Lafaz Iqamat ( إِقَامَة ), Cara Jawab & Doa Selepas Iqamat

Panduan melafazkan, cara menjawab iqamat dan doa selepas iqamat ini ditulis sebagai pemudah cara bagi membimbing anda dengan sumber yang sahih.

Artikel pada kali ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi memudahkan pembacaan semua lapisan umur.

Apa Itu Iqamat?


Iqamat / iqamah ( إِقَامَة ) dari segi bahasa adalah berasal dari kata kerja(  َقَام ) qāma yang membawa maksud bangun.

Manakala dari segi istilah ialah seruan atau ajakkan supaya segera bangun untuk menunaikan solat dengan kalimah-kalimah tertentu.

Lafaz ini ini juga bertujuan adalah untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf bagi melakukan solat.

Hukum bagi melafazkan iqamah ini juga merupakan sunat muakkad.

Syarat-syarat Iqamah


Terdapat beberapa syarat yang perlu kita patuhi antaranya adalah:

  1. Dilafazkan dalam bahasa arab.
  2. Dilakukan oleh seorang.
  3. Muwalat (berturut-turut) kalimah-kalimahnya.
  4. Dilakukan selepas masuk waktu solat.
  5. Tertib.

Lafaz Iqamah


Iqamah ialah seruan yang dilakukan untuk memberitahu para jemaah bahawa solat berjemaah akan dimulakan.

Kalimah-kalimah seruan iqamah ialah:

Iqamah

Seruan Iqamah dalam Rumi

āllahu ākbar
āllahu ākbar

āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah

āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah

hayyā `alā-s-salah
hayyā `alā-l-falāh

qad qāma tis-salaah
qad qāma tis-salaah

āllahu ākbar
āllahu ākbar

lā ilaha illā-llah.

Maksud Iqamah:

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya solat akan didirikan.
Sesungguhnya solat akan didirikan.
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah

Cara Jawab Iqamah


Apabila kita mendengar iqamah, maka disunatkan untuk kita menjawabnya.

Cara menjawabnya ialah dengan mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan oleh muazin dalam iqamah kecuali pada kalimah-kalimah ini:

 iqamat

Hendaklah dijawab dengan:

lafaz-iqamat
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

Hendaklah dijawab dengan:

iqamat
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

Hendaklah dijawab dengan:

Iqamaha-llahu-wa-ada-maha

Maksudnya:

Semoga Allah menjadikan solat itu terus berdiri dan kekal

Doa Selepas Iqamat


Selepas habis sahaja iqamat, kita disunatkan membaca doa sama seperti doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Adab-adab Semasa Iqamat


Dalam melaungkannya terdapat beberapa adab-adab yang digalakkan untuk dilaksanakan antaranya adalah:

  1. Mempercepatkan bacaannya.
  2. Berhenti pada setiap ayat seperti yang dilakukan ketika azan.
  3. Iqamat diucapkan oleh orang yang melaungkan azan.

Bilakah Jarak Masa Yang Tepat Antara Azan Dan Iqamat?


Dalam menetapkan jarak masa antara azan dan iqamat ini adalah sunat. Ini kerana, jarak masa yang dilakukan adalah untuk mengambil kira bilangan jemaah yang hadir,  orang yang sedang makan dapat menyelesaikan makannya dan orang yang hendak buang air dapat menyelesaikan hajatnya tidak gopoh-gapah supaya jemaah tersebut agar tidak ketinggalan dalam mendirikan solat bersama-sama imam.

Manakala, dari segi menentukan masa iqamat itu berkumandang para ulama berpendapat bahawa jarak antara azan dan iqamat ini adalah selama tempoh makan seseorang yang makan atau mandi dengan tenang sahaja.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika dilaungkan iqamah untuk solat, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” 

(Hadis riwayat Ahmad)

Bersabda Rasulullah ﷺ lagi: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah solat dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Penutup


Lafaz Iqamat dan Azan ini adalah lafaz yang sangat istimewa dan kalimah-kalimahnya yang memberi makna tauhid yang sangat besar kepada umat islam.

Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita menjaga dan menghormati apabila azan dan iqamat sedang berkumandang sesungguhnya ia adalah seruan untuk umat islam bersujud kepada Allah SWT.

Rujukan:

  1. Al-Kafi #802: Menunaikan Solat Tanpa Iqamat – Mufti Wilayah Persekutuan.
  2. Cara Azan dan Iqamat- Izdeen.com
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.