Yasin PDF: Terjemahan & Audio (Download)
Seiringnya teknologi, kita dibolehkan untuk membaca Al-Quran dari smartphone atau gajet-gajet yang lain dengan lebih mudah. Salah satunya adalah dengan membaca Yasin PDF yang boleh dimuat turun terus ke peranti gajet masing-masing.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan surah Yasin PDF yang boleh anda jadikan panduan dan rujukan bersama.
Baca juga:
Latar belakang surah Yasin
Surah Yasin merupakan surah yang ke 36 mengikut susunan surah dalam Al-Quran, surah ini diturunkan sesudah surah Al-Jin dan diturunkan di Mekah, iaitu sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
Dinamakan surah Yasin kerana dimulakan dengan huruf ya dan sin.
Surah ini juga dinamakan dengan pendorong, penghukum, pelengkap, dan hati.
Selain itu ia juga memberi maksud penetapan risalah yang merupakan jiwa kewujudan dan roh kepada semua benda, yang mana roh dan hatilah merupakan tunggak kepada utusan pengakhir rasul yang menjadi ikutan kepada kesemua penduduk Mekah.
Surah ini amatlah perlu diperbincangkan memandangkan isi kandungan dan intipatinya mengenai permasalahan akidah yang merupakan pokok perbincangan sepanjang zaman.
Hal ini kerana, memandangkan surah tersebut merupakan amalan umat Islam terutamanya ketika terkena musibah atau bala atau dalam majlis yang penuh dukacita selepas kematian
Muat turun Yasin PDF dengan terjemahan
Muat turun Yasin PDF dengan tajwid
Muat turun Yasin PDF dengan terjemahan Arab
Muat turun Yasin PDF dengan terjemahan Inggeris
Muat turun Yasin dan tahlil
Doa Yasin dalam PDF
Audio surah Yasin dalam teks rumi
Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai Yasin PDF ini dapat memberikan anda semua maklumat dan informasi yang bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Sumber:
- Al-Quran dan Terjemahannya
- Pengenalan Surah Yasin. Universiti Malaya
- #705 Pahala Membaca al-Quran Melalui Smartphone. Maktabah Al Bakri