Doa Bulan Sya’ban Dengan Teks Rumi & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan

Tibanya bulan Sya’ban menandakan bahawa seluruh umat Islam semakin hampir dengan bulan mulia, Ramadhan.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda doa bulan Sya’ban dan amalan baik yang sangat bagus untuk diamalkan oleh kita dalam bulan ini.

Apa itu bulan Sya’ban?

doa bulan sya'ban

Bulan Sya’ban adalah bukan kelapan dalam tahun hijriah yang menjadi pemisah kepada bulan Rejab dan bulan Ramadhan.

Maksud perkataan Sya’ban adalah berpecah-pecah. Ada pendapat yang mengatakan bahawa istillah ini diperoleh dari sebuah peristiwa yang mana ketika itu bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. 

Dalam bulan ini, terkandung banyak kebaikan dan keberkatan yang boleh kita perolehi. Ada juga pendapat yang mengelarkan bulan ini sebagai Syahr an-Nabi (bulan Nabi Muhammad SAW).

Hal ini disebabkan oleh  Allah SWT telah memuliakan dan mengagungkan Baginda dengan mujizat yang diberikan pada bulan Sya’ban.

Dalil tentang bulan Sya’ban

Terdapat beberapa dalil melalui hadis mengenai bulan Sya’ban yang pernah diriwayatkan. Antaranya seperti yang berikut:

1. Bulan yang dihormati

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus.” – (Surah at-Taubah, ayat 36)

2. Bulan yang diampunkan dosa

Daripada Abu Musa Al-Asya’ri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT menilik (hamba-hamba Nya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hamba Nya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. Galakan berbuat amal baik

“Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan  solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215)

Peristiwa yang pernah terjadi dalam bulan Sya’ban

  • Perpindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah
  • Turunnya ayat dalam Al-Quran tentang untuk berselawat
  • Penetapan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan
  • Pernikahan Rasulullah SAW bersama Saidatina Hafsah Binti Umar
  • Peperangan Badar yang terjadi buat kali kedua
  • Peristiwa Al-Ifki
  • Peristiwa Nahrawan
  • Perampasan Baitul Maqdis

Doa bulan Sya’ban yang boleh dibaca

Berikut ini adalah doa bulan Sya’ban yang boleh dibaca apabila masuk sahaja bulan Sya’ban

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksudnya: “Ya Allah, berkatikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.” – (Hadis Riwayat Baihaqi)

Amalan sunat bulan Sya’ban

Walaupun tidak terdapat amalan yang dikhususkan sepanjang bulan Sya’ban ini tetapi umat Islam boleh amalkan beberapa amalan sunat seperti dibawah untuk menambahkan lagi ganjaran pahala.

1. Berpuasa sunat

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban? Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.” – (Hadis Riwayat al-Nasa’ie)

2. Berqiamulail

Sabda baginda SAW: “Solat yang paling utama setelah solat fardu iaitu qiamullail atau solat pada tengah malam.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan doa bulan Sya’ban ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seorang Muslim.

Sumber:

  1. Peristiwa Penting Yang Terjadi Dalam Bulan Sya’bab. TZKRH
  2. Irsyad al-Hadis Siri ke-52: Kelebihan Bulan Sya’ban. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.