2 Doa Lupa Jadikan Minda Cerdas dan Kuat Ingatan

Lupa adalah hal normal yang berlaku kepada setiap manusia. Namun jika semakin teruk, ia justeru akan menyukarkan seseorang itu dalam menjalani kehidupan seharianya. Justeru amalan membaca doa lupa adalah ikhtiar yang boleh kita buat.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa himpunan doa lupa yang boleh dibaca khusus kepada mereka yang ingan kuatkan ingatan.

Baca juga:

Kenapa ada manusia yang kerap lupa?

doa lupa

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa ada sesetengah orang yang terlalu teruk tahap pelupanya. Kadang kala baru sekejap letakkan kunci kereta, terus lupa dimana letaknya tadi.

Walaupun kapasiti penyimpanan dalam organ otak adalah sangat besar, namun otak tetap memerlukan ruang baru untuk untuk menyimpan hal-hal penting.

Akibatnya, otak akan “menghapus” informasi yang dianggap kurang penting, kurang spesifik, dan jarang diingat kembali. Informasi ini pun akhirnya tergantikan dengan yang baru. 

Selain itu, faktor seperti kurang tidur, pola makanan yang buruk, banyak minum alkohol, stress, pengambilan ubat-ubatan tertentu, faktor usia, dan ganguan kongnitif ringan juga menjadi salah satu penyumbang.

Doa lupa (rumi dan terjemahan)

Doa 1

اَللهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا،وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا،وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا،وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Allahumma Zidna Wala Tanqusna, Wa Akrimna Wala Tuhinna, Wa A’aathina Wala Tahrimna, Wa Aaa’tsirna, Wala tu’athir A’laina , Wardhina Wardha A’nna

"Ya Allah, tambahkanlah buat kami, jangan Engkau kurangkan.. Muliakanlah kami, jangan dihina... Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami, jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula usaha kami."

Doa 2

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ نَفْسِيْ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ

Allâhumma ij’al nafsî muthmainnatan, tu’minu bi liqâika wa tardlâ bi qadlâika

Ya Allah, jadikan jiwa kami menjadi tenang, beriman akan adanya pertemuan dengan-Mu, dan rela atas garis yang Engkau tentukan

Tips agar kuat daya ingatan

Terdapat beberapa tips yang boleh anda cuba dan praktikkan untuk menguatkan daya ingatan dan menajamkan fikiran. Antara tipsnya adalah:

1. Aktifkan fizikal setiap hari

doa lupa

Aktiviti fizikal meningkatkan aliran darah ke seluruh badan, termasuk otak. Ini secara tidak langsung membantu mengekalkan dan menajamkan daya ingatan.

Panduan dari Department of Health and Human Services mengesyorkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu melakukan aktiviti aerobik sederhana, seperti berjalan pantas, atau 75 minit seminggu melakukan aktiviti aerobik yang bertenaga, seperti berjoging. 

Lebih baik jika aktiviti ini dilakukan sepanjang minggu. Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersenam, cuba berjalan kaki selama 10 minit sepanjang hari.

2. Kekal aktif secara mental

Jika aktiviti fizikal boleh mengekalkan bentuk tubuh badan yang idea. Aktiviti yang melibatkan pembangunan minda juga akan membantu mengekalkan pembentukan otak yang sihat.

Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan adalah seperti buat teka silang kata, membaca, main permainan menguji minda, belajar main alat muzik, dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan orang lain

Interaksi sosial membantu mengelakkan kemurungan dan tekanan. Kedua-duanya boleh menyumbang kepada kehilangan ingatan. 

Cari peluang untuk berkumpul dengan orang tersayang, rakan dan orang lain, terutamanya jika anda tinggal bersendirian.

4. Dapatkan tidur yang berkualiti

doa lupa

Tidak mendapat tidur yang cukup telah dikaitkan dengan kehilangan ingatan. Begitu juga dengan tidur yang gelisah dan tidur yang sering terganggu. 

Jadikan tidur yang cukup sihat sebagai keutamaan. Orang dewasa harus tidur 7 hingga 9 jam setiap malam secara teratur. 

Jika berdengkur mengganggu tidur, buat temujanji untuk berjumpa pembekal penjagaan kesihatan anda. Berdengkur boleh menjadi tanda gangguan tidur, seperti apnea tidur.

5. Amalkan pemakanan yang sihat

doa lupa

Diet yang sihat adalah baik untuk otak anda. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. 

Pilih juga sumber protein rendah lemak, seperti ikan, kekacang dan ayam tanpa kulit. Apa yang anda minum juga penting. Terlalu banyak alkohol boleh menyebabkan kekeliruan dan kehilangan ingatan.

6. Menguruskan masalah kesihatan yang kronik

Ikuti panduan penjagaan kesihatan yang betul untuk menangani masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kemurungan, kehilangan pendengaran dan obesiti. 

Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak memberi kesan tahap ingatan atau mudah pelupa kepada diri sendiri.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan himpunan doa lupa ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Memory Loss: 7 Tips to Improve Your Memory. Mayo Clinic
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.