bertemu dengan huruf alif (ا), huruf yang berbaris bawah bertemu dengan huruf YA (ي) dan huruf yang berbaris depan bertemu dengan huruf WAW (و).

Hukum mad asli bukanlah terjajadi atas sebab selepas huruf mad terdapat huruf hamzah ( ء ) atau tanda sukun ( ـْـ ).

Mad asli ini juga dikenali sebagai nama Mad Tabi’i.

Kadar bacaan yang dibaca pada hukum mad asli atau mad tabi’i ini adalah dengan kadar panjang dua harakat, sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya.

Terdapat tiga huruf Mad Asli iaitu ا و ي

  1. Huruf Alif ا ) huruf sebelumnya berbaris di atas. Contohnya وَمَا
  2. Huruf Wau ( و ) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contohnya  بِمَجۡنُونٍ
  3. Huruf Ya’ ( ي ) huruf sebelumnya berbaris di bawah. Contohnya ﭐلعَلَمِينَ

Berikut Merupakan contoh-contoh perkataan yang mempunyai Hukum Mad asli.

Huruf Mad Contoh
 ا قُلْنَا
خَلَقۡنَا
 و لَهُمۡ ءَامِنُواْ
قُلُوبِهِم
 ي فِيهِ
وَإِذَا قِيلَ 

Mad Far’ie (مد فرعي)

Mad Far’ie adalah mad tambahan yang disebabkan mempunyai huruf tambahan iaitu hamzah (ء), tanda sukun( ۡ ), tasdid ( ّ ) dan juga waqaf. Mad far’ei ini terbahagi kepada beberapa cabang iaitu:

hukum mad
Sumber: Lafalquran.com

1- Mad Wajib Muttasil (مد واجب متصل)

Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf mad dan hamzah bertemu dalam satu kalimah dengan keadaan yang bersambung.

Kadar bacaan bagi hukum mad wajib muttasil ini adalah dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat ketika wasal dan 6 harakat ketika waqaf.

Berikut Merupakan contoh-contoh perkataan yang mempunyai Hukum Mad Wajib Muttasil.

Huruf Mad Contoh
ا إِذَا جَآءَ
جَآءَت
وسُوۤءَالعَذَابِ
ثلَٰثَةَ قُرُوۤءٍۚ 
يسِىۤءَبِهِمۡ  
وجِاْىۤءَ

2. Mad Jaiz Munfassil (مد جائز منفصل)

Mad jaiz munfasil terjadi apabila huruf-huruf mad bertemu dengan hamzah dalam dua kalimah dengan keadaan yang terpisah.

Kadar bacaan bagi hukum mad jaiz munfasil ini adalah dengan kadar 2, 4 atau lima harakat.

Ketika bacaan bagi mad jaiz munfasil ini dibaca secara wasal kadar bacaannya dibaca dengan 4 atau 5 harakat. Tetapi jika bacaan mad ini dibaca secara waqaf maka kadar bacaan bagi mad jaiz munfassil ini dibaca hanya kadar 2 harakat sahaja.

Berikut Merupakan contoh-contoh perkataan yang mempunyai Hukum Mad Jaiz Munfassil.

Huruf Mad Contoh
اوَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ
ٱلرَّسُولُ بِمَاۤ أُنۡزِلَ
وقُوۤا أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارًا
وَٱعۡلَمُوۤاْ أَنَّكُم
يإِنِّيۤ أَعۡلَمُ
 مَافِيۤ أَنفُسَكُمۡ

3. Mad ‘Aridh Lissukun (مد عارض للسكون)

Mad ‘aridh lissukun ini terjadi disebabkan apabila mewaqafkan sesuatu bacaan (dimatikan baris yang ada padanya dan baris matinya mendatang bukan aslinya).

Kadar bacaan bagi hukum mad ‘aridh lissukun ini boleh terjadi kepada tiga situasi yang mana kadar bacaan boleh dibaca dengan:

  1. Kadar 2 harkat ketika membaca secara cepat.
  2. Kadar 4 harkat ketika membaca secara sederhana.
  3. Kadar 6 harkat ketika membaca secara lambat(bacaan ini adalah lebih afdal).

Berikut Merupakan contoh-contoh perkataan yang mempunyai Hukum Mad ‘Aridh Lissukun.

Huruf Mad Contoh
اشَدِيدُٱلۡعِقَابٍ۝
ٱلرَّحۡمَٰنُ۝  
وقُلْ يَاۤ أَيُّهَا الْكَٰفِرُون۝
تَعۡبُدُونَ۝
يلِلۡمُصَلِّينَ۝
بِٱلدِّينَ۝

4. Mad Badal (مد بدل)

Mad badal adalah berhimpunnya huruf hamzah dalam satu kalimah dan ditukarkan hamzah kedua dengan huruf mad. Mad badal ini terjadi apabila huruf hamzah berada sebelum huruf mad dalam satu kalimah.

Kadar bacaan bagi mad badal ini dibaca dengan kadar 2 harkat.

Huruf MadContoh
فتحه الفءَادَمَ
ضمة واوأُوتِيَ
كسرة ياءبِإِيمَٰنٍ

5. Mad Farqi (مد فرق)

Mad Farqi’ terjadi apabila bacaan panjang pada hamzah istifaham yang berbaris fathah ( َ ) yang berada di hadapan perkataan ketika bertemu dengan al-syamsiah ( ال شمسية) serta ditukarkan kepada hamzah wasal ( ٱ ) dan menjadi mad untuk membezakan antara istifaham dan khabar.

Kadar bacaan bagi hukum mad farqi’ ini adalah dengan membacanya sebanyak 6 harkat.

Berikut Merupakan contoh-contoh perkataan yang mempunyai Hukum Mad Farqi’.

Contoh
قُلْ ءٰۤالذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ اَمِ الْاُنْثَيَيْنِ اَمَّا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ اَرْحَامُ الْاُنْثَيَيْن نَبِّئُوْنِيْ بِعِلْمٍ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ۝
قُلْ ءَآلذَّكَرَيْنِ حَرَّمَ أَمِ ٱلْأُنثَيَيْنِ أَمَّا ٱشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ أَرْحَامُ ٱلْأُنثَيَيْنِ۝
قُلْ أَرَءَيْتُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍۢ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًۭا وَحَلَـٰلًۭا قُلْ ءَآللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى ٱللَّهِ تَفْتَرُونَ۝
قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَـٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَىٰٓ ۗ ءَآللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ۝
ءآلْئَنَ

6. Mad ‘Iwadh (مدعوض)

Mad ‘Iwadh terjadi apabila kalimah yang berakhir berbaris dua di atas ( ً) sahaja.

Cara bacaannya haruslah menggantikan bunyi tanwin fathah ( ً) tersebut kepada hanya satu bunyi fathah ( َ) sahaja ketika waqaf.

Kadar bacaan bagi hukum Mad i’wadh ini adalah dibaca dengan kadar 2 harakat.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad ‘Iwadh.

Contoh
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا۝
فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا۝
فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا۝
فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا۝
فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا۝

7. Mad Liin (مد لين)

Mad liin terjadi apabila bacaan waw ( و ) atau ya’ ( ي ) sakinah dan huruf sebelumnya berbaris fathah ( َ ) dan terjadinya mad liin ketika waqaf sahaja.

Kadar bacaan bagi hukum mad liin ini dibaca dengan 2, 4 dan lima harakat.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad liin.

حروف ياء حروف واو
إِۦلَـٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآء وَٱلصَّيْفِ۝ ۖشَدِيدِ ٱلْعِقَابِ ذِى ٱلطَّوْلِ
 
فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَـٰذَا ٱلْبَيْتِ۝
ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍۢ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ۝

8. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (مد لازم حرفي مخفف)

Mad lazim harfi mukhaffaf terjadi apabila huruf mad asli bertemu dengan huruf sukun dengan tiada hukum idgham yang mana terletak pada awal surah tertentu.

Terdapat 8 huruf mad lazim harfi mukhaffaf antaranya adalah ( ن, ق, ص, ع, س, ل, ك, م) نَقَصَ عَسَلُکُمْ . Huruf-guruf ini dibaca dengan tiga alif bersamaan dengan 6 harkat.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad Lazim Harfi Mukhaffaf.

مثالحروف
نۤن
ۚقۤق
ۚصۤ  ص
کۤهيعۤصۤ ۝ع
طسۤمۤ , يسۤس
ۚالۤمۤ ۝ الۤرل
کۤهيعۤصۤ ۝ک
الۤمۤرۚ, طسۤمۤ, الۤمۤرم

9. Mad Lazim Harfi Muthaqqal (مد لازم حرفي مثقل)

Mad lazim harfi muthaqqal ini terjadi apabila huruf mad asli bertemu dengan huruf sukun dengan idgham yang mana terleta pada awal surah tertentu.

Bacaan bagi hukum ini dibaca dengan 6 harakat.

Huruf bagi mad lazim harfi muthaqqal ini hanya terdapat dua huruf iaitu ل دان س.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad Lazim Harfi Muthaqqal.

دالم کلمةحروف
طسۤمۤ ۝س
الۤمۤ ۝
الۤمۤصۤ ۝
ۚالۤمۤر
لام

10. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مد لازم كلمي مخفف)

Mad lazim kalimi mukakhaffaf ini pula terjadi apabila huruf mad bertemu dengan huruf sakinah (mati) yang hanya terdapat untuk beberapa tempat sahaja di dalam al-Quran dan tashil bacaannya.

Bagi bagi hukum mad lazim kalimi mukhaffaf ini hanya terdapat pada (surah Yunus: 51 & 91).

Kadar bacaan bagi hukum ini adalah membacanya dengan kadar 6 harkat.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

ءَآلۡـَٰٔنَ

11. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (مد لازم كلمي مثقل)

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ini terjadi apabila huruf mad bertemu dengan sakinah ( mati) yang diidghamkan di dalam satu kalimah.

Bacaan bagi hukum ini dibaca dalam kadar 6 harakat.

Huruf bagi mad lazim kalimi muthaqqal adalah seperti ب, خ, ج, ق, م, ن, ض huruf-huruf terdapat tanda sabdu (  ّ ).

Kadar bacaan yang dibaca bagi hukum ini adalah sebanyak 6 harakat.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad Lazim Kalimi Muthaqqal.

دالم کلمةحروف
ٱلضَالِّينَ لّ
ٱلۡحَآقَّةُقّ
ٱلطَّآمَّةُمّ
وٱلۡجَآنَّ  نّ
ٱلدَّوَآبٍّبّ

12. Mad Silah Qosirah (مد صلة قصيرة)

Mad silah qosirah terjadi apabila huruf ha (ه) dhomir yang terletak di antara dua huruf dan tiada hamzah selepasnya. Mad ini hanya berlaku ketika wasal sahaja.

Kadar bacaan bagi hukum ini adalah dengan wajib membacanya dengan kadar 2 harakat sahaja.

Berikut Merupakan contoh-contoh yang mempunyai Hukum Mad silah Qosirah.

Contoh:
إِنَّهُ ۥ كَانَ تَوَّابًۢا
فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًۭا

13. Mad Silah Thowilah (مد صلة طويلة)

Mad Silah Thowilah terjadi apabila mad yang berlaku pada huruf ha (ه) dhomir yang mana terletak di antara dua huruf dan ada hamzah selepasnya. Mad ini hanya berlaku ketika wasal sahaja.

Kadar bacaan bagi hukum ini adalah dengan wajib membacanya dengan kadar 2, 4 atau 5 harakat.

Contoh
وَمَا يُغْنِى عَنْهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ
وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
قُلْ إِنَّمَآ أَدْعُوا۟ رَبِّى وَلَآ أُشْرِكُ بِهِۦٓ أَحَدًۭا

14. Mad Tamkin (مد تمكين)

Mad tamkin ini terjadi apabila terdapat dua ya’ dalam satu kalimah. Ianya terjadi apabila ya’ yang pertama mempunyai baris kasrah (  ِ ) dan bertanda sabdu (  ّ ) , manakala ya’ yang kedua pula bertanda sakinah iaitu ya’ itu bertanda mati (  ْ ).

Kadar bacaan bagi hukum ini adalah dengan membacanya sebanyak 2 harkat.

Contoh:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍۢ فَحَيُّوا۟ بِأَحْسَنَ مِنْهَآ أَوْ رُدُّوهَآ
وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَن تَتَّخِذُوا۟ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةَ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ أَرْبَابًا
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلْأُمِّيِّـۧنَ رَسُولًۭا

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.