Teks Penuh Khutbah Raya Aidiladha 2023 Bagi Setiap Negeri

Apakah tajuk khutbah raya Aidiladha bagi solat sunat hari raya tahun ini untuk setiap negeri-negeri di Malaysia?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai teks khutbah raya Aidiladha yang dibaca untuk setiap negeri bagi Hari Raya Aidiladha 2023.

Baca juga:

Apa itu khutbah Aidiladha?

khutbah raya aidiladha

Khutbah Aidiladha adalah khutbah yang disampaikan oleh imam atau pemimpin solat pada hari raya Aidiladha, juga dikenal sebagai Hari Raya Korban.

Aidiladha merupakan salah satu perayaan penting dalam agama Islam yang jatuh pada tanggal 10 Zulhijjah dalam kalendar Hijriah.

Khutbah Aidiladha biasanya disampaikan di masjid atau tempat ibadah yang lain setelah melaksanakan solat raya Aidiladha.

Khutbah ini memiliki tujuan untuk memberikan pengajaran, nasihat, dan pengingat kepada jemaah mengenai nilai-nilai dan makna dari Hari Raya Korban.

Hukum khutbah Aidiladha

Hukum bagi membaca khutbah bagi solat sunat Aidilfitri secara berjemaah adalah sunat.

Hal ini bertepatan dengan pandangan Imam Al-Khatib Al-Syarbini yang bermaksud:

“Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat).

Rukun khutbah raya

Terdapat lima rukun khutbah Aidiladha yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:

  • Memuji Allah dengan melafazkan kata-kata pujian “al-hamdu”.
  • Selawat atas Nabi Muhamamd SAW.
  • Mengingatkan manusia supaya bertakwa kepada Allah.
  • Berdoa untuk orang mukmin dan mukminat pada khutbah kedua.
  • Membaca ayat Al-Quran sama ada dalam khutbah pertama atau kedua.

Syarat sah khutbah raya

Terdapat beberapa syarat sah khutbah Aidiladha yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:

  • Membaca khutbah sesudah waktu zohor.
  • Mendahulukan khutbah daripada solat.
  • Berdiri dalam dua khutbah itu apabila mampu.
  • Membaca rukun khutbah dalam bahasa Arab menurut pendapat yang sahih.
  • Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah dan wajib tuma’ninah semasa duduk itu.
  • Khatib berpakaian menutup aurat.
  • Khatib suci daripada hadas dan najis pada badan, pakaian, dan tempat solat.
  • Suara khatib dapat didengar oleh sekurang-kurangnya 40 orang dari jemaah semuanya.

Sunat-sunat khutbah

Terdapat beberapa sunat-sunat khutbah Aidiladha yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:

  • Disampaikan di atas mimbar.
  • Khatib menumpukan pandangan ke arah makmum.
  • Rukun-rukun khutbah disampaikan mengikut tertib.
  • Memegang tongkat ketika berkhutbah
  • Khatib beri salam setelah naik mimbar dan duduk ketika azan dilaungkan.
  • Disampaikan dengan lancar dan jelas.
  • Isi khutbah ringkas dan padat.

[Muat Turun] Senarai teks khutbah raya Aidiladha setiap Negeri

Untuk anda yang ingin mendapatkan teks penuh khutbah Aidiladha bagi setiap negeri untuk tahun 2023 ini, anda boleh memuat naik terus dari pautan yang kami sediakan di bawah ini:

  • Teks khutbah raya Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Selangor : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Johor : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Melaka : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Sembilan : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Pahang : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Terengganu : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Perak : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Kelantan : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Pulau Pinang : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Kedah : Download
  • Teks khutbah raya Negeri Perlis : Download
  • Teks khutbah raya Wilayah Sabah : Download
  • Teks khutbah raya Wilayah Sarawak : Download

Diharapkan semoga perkongsian kami ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam mengambil pengajaran dari khutbah raya Aidiladha 2023 tersebut.

Sumber:

  1. Teks Khutbah Aidilfitri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. JAKIM
  2. Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.