Hukum Nun Mati: Penjelasan dan Contoh Cara Bacaan

Apakah yang dimaksudkan dengan hukum nun mati?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan hukum tajwid tersebut dan cara bacannya yang boleh anda pelajari.

Baca juga:

Pengenalan hukum nun mati

hukum nun mati

Hukum nun mati atau nun saktah adalah keadaan di mana huruf nun yang bertanda sukun di atasnya ( ﻥْ ).

Selain itu, hukum ini juga wujud ketika menyambung atau memberhentikan bacaan. Dari segi kedudukan, nun mati boleh berada pada pertengahan atau hujung isim, fi’il dan harf.

Jenis tajwid nun mati

Hukum Nun Mati (الساكنه ) dan Tanwin terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

  • Izhar halqi (إظهار حلقي)
  • Ikhfa haqiqi  (إخفاء حقيقي)
  • Idgham bila ghunnah (إدغام بلا غنة)
  • Idgham Maal Ghunnah (إدغام مع الغنة)
  • Iqlab  (إقلاب)

Cara untuk mengenali

hukum nun mati

Setiap jenis hukum di bawah nun mati mempunyai petanda yang berbeza-beza khususnya dari segi huruf untuk dikenali cara bacaan.

1. Izhar halqi

Mengeluarkan bunyi nun mati (الساكنه ) atau tanwin dari makhrajnya dengan terang dan nyata tanpa dengung. Hurufnya ada enam iaitu
( ء , ه , ع , ح , غ , خ )

2. Ikhfa halqiqi

Mengeluarkan nun mati atau tanwim bertemu dengan salah satu dari huruf ikhfak, ia dibaca hendaklah didengungkan nun tanpa menzahirkannya atau menggabungkannya dengan huruf selepasnya.

Hurufnya ada 15 huruf iaitu (ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك)

3. Idgham ma’al ghunnah

Memasukkan bunyi nun mati ( الساكنه ) atau tanwin pada huruf yang berbaris hingga menjadi satu huruf yang bersabdu serta dengung. Hurufnya ada 4 ( ي ن م و ). Terhimpun dalam rangkai kata ( يَنْمُو ).

4. Idgham bil ghunnah

Memasukkan bunyi Nun Mati ( الساكنه ) atau tanwin pada huruf yang berbaris hingga menjadi satu huruf yang berbaris tanpa dengung. Hurufnya ada dua iaitu ( ل dan ر).

5. Iqlab

Menukarkan Nun Mati ( الساكنه ) atau tanwin kepada bunyi mim serta dengung. Hurufnya ada satu ( ب ).

Cara bacaannya

Berikut beberapa contoh bacaan nun mati:

Contoh Bacaan
Nun Mati
KeteranganJenis tajwid
مِّنْ سِجِّيْلٍNun mati bertemu huruf (sin)Ikhfa Haqiqi
وَّاَنْزَلْنَاNun mati bertemu huruf (za)Ikhfa Haqiqi
 مِّنْۢ بَيْنِ يَدَيْهِ Nun mati bertemu huruf (ba)Iqlab
 مِنْ ۢ بَعْدِ مِيْثَاقِهٖ Nun mati bertemu huruf (ba)Iqlab
وَتُنْحِتُوْنَNun mati bertemu huruf (ha)Izhar Halqi
فَسَيُنْغِضُوْنَNun mati bertemu huruf (ghain)Izhar Halqi
مَن يَقُولُNun mati bertemu huruf (ya)Idgham maal ghunnah
وَمَن مَّعَكَNun mati bertemu huruf (mim)Idgham maal ghunnah
يَكُنْ لَهُNun mati bertemu huruf (lam)Idgham bila ghunnah
اَنۡ رَّاٰهُ Nun mati bertemu huruf (ro)Idgham bila ghunnah

Contoh bacaan nun mati dalam Al-Quran

1. Surah Al-Fajr, ayat 23 (nun mati bertemu sin)

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ ۚ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ

2. Surah Al-Balad, ayat 5 (nun mati bertemu lam)

أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ 

3. Surah Al-Muthaffifin, ayat 25 (nun sukun bertemu ro)

يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ

4. Surah Al-Baqarah, ayat 26 (nun mati bertemu ya)

اِنَّ اللّٰهَ لَا يَسْتَحْيٖٓ اَنْ يَّضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوْضَةً فَمَا فَوْقَهَا ۗ

5.  Surah Al-Mujadalah, ayat 3 (nun mati bertemu nun)

يُظَاهِرُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ

6. Surah Al-Hasyr, ayat 4 (nun mati bertemu ya)

وَمَنْ يُشَاقِّ اللَّهَ

7. Surah  Al-Mulk ayat 11 (nun mati bertemu huruf ba)

فَاعْتَرَفُوْابِذَنْۢبِهِمْۚفَسُحْقًالِّاَصْحٰبِالسَّعِيْرِ

8. Surah An-Anfal, ayat 5 (nun mati bertemu huruf ba)

كَمَآ أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِنْ بَيْتِكَ بِٱلْحَقِّ

9. Surah Yasin, ayat 9 (nun mati bertemu kha)

وَّمِنْ خَلْفِهِمْ

10. Surah As-Syams, ayat 9 (nun mati bertemu za)

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

Nyatakan hukum tajwid nun mati?

– Izhar halqi (إظهار حلقي)
– Ikhfa haqiqi  (إخفاء حقيقي)
– Idgham bila ghunnah (إدغام بلا غنة)
– Idgham Maal Ghunnah (إدغام مع الغنة)
– Iqlab (إقلاب)

Kenali Hukum Nun Mati dan Tanwim | Ustaz Don

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan hukum nun mati dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran. Fatehah Learning Centre
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-482: Hukum Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.