Zikir Sabtu Dalam Rumi, Fadhilat Dengan Terjemahannya

Zikir harian adalah amalan zikir yang sangat dianjurkan untuk umat Islam baca setiap hari. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda zikir Sabtu untuk dibaca, dihafal, dan diamalkan.

Zikir Sabtu yang boleh diamalkan

Panduan zikir Sabtu ini disertakan dalam Bahasa Arab, Bahasa Rumi, terjemahan zikir, serta kelebihan atau fadhilat dalam pengamalannya. Berikut ini adalah antara zikir yang boleh dibaca.

لآإِلَهَ إِلاَّ الله

Laa illaaha illallah

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah.”


Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Intipati dari kalimah “laa illaaha illallah”

Lafaz “laa illaaha illallah” ini merupakan kalimah tauhid yang membawa maksud kepada Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Ia juga adalah aqidah yang mengangkat umat Islam keseluruhannya pada suatu darjat tertinggi lagi mulia.

Pada kalimah ini terdapat empat patah kata iaitu:

  • Kata Laa ( لآُ) bermaksud menafikan, iaitu meniadakan semua jenis sesembahan.
  • Kata ilaah ( إِلَهَ) bermaksud sesuatu yang disembah.
  • Kata illa (إِلاَّ ) bermaksud pengecualian.
  • Kata Allah (الله ) maksudnya bahwa Allah adalah ilaah/sesembahan yang benar.

Dalam kata lain, kalimah ini menafikan segala sesembahan selain Allah dan hanya menetapkan Allah saja sebagai sesembahan yang benar.

Ini bertepatan dengan dalil dari firman Allah SWT:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَايَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Maksudnya: “(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.” – (Surah Al-Hajj, ayat 62)

Kelebihan Zikir Sabtu

Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ’anhu, Nabi bersabda:

مَنْ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَأَنَّ النَّارَ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ

“Barangsiapa mengucapkan ’saya bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi Nya, Muhammad adalah hamba Nya dan utusan Nya, dan (bersaksi) bahwa ’Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba Nya,

dan kalimat Nya yang disampaikan kepada Maryam serta Ruh dari Nya, dan (bersaksi pula) bahwa syurga adalah benar adanya dan neraka pun benar adanya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga dari lapan pintu syurga yang mana sahaja yang dia kehendaki.” – (Hadis Riwayat Muslim no.149)


Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik zikir ialah Laa illaaha illallah (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).” – (Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain)


Dari Zaid bin Arqam radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

“Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?”

Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” – (Hadis Riwayat at-Tabarani)


Amalan yang menjadikan kehidupan kita tenang dan tenteram adalah dengan berzikir.

Zikir mempunyai kalimah-kalimah nama Allah yang apabila dilafazkan, kita secara tidak langsung mengulang-ulang dan mengingati Allah dalam jiwa.


Dari Abu Hurairah RA berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Dari Umar RA meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.” – (Hadis Riwayat al-Hakim)


Setiap dari kita pastinya mahu mengakhiri kehidupan dengan pengakhiran yang baik. Bagi umat Islam, husnul khatimah adalah tujuan akhir kita di dunia ini.

Namun cita-cita untuk memperoleh husnul khatimah perlulah selari dengan usaha kita semasa hidup untuk mendapatkannya.

Orang yang beriman kepada Allah akan memperoleh husnul khatimah. Tanda kematian yang baik ini boleh dilihat dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa yang akhir perkataannya adalah kalimah Laa illaaha illallah (tidak ada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah) maka dia akan masuk syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2758)

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan zikir Sabtu ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan amalan zikir harian sepanjang hari.

Sesungguhya zikir kita kepada Allah adalah untuk diri kita sendiri agar hati lebih tenang, fikiran dan jiwa lebih tenteram, diampunkan segala dosa, dan diberi kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Jangan Tinggal Zikir Sekalipun Tidak Khusyuk. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Kemuliaan Kalimah Lailahaillallah. Ummah Today
  3. Zikir & Surah Pembuka Rezeki. My Wilayah
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.