Doa Murah Rezeki (Dalam Rumi) dan Amalan Menjemput Rezeki

Doa Murah Rezeki (Dalam Rumi) dan Amalan Jemput Rezeki

Bertebaran manusia setiap hari di bumi milik Allah ini hanya untuk mencari rezeki bagi mengisi perut dan keperluan diri dan keluarga. Maka berpecahlah manusia kepada beberapa kelompok sama ada kaya, sederhana, atau miskin hidupnya.

Walau apa pun status kehidupan mereka, rezeki adalah milik Allah. Dan soal rezeki semuanya sudah ditetapkan oleh Nya bagi setiap makhluk di muka bumi ini.

Sungguhpun begitu, kita disuruh untuk berusaha dengan khudrat tenaga, kepakaran, dan tidak lupa untuk berdoa kepada Nya agar dipermudahkan urusan mencari rezeki.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa doa murah rezeki dan panduan amalan untuk menjemput rezeki.

Rezeki Mutlak Milik Allah

doa murah rezeki

Dalam 99 nama Allah, tertulis satu nama iaitu Ar-Razzaq iaitu Maha Pemberi Rezeki kepada setiap hamba-hamba Nya.

Allah SWT menciptakan makhluk Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’, ayat 110 yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana saja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia.

Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu.”

Justeru itu, rezeki ini adalah milik Allah. Dia juga berhak untuk memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja dan bahkan mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.

Himpunan Doa Murah Rezeki

Terdapat beberapa doa murah rezeki yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Antara doanya adalah seperti yang berikut:

1. Doa Dimurahkan Rezeki 1

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon padaMu ilmu yang bermanfaat,

rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Amalkan membaca doa ini setiap pagi.

2. Doa Dimurahkan Rezeki 2 (Doa Nabi Sulaiman)

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

Robbighfirlii wahablii mulkal laa yambaghi li aha adim mim ba’di, innaka antal wahhab

Maksudnya: “Dia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

3. Surah As-Syura, ayat 19

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ

Allahu latifun bi i’badihi yarzuq mayn yashaa wa hua qawwi yul a’ziz

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

4. Surah Al-Ikhlas


قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّـهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿﴾٤

Qul huwallahu aḥad. Allahus samad. Lam yalid wa alam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad

Maksudnya: “Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”

5. Surah Hud, ayat 6

۞ وَمَا مِنْ دَاۤبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ

Wa maa miin daaabbatin fil ardhi illaa ‘alallahu rizquhaa wa ya ‘lamu mustaqorrohaa wa mustauda ‘ahaa kullun fii kitaabim mubiin

Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.

Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

6. Surah Al-Qasas, ayat 24

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

Robba innay lima anzaltu ilayya min khoirin faqiru

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberiaan yang Engkau berikan.”

7. Doa Nabi Musa

Doa Nabi Musa a.s dalam Surah Qasas ayat 24:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

“Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”

8. Surah Al-Waqiah

doa murah rezeki

9. Surah Ar-Rahman

doa murah rezeki

10. Surah Yasin

11. Zikir Laa Ilaaha Illallaah

لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ 

Laa illaaha illallaah al malikul haqqul mu biin

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah Tuhan yang Haq serta nyata.”

12. Zikir Subhanallahi Wabihamdih

  سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم 

Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem

Maksudnya: “Maha Suci Allah dengan segala puji baginya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

13. Zikir La Haula Wala Quwwata Illa Billah

لاحول ولا قوة إلا بالله 

La hawla wa la quwwata illa billah

Maksudnya: “Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”

14. Ayat Seribu Dinar


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا (3)

Wa may yattqillaha yaj’al lahu makhraja. Wa yarzuq-hu min aisu la yahtasib, wa may yatawakkal ‘alaihi fa huwa hasbuh, innallaha baligu amrih, qad ja’alallahu likulli syai’ing qadra

Maksudnya: “Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-Nya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Amalan Murah Rezeki

Selain doa murah rezeki, terdapat juga beberapa amalan pembuka rezeki yang boleh dijadikan kebiasaan dalam kehidupan seharian. Antara amalan tersebut adalah seperti:

  • Solat awal waktu
  • Rajin menolong orang
  • Rajin bersedekah
  • Rajin berpuasa sunat
  • Tidak mengungkit pemberian
  • Menjalinkan silaturrahim
  • Melakukan haji dan umrah
  • Bertakwa kepada Allah
  • Berbakti kepada orang tua
  • Melaksanakan solat sunat dhuha
  • Selalu bersyukur

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa murah rezeki ini dapat memberikan anda semua informasi serta ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan kehidupan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi #1231: Maksud Rezeki Yang Baik dan Cara Mendapatkannya. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-348: Ketetapan Qadar Manusia. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.