Doa Syifa Minta Kesembuhan (Panduan Rumi & Audio)

Apakah doa syifa yang sesuai untuk dijadikan bacaan khusus bagi merawat kesembuhan penyakit?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang doa syifa bagi bacaan mereka yang sedang sakit lalu mencari kesembuhan ,ataupun mereka yang melawat orang sakit kemudian memohon kesembuhan.

Sakit sebagai pengugur dosa

Sakita mahupun sihat merupakan anugerah oleh Allah kepada setiap makhlukya.

Ujian sakit biarpun ia dihiasi dengan derita dan keperitan namun sakit juga merupakan anugerah yang harus disyukuri oleh setiap hamba Nya.

Allah memberikan rasa sakit sebagai salah satu tanda kasih sayang Allah terhadap makhluknya.

Tanpa kita sedar, hanya dengan sakit kita akan segera menyedari kelemahan kita sebagai hamba. Lantas di situlah “turning point” di mana kita berpatah kembali kepada Allah, mengingati Allah dan berdoa agar diberi kesembuhan.

Orang yang bersabar dan redha dengan kesakitan yang menimpanya akan diampunkan dosanya seperti daun-daun kering yang berguguran.

Hadis tentang sakit adalah pengugur dosa

Terdapat beberapa hadis yang ada menghuraikan tentang kenyataan bahawa sakit itu adalah penghapus dosa. Berikut ini adalah panduan hadisnya.

Hadis 1

“Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu keletihan, penyakit, kecemasan kesedihan, kesulitan, kesedihan, kesakitan dan kepedihan, bahkan hingga duri yang menusuknya, melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan segala kesalahannya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis 2

“Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu penyakit, keletihan, kepedihan, kesedihan, hingga kecemasan yang dirasakannya, melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis 3

“Tidaklah menimpa seorang Muslim suatu bencana berupa penyakit dan yang lainnya melainkan dengan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis 4

“Sesungguhnya Allah Ta’ala akan menguji hamba Nya dengan penyakit hingga penyakitnya itu akan menghapus segala dosa darinya.” – (Hadis Riwaya Al Hakim)

Doa syifa (dalam Arab, Rumi & Audio)

Daripada Aisyah R.anha berkata, Nabi Muhammad SAW biasa membacakan doa pelindungan kepada sebahagian mereka (sahabatnya), baginda mengusap orang tersebut dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ
وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ
شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahumma rabban nasi, adhhibil ba’sa. Washfi, antash shafi, la shifa’a illa shifa’uka. Shifaan la yughadiru saqaman

Maksudnya: “Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. No. 5743)


Tips Menghadapi Ujian Sakit

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” – (Hadis Riwayat Bukhari)


Anas RA berkata: Nabi SAW bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah.” – (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Abu Said dan Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Abu Yahya Shuhaib bin Sinan RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.” – (Hadis Riwayat Muslim)


“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 185)


“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” – (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


 Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan meletakkan untuknya ubat kecuali satu penyakit iaitu tua.” – (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai doa syifa ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama-sama dalam mengubati ujian sakit yang Allah berikan.

Sumber:

  1. Menghadapi Penyakit: Ibrah kisah Nabi Ayub AS. Harakah Daily
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-389: Hadith Penyakit Bersama Penawar. Mufi Wilayah Persekutuan
  3. Cara Rasulullah Menghadapi Ujian Hidup. Berita Harian
  4. Himpunan Doa Asy-Syifa’ Penawar Penyakit. Al-Hidayah Publication
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.