Tak Bayar Hutang Kena Viral, Apa Hukumnya?

Orang yang tak bayar hutang pastinya akan menyebabkan orang yang memberi pinjaman mendapatkan kesan tertentu.

Apabila pemberi pinjaman mendapat tekanan yang kuat, mereka biasanya akan hilang pertimbangan dan bertindak diluar jangkaan.

Contohnya dengan menyebarkan gambar individu yang tidak menyelesaikan hutangnya.

Justeru, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan trend viralkan orang yang tak bayar hutang.

Baca juga:

Apa itu hutang?

tak bayar hutang

Hutang atau dikenali sebagai Al-Qard bermaksud penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang.

Ddengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. 

Setiap individu yang berhutang wajib untuk melangsaikan hutangnya semula mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

Dalil pensyariatan hutang

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نفس المؤمن مُعَلّقة بدَيْنِه حتى يُقْضى عنه

 “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Hukum berhutang (peminjam & penerima)

tak bayar hutang

Hukum memberi hutang adalah sunat dan sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. 

Manakala pada umumnya, hukum berhutang juga adalah harus. Namun hukumnya boleh berubah-ubah mengikut kepada keadaan. Contohnya:

1. Haram – Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya;

2. Makruh – Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau menunjuk-nunjuk, ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut; dan

3. Wajib – Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.

Hutang viralkan orang yang tak bayar hutang

Penjelasan ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Katanya, dalam urusan hutang-piutang adalah wajib bagi kita melunaskan apabila tiba masa membayar.

Bagi mereka yang sengaja enggan membayar hutang berkenaan, maka tergolong dalam orang yang zalim.

Rasulullah SAW bersabda: “Menunda hutang bagi orang yang mampu adalah zalim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bahkan, orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang ini boleh dikenakan hukuman. Malah, dirinya juga hakikatnya telah hilang kehormatannya.

Ini seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang mana baginda bersabda: 

“Orang yang menunda-nunda bayar hutang itu hilang kehormatan diri dan boleh dikenakan hukuman.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Justeru, hukum menceritakan perbuatan seseorang yang enggan membayar hutang adalah harus.

Ini sebagai langkah berhati-hati ketika bermuamalat atau berurusan dengannya.

Namun begitu, apa yang perlu kita ceritakan adalah berkenaan dengan perbuatannya yang enggan membayuar hutang sahaja dan tidak pula menceritakan tentang hal lain.

Menurut pandangan Syeikh Ibnu Hajar yang menyatakan: 

“Ertinya diharuskan menyebut antara manusia akan seorang yang tidak mahu bayar hutang dan buruknya muamalat dengannya tetapi tidak harus menceritakan perkara yang lain daripada keduanya.” (Kitab Az-Zawajir)

Adab berhutang dalam Islam

  • Hutang piutang harus ditulis dan dipersaksikan.

  • Pemberi hutang atau pinjaman tidak boleh mengambil keuntungan atau manfaat dari orang yang berhutang.

  • Kebaikan sepantasnya dibalas dengan kebaikan.

  • Berhutang dengan niat baik dan akan melunasinya.

  • Tidak boleh melakukan jual beli yang disertai dengan hutang atau peminjaman.

  • Jika terjadi keterlambatan kerana kesulitan kewangan, hendaklah orang yang berhutang memberitahukan kepada orang yang memberikan pinjaman.

  • Menggunakan wang pinjaman dengan sebaik mungkin. Menyedari, bahawa pinjaman merupakan amanah yang harus dia kembalikan.

  • Diperbolehkan bagi yang berhutang untuk mengajukan pemutihan atas hutangnya atau pengurangan, dan juga mencari perantara (syafa’at) untuk memohonnya.

  • Bersegera melunasi hutang.

  • Memberikan penangguhan waktu kepada orang yang sedang kesulitan dalam melunasi hutangnya setelah jatuh tempo.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan permasalahan tak bayar hutang ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk rujukan bersama.

Sumber:

  1. Al-Kafi 939: Penghutang Tidak Mampu Untuk Melangsaikan Hutang. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-743: Rakan Liat Bayar Hutang, Bolehkah Ambil Wangnya Secara Sembunyi? Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.