Zakat Persekolahan Anak: Bantuan Anak Kakitangan UKM 2024

Zakat Persekolahan Anak: Bantuan Anak Kakitangan UKM 2024

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan bantuan anak kakitangan UKM bagi tahun 2024.

Baca lagi:

Apa itu Bantuan Anak Kakitangan UKM?

Bantuan Anak Kakitangan UKM adalah bantuan yang diberikan kepada anak kakitangan UKM bagi persediaan keperluan untuk permulaan sesi persekolahan yang akan datang di peringkat tadika, sekolah rendah, dan menengah.

Kadar bantuan zakat persekolahan anak UKM

Kadar bantuan zakat ini akan diberikan kepada mereka yang layak sebanyak RM200.00/pelajar sahaja secara one-off.

Syarat permohonan

Syarat permohonan bagi memohon bantuan zakat ini adalah seperti berikut:

  • Warga Kakitangan UKM
  • Beragama Islam
  • Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah
  • Umur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2024)

Cara untuk memohon

Berikut adalah cara untuk memohon bantuan zakat persekolah anak di bawah UKM:

  1. Layari laman web berikut:https: //eprihatin.ukm.my/
  2. Masukkan no. UKM dan kata laluan
  3. Klik pada butang “Log Masuk”
  4. Isi dengan lengkap dan betul segala maklumat yang diperlukan
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan
  6. Hantar permohonan

Dokumen penting yang diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  • Pendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri/ Tidak Bekerja – Suri Rumah)
  • Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)
  • Sijil Kematian (Jika berkenaan)
  • Sijil Cerai (jika Berkenaan)
  • Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)

* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.

Tarikh tamat permohonan

Tarikh permohonan zakat persekolahan anak untuk kakitangan UKM ini akan dibuka dari 15 November 2023 hingga 31 Disember 2023.

Maklumat lanjut

zakat persekolahan anak

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi mereka di talian berikut:

  • 03-8921 4225 (Bangi)
  • 03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan zakat persekolahan anak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. Permohonan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2024. eCentral
  2. Bantuan Zakat Persekolahan Sesi 2024 Bagi Anak Kakitangan UKM. UKM
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.