Najis Mukhaffafah (Najis Ringan) : Maksud & Cara Menyucikannya

Apakah itu najis mukhaffafah?

Bagaikah cara untuk kita menyucikan najis tersebut?

Dalam artikel pada kali ini, kita akan belajar mengenai salah satu kategori jenis najis yang terdapat dalam jenis-jenis najis dalam Islam iaitu najis yang paling ringan najis mukhafafah (jenis najis bayi).

Takrif Najis


Najis dari segi bahasa adalah kotor manakala dari segi istilah pula bermaksud semua jenis kotoran yang menghalang daripada sahnya solat, tawaf dan sebagainya termasuklah najis hukmi dan hakiki sama ada terkena pada bahagian pakaian, badan atau tempat.

Pembahagian Bentuk Najis


Najis ‘Aini

Najis ‘aini ini adalah najis yang dapat dilihat, dirasa, atau dihidu baunya.

Contohnya: tahi, air kencing dan darah.

Najis Hukmi

Manakala Najis Hukmi ini pula adalah najis yang sudah hilang kesan seperti hilangnya bau atau warnanya. Contohnya: air kencing yang sudah kering.

Najis Mukhaffafah



Najis Mukhafafah ialah najis air kencing bayi lelaki yang belum makan apa-apa lagi kecuali susu ibunya sahaja dan belum mencecah umur dua tahun. Najis ini diketagorikan sebagai najis ringan.

Perbezaan Air Kencing Bayi Lelaki dan Bayi Perempuan


Air kncing bayi lelaki adalah lebih cair berbanding dengan bayi perempuan.

Bagaimana Pula Kategori Bagi Air Kencing Bayi Perempuan ?


Kategori najis bagi air kencing bayi perempuan adalah termasuk dalam kategori najis Mutawasitah iaitu najis ringan. Manakala, cara penyuciannya juga agak berbeza dengan cara penyucian bagi bayi lelaki yang hanya belum makan apa-apa dan masih berusia dibawah dua tahun.

Cara Penyucian Bagi Najis Mukhaffafah


Bagi penyucian bagi Najis Mukhaffafah ini adalah dengan caranya cukup hanya sekadar merenjiskan atau memercikkan air tersebut (air mesti melebihi kuantiti najis) ke atas najis tersebut kemudian menghilangkan ain dan sifatnya.

Daripada Aisyah RA,

Pernah seorang bayi lelaki dibawakan kepada Rasulullah SAW, lalu bayi tersebut kencing di atas bajunya. Baginda kemudiannya meminta air dan melalukan (menuang dan merenjis) tempat najis tersebut dengan air.” (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis diatas perkara ini dapat dijelaskan kepada kita bagaimanakah cara untuk kita membersihkan najis bayi lelaki dengan hanya merenjiskan air tersebut kepada najis sehinggalah hilang sifat-sifat yang ada kepadanya. Berdasarkan hal ini, air kencing bayi meskipun bayi tersebut di bawah umur dua tahun, tetap diperintahkan untuk dibersihkan daripada sebarang najis yang ada.

Manakala cara penyucian air kencing bagi bayi perempuan pula meskipun berumur di bawah dua tahun, tetap meletakkan ia sebagai najis seperti yang lain dan harus dibasuh atau dijiruskan air apabila terkena pada pakaian atau mana-mana tempat yang perlu dibersihkan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Samh:

غْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلاَمِ

Maksudnya:

Air kencing bayi perempuan dibasuh dan air kencing bayi lelaki cukup dipercikkan dengan air.
najis mukhaffafah
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulan


يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلاَمِ

Maksudnya:

Bersucilah kamu sekalian daripada air kencing, kerana umumnya azab kubur itu adalah disebabkannya”
Riwayat al-Daraqutni (7)

Daripada hadis tersebut juga bahawa kita digalakkan untuk menyucikan diri daripada semua jenis air kencing yang ada. Maka dengan itu, Para fuqaha’ telah bersepakat bahawa bayi yang umurnya sudah melebih dua tahun dan telah makan makanan, maka air kencingnya dianggap najis. Oleh itu, wajib membersihkan mana-mana pakaian yang terkena air kencing tersebut.

Najis Mukhaffafah atau najis ringan ini merupakan najis bayi lelaki yang umurnya masih belum sampai usia 2 tahun dan hanyalah minum susu ibunya sahaja. Manakala apa-apa yang dikategorikan sebagai najis wajib kita untuk membersihkannya walaupun iainya hanyalah najis ringan kerana islam adalah sebuah agama yang sentiasa menjaga kebersihan.

Rujukan:

1- Hukum Menggunakan Wipe Baby Ketika Membersihkan Najis Bayi – muftiwp.gov.my

2- Al-Kafi #1376 : Perbezaan Basuhan Air Kencing Bayi Lelaki – muftiwp.gov.my

3- Najis Mukhaffafah: Maksud dan Cara Menyucikannya – aku muslim.asia

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.