Jangan Tinggal! 10 Doa Selepas Solat Fardhu Ini (Rujukan Sahih & Lengkap)

Apakah bacaan doa selepas solat yang mudah dihafal dan paling afdhal.

Doa selepas solat merupakan amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam selepas menunaikan solat fardhu atau sunat. Waktu ini sangat berharga kerana hati masih tenang dan hampir dengan Allah SWT, menjadikannya saat terbaik untuk berzikir serta memohon keampunan dan hajat.

Artikel ini akan berkongsi himpunan doa selepas solat sebagai panduan untuk membantu anda meningkatkan amalan dan kualiti ibadah seharian.

Apa itu Doa Selepas Solat

Doa selepas solat ialah doa dan zikir yang dibaca sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu atau solat sunat, sebelum beredar dari tempat solat.

Ia merupakan satu amalan yang sangat digalakkan dalam Islam kerana waktu selepas solat termasuk dalam antara waktu yang mustajab untuk berdoa.

Dari sudut maksudnya, doa selepas solat merujuk kepada permohonan yang dipanjatkan kepada Allah SWT dalam keadaan seorang hamba baru sahaja menyempurnakan ibadah yang paling utama dalam agama.

Ketika itu, hati berada dalam keadaan lebih tenang, khusyuk dan hampir dengan Allah SWT, justeru ia menjadi saat yang sangat sesuai untuk memohon keampunan, rahmat, perlindungan serta segala hajat dunia dan akhirat.

Amalan doa selepas solat biasanya dimulakan dengan zikir-zikir tertentu seperti istighfar, tasbih, tahmid dan takbir yang sabit dalam hadis Nabi SAW, diikuti dengan doa-doa yang diajarkan oleh Baginda atau doa-doa lain yang bersifat umum.

Walaupun terdapat susunan zikir dan doa yang biasa diamalkan, seseorang Muslim juga boleh berdoa dengan lafaz sendiri mengikut keperluan dan hajat masing-masing.

Hadis Tentang Berdoa Selepas Solat

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RAnhuma, beliau berkata:

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ

Maksudnya“Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.” –  (Riwayat al-Bukhari, No. 841 & Muslim, No. 1346)

Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz RA:

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini:

Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.” -(Hadis Riwayat Ahmad, No. 22119, Abu Daud, No.1524 & al-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra, No. 9937)

Himpunan Doa Selepas Solat Fardhu dan Sunat

Berikut adalah doa selepas solat yang boleh anda diamalkan:

Doa Habis Solat 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamdayyu-waafii ni’amahuuwayukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu wa lakasy syukruka-maa yambaghiilijalaaliwajhika wa ‘azhiimisul thaanik

Maksudnya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmatNya dan menjamin tambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu lah segala puji, dan bagi-Mu lah segalah syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Doa Habis Solat 2

اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. صَلاَةً تُنْجِيْنَابِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلاَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ. وَتَقْضِىْ لَنَابِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ.وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ. وَتَرْفَعُنَابِهَا عِنْدَكَ اَعْلَى الدَّرَجَاتِ. وَتُبَلِّغُنَا بِهَا اَقْصَى الْغَيَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ اِنَّهُ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَيَاقَاضِىَ الْحَاجَاتِ

Allaahumma shalliwasallim ’ala sayyidinaa muhammadiw wa ‘ala aali sayyidinaa muhammad shalaatan tun jihnaa bihatsa min jamii’il ahwaali wal aafaat. Wa taqdhii lanaa bihaa jamii’al hajaat. Wa tuthahhirunaa bihaa min jamits sayyi’aat. Wa atarfa ‘unaabihaa ‘indaka ‘aladdarajaat. Wa tuballighunaa bihaa aqshal ghaayaati minjamii’il khairaatifil hayaati wa ba’dal mamaat. Innahu samii’un qariibum mujiibudda’awaat wayaa qaadhiyal hajaat.

Maksudnya:

Wahai Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad dan keluarganya, yaitu rahmat yang dapat menyelamatkan kami dari segala ketakutan dan penyakit, yang dapat memenuhi segala kebutuhan kami, yang dapat mensucikan diri kami dari segala keburukan, yang dapat mengangkat derajat kami ke derajat tertinggi di sisi-Mu,

dan dapat menyampaikan kami kepada tujuan maksimal dari segala kebaikan, baik semasa hidup maupun sesudah mati. Sesunggunya Dia (Allah) Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Maha Memperkenankan segala doa dan permohonan. Wahai Dzat yang Maha Memenuhi segala kebutuhan Hamba-Nya.

Doa Habis Solat 3

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Allaahumma innaa nas’aluka salaamatan fiddiini waddun-yaa wa aakhirah. Wa ‘aafiyatan fil jasadi wa shihhatan fil badani wa ziyaadatan fil’ilmi wa barakatan firrizqi wa taubatan qablal maut wa rahmatan ‘indalmaut wa maghfiratan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut wan najaata minannaari wal ‘afwa ‘indal hisaab

Maksudnya:

Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu, kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesehatan badan, tambahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada saat datang maut, dan ampunan setelah datang maut.

Wahai Allah! Permudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, (Berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat dilaksanakan hisab

Doa Habis Solat 4

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Allaahumma innaa na ‘uudzubika minal‘ajzi wal kasali wal bukhli wal harami wa ‘adzaabil qabri

Maksudnya:

Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah, malas, kikir, pikun dan dari azab kubur.

Doa habis solat 5

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَيَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَتَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَيُسْتَجَابُ لَهَا

Allahummaa innaa na’uudzubika min’ilmin laa yanfa’u wa min qalbii laa yakhsya’u wa min nafsin laa tasyaba’u wa min da’watin laa yustajaabu lahaa

Maksudnya:

Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak kenal puas, dan dari doa yanag tak terkabul

Doa Habis Solat 6

رَبَّنَااغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَلِمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا وَلِمَنْ اَحَبَّ وَاَحْسَنَ اِلَيْنَا وَلِكَافَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ اَجْمَعِيْنَ

Rabbanagh firlanaa dzunuubanaa wa liwaalidiinaa walimasyaayikhinaa wa limu’alli-miinaa wa liman lahuu haqqun ‘alainaa wa liman ahabba wa ahsana ilainaa wa likaaffatil mus limiin ajma’iin

Maksudnya:

Wahai Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam

Doa Habis Solat 7

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Rabbanaa taqabbal minnaa innaka antas samii’ul ’aliim, wa tub’alainaa innaka antat tawwabur rahiim

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang

Doa habis solat 8

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbanaa aatinaa fiduunnyaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘adzaa ban naar

Maksudnya:

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka

Doa Habis Solat 9

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Washallallahu ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa aalihiwa shahbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbil ‘aalamiin

Maksudnya:

Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Doa Habis Solat 10

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرِّحِيْمِ. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Bismilllaahirrohmaanirrohiim. Alhamdulillaahi Robbil ‘aalamiin. Hamdan yuwaafii ni’amahu wa yukaafi-u maziidah. Yaa Robbanaa lakal hamdu wa lakasy syukru kamaa yanbaghii lijalaali wajhika wa ‘adhiimi sulthoonik.

اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Alloohumma sholli wasallim ‘alaa sayyidinaa muhammadin walhamdulillaahi robbil ‘aalaamiin.

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا

Alloohummagh firlii waliwaalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Robbanaghfirlanaa wali-ikhwaaninal ladziina sabaquunaa bil iimaan walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lilladziina aamanuu Robbanaa innaka ra-uufur rohiim.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Robbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmatan innaka antal wahhaab.

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Alloohumma innaa nas-aluka salaamatan fid diini wad dunyaa wal aakhiroh, wa’aafiyatan fil jasad, wa shihhatan fil badan, wa barokatan fir rizq, wa taubatan qoblal maut, wa rohmatan ‘indal maut, wamaghfirotan ba’dal maut. Alloohumma hawwin ‘alainaa fii sakarootil maut, wan najaata minan naar, wal ‘afwa ‘indal hisaab.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Robbanaa hablanaa min ‘azwaajinaa wa dzurriyaatinaa qurrota a’yunin waj’alnaa lil muttaqiina imaamaa. Robbanaa taqobbal minnaa innaka antas samii’ul ‘aliim watub ‘alainaa innaka antat tawwaabur rohiim.

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْ

Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa ‘adzaabannar. Wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi washohbihii wasallam, walhamdulillaahi Robbil ‘aalamiin.

Maksudnya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Pujian yang sebanding dengan nikmat-nikmatNya dan menjamin tambahannya. Wahai Tuhan kami, bagi-Mu-lah segala puji, dan bagi-Mu-lah segalah syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad dan keluarganya. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka menyayangiku semenjak kecil.

Ya Allah, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dan janganlah Engkau biarkan ghill (dengki) dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesehatan badan, tambahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada saat datang maut, dan ampunan setelah datang maut.

Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat hisab.

Wahai Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan-keturunan sebagai penyejuk hati dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam.”

Doa Bagi Kesejahteraan Hidup

Berikut adalah doa lain seusai solat yang boleh diamalkan juga. Dipetik daripada laman Facebook Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

doa selepas solat
doa selepas solat
doa selepas solat
doa selepas solat
doa selepas solat
doa selepas solat
doa selepas solat

Doa Khusus untuk Tujuan Tertentu

Berikut adalah doa selepas solat yang khusus boleh diamalkan bagi pelbagai tujuan tertentu:

Doa Perlindungan dari Bahaya

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”


Doa Tolak Wabak

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”


Doa Dijauhkan dari Pelbagai Keburukan

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَسْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada kemungkaran akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan penyakit yang berbahaya.”


Doa Minta Kesejahteraan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”

Zikir & Wirid Pilihan Selepas Solat (Mufti di Malaysia)

Berikut merupakan Zikir & Wirid Pilihan Selepas Solat (Mufti di Malaysia) yang boleh diamalkan sebagai panduan oleh umat Islam dalam menyempurnakan ibadah harian.

Amalan ini disusun berdasarkan panduan dan saranan para mufti serta berlandaskan hadis-hadis sahih dan amalan para ulama.

Kepentingan Berdoa Selepas Solat

Setiap amalan dalam Isam pasti mempunyai hikmah dan manfaat tersendiri, termasuklah amalan berdoa selepas menunaikan solat. Walaupun ia kelihatan ringkas dan sering dianggap sebagai kebiasaan, doa selepas solat sebenarnya membawa kelebihan yang besar kepada kehidupan rohani seorang Muslim.

Berikut merupakan beberapa kepentingan berdoa selepas solat yang perlu kita ketahui:

1. Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Waktu selepas solat adalah saat yang sangat hampir antara seorang hamba dengan Penciptanya.

Berdoa pada waktu ini menunjukkan rasa kehambaan, pergantungan dan keyakinan bahawa hanya Allah SWT tempat kita memohon pertolongan serta mengadu segala urusan.

2. Menyempurnakan Ibadah Solat

Doa dan zikir selepas solat berperanan sebagai pelengkap kepada ibadah yang telah dilakukan.

Ia menjadi ruang untuk memohon keampunan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang solat, agar ibadah tersebut lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT.

3. Memberi Ketenangan dan Kekuatan Jiwa

Amalan berdoa secara konsisten selepas solat dapat menenangkan hati, mengurangkan keresahan dan menanam rasa syukur dalam diri.

Ia juga membantu membina kekuatan rohani supaya kita lebih sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Berdoa Selepas Solat | Ustaz Azhar Idrus

Dapatkan Himpunan Lengkap Wirid dan Doa Selepas Solat hasil tulisan naskah Ustaz Shafie Hj. Zambri untuk dijadikan panduan harian dan dihadiahkan kepada insan instimewa.

Soalan Lazim Berkaitan Doa Selepas Solat

1. Apakah hukum bangun dari solat fardhu tanpa berzikir dan doa?

Menurut Al-Kafi #713, banyak riwayat yang menunjukkan bahawa amalan berzikir setia kali selepas solat fardhu adalah amalan yang sangat lazim dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Malah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fudhalah bin ‘Ubaid, Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang berdoa secara tergesa-gesa selepas solat tanpa terlebih dahulu memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Baginda. Baginda bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ

Maksudnya :” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.” – Riwayat Abu Daud (1481)

Justeru, jelas bahawa zikir dan doa selepas solat fardu merupakan amalan yang sangat dituntut. Semoga zikir yang dibaca menjadi penghapus dosa dan penambah pahala.

Oleh itu, tidak perlu tergesa-gesa bangun sebaik selesai solat; sebaliknya eloklah duduk seketika untuk berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat sunat Ba‘diah sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

2. Bolehkah doa selepas solat dilakukan dalam bahasa Melayu?

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya seseorang itu mengetahui bahasa Arab atau mampu menghafal doa-doa ringkas dalam bahasa Arab (walaupun tidak fasih bertutur), maka dia tidak dibenarkan berdoa dalam bahasa Melayu atau bahasa selain Arab ketika sujud terakhir dalam solat.

Namun begitu, jika dia benar-benar tidak mampu bertutur dalam bahasa Arab dan tidak dapat menghafal walaupun doa yang pendek, maka dibolehkan untuknya berdoa dalam bahasa Melayu atau bahasa lain sebagaimana pandangan yang dipegang dalam mazhab Syafi‘i.

3. Bilakah waktu terbaik untuk berdoa?

Berdoalah pada waktu-waktu tersebut kerana berdasarkan hadis sahih dan hasan, waktu-waktu ini termasuk antara saat yang mustajab untuk memohon doa.

Selepas solat fardhu
‎Abu Umamah r.a meriwayatkan: “Ada yang bertanya kepada Rasulullah ﷺ: ‘Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengari (oleh Allah)?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Di pertengahan malam terakhir dan setelah solat fardu.'”
‎(Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

Di antara azan dan iqamah
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
‎(Sahih, H.R. al-Tirmidhi)

Ketika sujud
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa.”
‎(Sahih, H.R. Muslim)

Ketika hujan
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan dan doa ketika hujan.”
‎(Sahih, H.R. Abu Daud)

Satu waktu pada hari Jumaat
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Sesungguhnya terdapat suatu saat (pada hari Jumaat) yang apabila seorang hamba Muslim sedang berdiri melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah Taala, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.”
‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

1/3 malam terakhir
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Ketika 1/3 malam terakhir Allah ﷻ menyeru: “Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberinya. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampuninya.”
‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

Ketika berpuasa
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
‎(Hasan, H.R. Ibnu Majah)

Di antara zuhur dan asar pada hari Rabu
‎Kata Jabir r.a:
‎”Sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ berdoa di Masjid Al-Fatah selama tiga hari: pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu. Doa baginda diperkenankan pada hari Rabu antara dua solat (zuhur dan asar), dan kegembiraan terlihat di wajahnya. Jabir berkata: ‘Maka tidaklah suatu perkara penting dan berat menimpa diriku, kecuali aku memilih waktu tersebut untuk berdoa, dan aku pun mengetahui (tanda) pengabulan doa itu.”
‎(Hasan/daif, H.R. Ahmad)

Ketika berbuka puasa
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka terdapat doa yang tidak akan ditolak.”
‎(Hasan, H.R. Ibnu Majah)

Ketika minum air zamzam
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Air zamzam itu tergantung kepada niat orang yang meminumnya.”
‎(Hasan, H.R. Ahmad)

Ketika azan
‎Sabda Nabi ﷺ:
‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika hujan.”
‎(Sahih, H.R. Abu Daud)

Ketika hari Arafah
Sabda Nabi ﷺ:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
(Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

doa selepas solat

4. Adakah disunnahkan memanjangkan sujud terakhir untuk berdoa?

Menurut Al-Kafi Li Al-Fatawi, hukum berdoa adalah sunat pada setiap kali sujud dan tidak terhad hanya pada sujud yang terakhir sahaja.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”
Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

5. Adakah selepas solat lebih afdal berdoa dengan melafazkan permintaan secara lisan, atau memadai berdoa di dalam hati sahaja, dan yang manakah lebih baik serta lebih disukai Allah khususnya bagi doa-doa peribadi?

Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, doa juga termasuk dalam bentuk zikir kepada Allah SWT. Justeru, yang lebih baik adalah melafazkannya dengan lisan sambil menghayatinya di dalam hati.

Namun begitu, berdoa dalam hati sahaja juga tidak menjadi kesalahan kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

6. Apakah hukum berdoa selepas solat lima waktu?

Hukum berdoa selepas solat adalah sunat sama ada berdoa secara bersendirian atau secara berkumpulan.

Namun demikian, antara tempat yang lebih hampir kepada diperkenankan doa ialah selepas selesai solat lima waktu. Ini diriwayatkan dari Abu Umamah r.a. katanya :

قيل يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: جوف الليل الأخير ودبر الصلاة المكتوبة

Maksudnya: “Ditanya akan Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah mana satukah doa yang paling didengari? Jawab baginda : Doa pada tengah malam yang akhir dan pada setiap belakang solat maktubah.” – (Hadis Tirmizi)

Justeru, makna doa yang paling didengari ialah doa yang paling hampir kepada diperkenankan dan makna dibelakang solat maktubah ialah tiap kali selesai solat lima waktu.

7. Apakah hukum menyapu muka setelah berdoa?

Menurut Irsyad Al-Hadith Siri Ke-303, menyapu atau mengusap wajah selepas berdoa termasuk antara adab yang diamalkan oleh sebahagian ulama, namun jika seseorang tidak melakukannya, ia tidak dianggap berdosa kerana perbuatan tersebut bukanlah suatu kewajipan.

8. Apakah adab-adab ketika berdoa?

Menurut Ibnu Katsir, terdapat beberapa adab atau cara untuk berdoa yang dianjurkan dalam sunnah. Berikut adalah adanya:

– Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa
– Memulakan doa dengan memuji Allah SWT serta berselawat dan memberi salam ke atas Rasulullah SAW
– Berprasangka baik kepada Allah SWT
– Tidak bersikap tergesa-gesa dalam mengharapkan doa dimakbulkan
– Menyucikan diri daripada dosa dan perkara yang boleh menghalang doa
– Meyakini bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa selagi tiada penghalang terhadapnya

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.