13 Doa Untuk Peperiksaan Anak, Elak Gugup Ketika Menjawab
Kita sebagai ibu bapa boleh membantu anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah dengan mengamalkan doa untuk peperiksaan anak.
Apakah doa yang sesuai untuk dibaca itu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa untuk peperiksaan anak yang dijadikan amalan ibu bapa.
Baca juga:
1. Doa agar mudah faham akan pelajaran
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin
Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
2. Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan
رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
3. Doa apabila terlupa menjawab peperiksaan
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.
4. Doa mohon kejayaan cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.
5. Doa dipermudahkan urusan
اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.
6. Doa untuk peperiksaan anak
.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Al-Fatihah
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.
Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.
Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya Allah, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu Ya Allah.
Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA Allah.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA Allah.
Ya Allah
Perkenankanlah doa kami ini.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.
امين يا رب العالمين.
7. Doa untuk kefahaman anak
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Maksudnya: “Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari.
Kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.
Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh.
Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
8. Doa memohon kebaikan
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir
Maksudnya: “Tuhan, sungguh aku sangat mendambakan uluran kebaikan dari hadirat-Mu.”
9. Doa agar sentiasa dirahmati
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Rabbana atina min ladunka rahmah wa hayyi’ lana min amrina rasyada
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahilah kami rahmat dari hadirat-Mu, dan dalam perkara kami berikanlah kepada kami jalan yang benar.”
10. Doa memohon pertolongan
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً
Rabbi adkhilni mudkhala shidqin wa akhrijni mukhraja shidqin waj’alli min ladunka sulthanan nashira. Wa qul ja’al haqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqa
Maksudnya: “Tuhanku, masukkanlah aku ke jalan masuk yang benar dan terhormat, dan keluarkanlah aku dari jalan keluar yang benar dan terhormat; dan berilah aku dari pihak-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.”
11. Doa agar ditambahkan ilmu
وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Maksudnya: “Dan katakanlah,‘Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.”
12. Zikir dari asmaul husna
Allahumma (1x), Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40x)
Ya Allah… Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku…(sebut nama anak) agar dia dapat menjawab dengan baik (1x)
Allahumma (1x), Ya zohir (40x)
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan (1x)
Allahumma (1x), Ya Fatah (40x)
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul (1x)
Allahumma (1x), Ya Baari’ (40x)
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini…
Ya Allah, Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu
Ya Hadi, aku yakin hanya kuasa Mu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. (1x)
13. Zikir lain untuk anak peperiksaan
- Al-Fatihah (7 kali)
- Selawat (7 kali)
- Subhanallah (44 kali)
- Alhamdulillah (44 kali)
- Allahu Akbah (44 kali)
- Ya Hayyu Ya Qayyum (21 kali)
Kemudian teruskan dengan membaca doa berikut:
“Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam mereka dalam menimna ilmu di atas seruan dan perintah Mu.
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat Mu.”
Blackmores Kids Study Buddy untuk anak-anak anda mendapatkan Vitamin E, DHA, OMEGA 3 dan EPA yang tinggi bagi pembentukan otak dan daya tahan tubuh.
Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan melalui Blackmores Official Store.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan doa untuk peperiksaan anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Doa dan zikir ibu bapa untuk anak hadapi peperiksaan, kekuatan daripada Asmaul husna. Sinar Plus
- Doa Menghadapi Peperiksaan (JAKIM). e Central