Syarat Wajib Puasa Ramadan
Puasa Ramadhan adalah tergolong dalam salah satu Rukun Islam yang wajib umat Islam tunaikan ketika tiba bulan Ramadhan. Sebagaimana ibadah solat yang lain, puasa juga mempunyai rukun dan syaratnya yangg tertentu. Apakah yang dimaksudkan dengan syarat wajib puasa dalam Islam?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai syarat wajib puasa yang kita sebagai umat Islam perlu tahu.
Apa itu Syarat Wajib Puasa?
Syarat wajib puasa Ramadhan adalah syarat-syarat yang mewajibkan seseorang untuk berpuasa di bulan Ramadhan.
Apabila seseorang tidak memenuhi salah satu dari syarat ini, maka mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Berikut ini adalah antara syarat seseorang diwajibkan berpuasa yang perlu anda tahu:
1. Beragama Islam
Pertama sekali, syarat wajib puasa adalah beragama Islam. Hanya orang-orang yang beragama Islam sahaja yang diwajibkan untuk berpuasa di bulan ramadan.
Manakala bagi orang bukan Islam pula tidak diwajibkan sama sekali mereka untuk berpuasa.
2. Baligh
Seterusnya syarat wajib puasa adalah baligh atau sudah dewasa secara fizikal dan mentalnya.
Seseorang yang sudah baligh boleh ditentukan dengan tanda seperti mimpi basah bagi yang lelaki dan datang haid bagi yang perempuan, tumbuh bulu di bahagian kemaluan atau ketiak, suara menjadi besar bagi lelaki, atau sudah mencapai usia 15 tahun hijriyah.
Sedangkan untuk golongan kanak-kanak yang belum baligh lagi mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa tetapi dinasihatkan untuk mendidik diri dari ecil agar terbiasa dengan ibadah berpuasa.
3. Berakal
Orang yang wajib berpuasa juga haruslah berakal yakni waras, tidak gila, atau tidak siuman. Mereka ini perlu tahu untuk membezakan antara baik dan buruk serta mengerti hukum-hukum agama Islam.
Golongan yang tidak memiliki akal, gila, atau bodoh tidak diwajibkan untuk berpuasa karena mereka tidak dapat bertanggungjawab atas perbuatannya.
4. Bebas dari uzur Syarie
Akhir sekali syarat sah puasa adalah suci dari haid atau nifas. Wanita yang yang sedang mengalami haid atau nifas tidak boleh atau haram berpuasa kerana mereka dalam keadaaan berhadas besar.
Mereka hanya boleh mengerjakan ibadah puasa apabila sudah suci dari hadas dan selesai mandi hadas besar untuk melakukan ibadah-ibadah lainnya seperti solat.
5. Mampu Berpuasa
Sihat dan mampu berpuasa. Orang tua yang lemah dan seseorang yang sakit tidak wajib berpuasa.
6. Bermukim
Musafir yang dalam perjalanan tidak wajib berpuasa namun wajib menggantikannya (qada’).
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai syarat wajib puasa ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam beribadah di bulan Ramadhan.
Sumber:
- Panduan Amalam di Bulan Ramadhan. JAKIM
- Puasa Ramadhan: Syarat, Rukun dan Yang Membatalkannya. Universiti Islam An Nur Lampung