Surah Dalam Solat (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak)
Apakah surah dalam solat yang boleh kita baca dalam rutin solat fardhu lima waktu?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi tentang surah ketika solat setiap hari yang dikongsikan Dr. Ahmad Sanusi Azmi dan hukum membacanya.
Baca juga:
Hukum solat baca surah Al-Fatihah sahaja
Hukum solat baca surah Al-Fatihah sahaja tanpa membaca surah adalah sah kerana membaca surah dalam solat adalah sunat.
Hukum baca surah berulang dalam solat
Hukum baca surah yang sama dalam solat adalah harus.
Sungguhpun begitu, adalah lebih afdhal membaca surah yang berlainan atau ayat yang berlainan berdasarkan kebanyakan amalan Nabi SAW ketika membaca selepas Al-Fatihah dalam solat.
Bacaan surah ketika solat subuh
Berdasarkan riwayat hadis, Rasulullah SAW dilihat pernah membaca beberapa surah ketika solat subuh antaranya:
“Dan diriwayatkan daripada Nabi SAW sesungguhnya Baginda membaca surah Al-Waqiah di dalam solat subuh.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Manakala dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW dikatakan turut pernah membaca surah Al-Zalzalah (Hadis Riwayat Abu Daud), surah Al-Takwir (Hadis Riwayat Tirmizi) dan surah Qaf (Hadis Riwayat Muslim).
Pada hari Jumaat pada Baginda membaca surah Al-Sajadah dan surah Al-Insan (Hadis Riwayat Bukhari).
Bacaan surah dalam solat zohor & asar
Berdasarkan riwayat hadis, Rasulullah SAW pernah membaca beberapa surah ketika solat zohor dan asar antaranya:
“Daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya Rasulullah membaca di dalam solat zohor dan asar surah Al-Buruj dan surah Al-Tariq dan yang seumpamanya.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Manakala dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW dikatakan turut pernah membaca surah Al-Lail (Hadis Riwayat Muslim) dan surah Al-Insyiqaq (Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah).
Bacaan surah ketika solat maghrib
Berdasarkan riwayat, Rasulullah SAW kadang-kdang membaca surah-surah pendek (seperti surah Al-Tin) dalam solat maghrib. Kata Abu Hurairah:
“Dan Rasulullah membaca dalam solat maghrib yang pendek-pendek.” – (Hadis Riwayat Al-Nasa’i)
Namun dalam riwayat lain, terdapat hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW turut membaca surah yang panjang seperti Al-A’raf, Al-Ma’idah, Al-Anfal, Al-Tur dan Al-Mursalat dalam solat maghrib.
Bacaan surah dalam solat isyak
Berdasarkan riwayat hadis, Rasulullah SAW pernah membaca beberapa surah ketika solat isyak antaranya:
“Daripada Buraidah RA, Rasulullah SAW membaca di dalam solat isyak ialah surah Al-Syams dansurah yang sepertinya.” – (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Berdasarkan riwayat Al-Imam Al-Bukhari pula, Rasulullah turut pernah menasihatkan Saidina Muaz agar membaca surah Al-Syams dan Al-Layl. – (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Jadual bacaan surah ketika solat (harian)
Surah-surah dari Al-Quran ini dibaca pada setiap sembahyang fardu harian yang mana disyorkan dan diamalkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad.
Berikut adalah jadual bacaan surah dalam solat 5 waktu yang boleh anda baca setiap hari.
Jadual hari Isnin:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 91 Al Sham | Surah 107 Al Ma’un | Surah 113 Al Falaq | Surah 107 Al Ma’un | Surah 95 Al Tin |
2 | Surah 93 Al Duha | Surah 108 Al Kawthar | Surah 114 Al Nas | Surah 108 Al Kawthar | Surah 97 Al Qadr |
Jadual hari Selasa:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 96 Iqra’ | Surah 109 Al Kafirun | Surah 106 Quraysh | Surah 109 Al Kafirun | Surah 101 Al Qari’ah |
2 | Surah 97 Al Qadr | Surah 110 Al Nasr | Surah 107 Al Ma’un | Surah 112 Al Ikhlas | Surah 102 Al Takathur |
Jadual hari Rabu:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 98 Al Bayyinah | Surah 104 Al Humazah | Surah 95 Al Tin | Surah 113 Al Falaq | Surah 94 Al Inshirah |
2 | Surah 100 Al ‘Adiyat | Surah 105 Al Fil | Surah 97 Al Qadr | Surah 114 Al Nas | Surah 110 Al Nasr |
Jadual hari Khamis:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 90 Al Balad | Surah 107 Al Ma’un | Surah 104 Al Humazah | Surah 107 Al Ma’un | Surah 99 Al Zalzalah |
2 | Surah 91 Al Shams | Surah 108 Al Kawthar | Surah 105 Al Fil | Surah 108 Al Kawthar | Surah 102 Al Takathur |
Jadual hari Jumaat:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 32 Al Sajdah | Surah 62 Al Jumua’ah | Surah 94 Al Inshirah | Surah 109 Al Kafirun | Surah 87 Al A’la |
2 | Surah 76 Al Insan | Surah 63 Al Munafiqun | Surah 110 Al Nas | Surah 112 Al Ikhlas | Surah 88 Al Ghashiyah |
Jadual hari Sabtu:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 92 Al Layl | Surah 100 Al ‘Adiyat | Surah 102 Al Takathur | Surah 113 Al Falaq | Surah 93 Al Duha |
2 | Surah 93 Al Duha | Surah 101 Al Qari’ah | Surah 103 Al ‘Asr | Surah 114 Al Nas | Surah 94 Al Inshirah |
Jadual hari Ahad:
Rakaat | Subuh | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
---|---|---|---|---|---|
1 | Surah 86 Al Tariq | Surah 106 Quraysh | Surah 107 Al Ma’un | Surah 105 Al Fil | Surah 104 Al Humazah |
2 | Surah 95 Al Tin | Surah 107 Al Ma’un | Surah 108 Al Kawthar | Surah 106 Quraysh | Surah 105 Al Fil |
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai bacaan surah dalam solat fardhu lima waktu dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #1394: Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat. Mufti Wilayah Persekutuan
- Bacaan Rasulullah Dalam Solat. Dr. Ahmad Sanusi Azmi