Malam Nisfu Syaaban: Doa, Amalan & Kelebihannya

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan dan rahmat, di mana umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, istighfar serta amalan soleh.
Malam istimewa ini menjadi peluang untuk memohon keampunan Allah SWT, membersihkan hati, dan mempersiapkan diri menjelang kedatangan bulan Ramadan.
Dalam artikel ini, kita akan menelusuri himpunan doa, amalan yang digalakkan serta keistimewaan Malam Nisfu Syaaban agar ia dapat dihayati dan dimanfaatkan sebaiknya sebagai persediaan rohani.
Apa itu Malam Nifsu Syaaban
“Nifsu” adalah perkataan dari bahasa Arab yang bermaksud “pertengahan”. Ini bertepatan dengan istilahnya iaitu pertengahan bulan Sya’ban yang dipanggil sebagai Nifsu Sya’ban.
Berkata Imam Ghazali pada malam ke-13 bulan Sya’ban ini, Allah SWT memberikan sepertiga syafaat kepada hamba Nya. Manakala pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh.
Seterusnya, pada malam ke-15 umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu bulan.
Dalam masa yang sama juga, segala catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT pada hari tersebut.
Bila malam Nifsu Syaaban Berlaku?
Untuk tahun 2026 ini, Nisfu Syaaban disambut pada hari Selasa, 3 Februari 2026. Manakala malam Nisfu Syaaban bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada Isnin, 2 Februari 2026.
Bacaan Doa Malam Nifsu Syaaban
Doa ini ma’thur dan masyhur. Daripada Ibn Mas’ud berkata:
“Tidaklah seseorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya.”
Pada malam ini, umat Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar sebagai tanda memohon keampunan serta bertaubat daripada segala dosa, sama ada besar atau kecil, di samping berdoa agar Allah SWT mengampuni dosa ibu bapa dan seluruh ahli keluarga.

Allahumma yā dhā al-manni wa lā yumannu ‘alayh, yā dhā al-jalāli wal-ikrām, yā dhā at-ṭawli wal-in‘ām, lā ilāha illā anta, ẓahra al-lāji’īn, wa jāra al-mustajīrīn, wa amāna al-khā’ifīn.
In kunta katabtani ‘indaka fī ummi al-kitābi shaqiyyan aw maḥrūman aw maṭrūdan aw muqattaran ‘alayya fī ar-rizq, famḥu Allāhumma bifaḍlika shaqāwatī wa ḥirmānī wa ṭardī wa taqtīra rizqī, wa athbitnī ‘indaka fī ummi al-kitābi sa‘īdan marzūqan muwaffaqan lil-khayrāt.
Fa’innaka taqūlu wa qawluka al-ḥaqq fī kitābika al-munzāl:
Yamḥullāhu mā yashā’u wa yuthbitu wa ‘indahu ummu al-kitāb.Ilāhī bit-tajallī al-a‘ẓam fī laylatin-niṣfi min shahri Sha‘bān al-mukarram allātī yufraqu fīhā kullu amrin ḥakīm wa yubram, an takshifa ‘annā mina al-balā’i mā na‘lamu wa mā lā na‘lamu wa mā anta bihi a‘lam, innaka anta al-a‘azzu al-akram.
Wa ṣallallāhu ‘alā sayyidinā Muḥammadin an-nabiyyil-ummiyy wa ‘alā ālihi wa ṣaḥbihi wa sallam.
Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai pemberian dan tidak ada sesiapa yang memberi kepada-Nya. Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Tuhan yang mempunyai kekuatan dan nikmat, tiada Tuhan melainkan Engkau.
Penolong bagi orang yang datang berlindung kepada-Mu, Penjaga orang yang meminta perlindungan, Pengaman orang-orang yang takut. Sekiranya Engkau menulis akan daku di sisi-Mu di dalam Ibu Segala Suratan sebagai orang yang celaka, maka padamkanlah namaku daripada kumpulan orang yang celaka itu dan tetapkanlah daku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia.
Sekiranya Engkau menulis namaku di sisi-Mu di dalam Ibu Segala Suratan sebagai orang yang diharamkan dari rezekiku, maka hapuskanlah pengharaman ke atasku itu dan permudahkanlah rezekiku serta tetapkanlah daku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia dan mendapat taufiq untuk melakukan kebaikan kerana Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang telah Engkau turunkan
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah di sisi-Nya ada Ibu Segala Suratan.
Tuhanku dengan tajallimu yang Maha Agung pada malam Nisfu Sya‘ban yang mulia, yang pada malam itu dijelaskan kepada malaikat tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar), kami memohon kepada-Mu agar Engkau menghapuskan daripada kami sebarang bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan yang lebih Engkau ketahui.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia. Salawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya.”
Kelebihan Malam Nifsu Syaaban
Nikmat yang paling besar Allah berikan kepada kita sebagai umat Islam adalah pengampunan atas dosa-dosa kita selama ini.
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” – (Sahih Ibn Hibban, no. Hadis 5665)
Setiap manusia pastinya tidak akan lari dari berbuat dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sejahat-jahatnya manusia apabila ditanya mahu ke syurga atau neraka, pasti mereka tetap memilih untuk ke syurga biarpun bergelumang dengan dosa.
Itulah fitrah kita sebagai manusia. Justeru itu, ambillah masa dan kesempatan ini untuk meminta ampun sepenuh hati dan sebenar-benar penyesalan kepada Allah SWT.

Amalan yang Boleh Dilakukan
Umumnya, tiada amalan yang dikhususkan ketika bertemu dengan malam ini.
Apa sahaja amalan baik yang dilakukan dengan penuh keikhlasan seperti berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berselawat kepada Nabi SAW adalah digalakkan serta diharapkan mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.
Waktu Maghrib
- Mendirikan solat maghrib
- Melakukan wirid dan doa
- Mendirikan solat hajat dan doa solat hajat
- Membuat bacaan yasin dan doa
- Membaca doa Nifsu Sya’ban
- Membaca selawat kamilah
Waktu Isyak
- Mendirikan solat isyak
- Melakukan wirid dan berdoa
- Membaca surah Al-Mulk
- Membaca Asmaul Husna
- Berqiamulail
- Mendirikan solat-solat sunat (solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat tasbih, solat sunat istikharah, dan solat sunat witir)
- Melakukan amalan-amalan dan zikir (membaca Al-Quran, membaca istighfar, membaca selawat, dan membaca tasbih atau zikir)
Ringkasnya, amalan-amalan yang boleh dilakukan pada Malam Nisfu Syaaban ini bertujuan untuk mengisi malam tersebut dengan ibadah dan kebaikan, agar ia menjadi waktu yang bermanfaat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Soalan Lazim Berkaitan Malam Nisfu Syaaban
Malam Nisfu Syaaban berlaku pada malam 15 Syaaban, bermula selepas waktu Maghrib hingga terbit fajar.
Tiada amalan khusus yang diwajibkan, namun umat Islam digalakkan melakukan amalan soleh seperti berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berselawat.
Boleh. Solat sunat secara umum dibenarkan tanpa menetapkan bilangan rakaat atau niat khusus.
Malam ini dikaitkan dengan keampunan Allah SWT dan peluang untuk memperbaiki hubungan dengan-Nya melalui taubat dan ibadah.
Setiap doa yang dipohon dengan penuh keikhlasan pada bila-bila masa, termasuk Malam Nisfu Syaaban, diharapkan mendapat perhatian dan rahmat Allah SWT.
Tidak diwajibkan. Lakukan amalan mengikut kemampuan tanpa memberatkan diri.
Baca juga:



