Doa Sebelum Dan Selepas Belajar (Beserta Terjemahan)
Berikut dikongsikan pula doa sebelum belajar dan doa selepas belajar.
Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan bagi setiap insan.
Dengan adanya ilmu ini dapat menjadi kayu ukur terhadap kehidupan seharian kita dalam menentukan sesuatu perkara samada perkara tersebut baik atau buruk. Kelebihan dalam menuntut ilmu ini sangatlah besar.
Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang berilmu lebih tinggi dan mulia di sisi-Nya berdasarkan firman-Nya di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:
Maksudnya: “…nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang diberikan ilmu beberapa darjat….”
Demikianlah betapa pentingnya bagi setiap insan satu kewajipan dalam menuntut ilmu. Dengan adanya ilmu kita akan diangkat darjat oleh Allah SWT.
Di bawah ini, disertakan beberapa doa yang boleh diamalkan ketika belajar. Terdapat bacaan dalam tulisan rumi besertakan sekali dengan maksudnya untuk kefahaman para pembaca.
Doa Sebeleum Dan Selepas Belajar
Doa Sebelum Belajar (1)
Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa inirohmatika yaa arhamarrahimiin
Maksudnya: Ya Allah bukakanlah kepada kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu wahai Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Doa Sebelum Belajar (2)
(Doa Penerang Hati)
Robbisyorhlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘ugdatannminlisaani yafqahu qauli
Maksudnya: Ya Allah, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perkataanku
Doa ini diambil daripada Surah Taha Ayat 25 hingga 28 yang mana do aini telah dibaca oleh Nabi Musa a.s saat menghadapi Firaun.
Doa ini juga sangat sesuai dibaca apabila hendak melaksanakan sebarang pembentangan mahupun mendapat panggilan temuduga untuk kerja dan seangkatan dengannya.
Doa Sebelum Belajar (3)
(Doa Menuntut Ilmu)
Robbi zidnii ‘ilman Warzuqnii fahman Waj’alnii minash-shoolihiin
Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah ilmuku dan kurniakanlah kefahaman bagiku, dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.
Doa Sebelum Belajar (4)
(Doa Dipermudahkan Urusan dalam Pembelajaran)
Rabbana aatina min ladunka rahmatan wahayyi’lanaa min amrinaa rasyadaan.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakan lah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. [Surah Al-Kahfi: Ayat 10]
Doa Selepas Belajar
Allaahumma inni istaudi’uka maa ‘allamtaniihi fardudhu ilaiyya ‘inda haajatii walaa tansanihi ya rabbal ‘alamiin
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya ku titipkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah dia kepadaku disaat aku memerlukannya, janganlah Engkau membuatkan aku lupa kepadanya wahai Tuhan Sekalian Alam.
Menuntut ilmu merupakan jalan untuk menjadikan seseorang insan itu menjadi lebih baik. Dengan memiliki ilmu yang bermanfaat ini akan menjadi salah satu saham akhirat buat diri sendiri dan kepada kedua ibubapa.
Semoga dengan selalu mengamalkan doa ini akan menjadikan kita sebagai seorang muslim yang sejati.