Teks Penuh Khutbah Aidilfitri 1444H / 2023M Untuk Setiap Negeri
Apakah tajuk khutbah Aidilfitri bagi solat sunat hari raya tahun ini untuk setiap negeri-negeri di Malaysia?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai teks khutbah Aidil fitri yang dibaca untuk setiap negeri bagi Hari Raya Aidilfitri 2023.
Apa itu khutbah Aidilfitri?
Secara umumnya, dari sudut bahasa khutbah adalah pidato atau syarahan yang memberi penerangan atau menghuraikan sesuatu perkara.
Manakala dari segi istilah pula, khutbah ini adalah syarahan berbentuk nasihat-nasihat agama yang dibacakan oleh khatib serta menjadi syarat atau sunat dalam solat-solat tertentu sebagai contoh solat Jumaat, solat hari raya, dan sebagainya.
Dalam konteks ini, kami akan menerangakn lebih lanjut tentang khutbah Aidilfitri.
Khutbah Aidilfitri mempunyai dua khutbah dan diiringi dengan lima rukun sama seperti mana khutbah Jumaat yang lain.
Yang membezakannya hanyalah khutbah Aidilfitri ini dilaksanakan selepas solat hari raya dan didahului dengan takbir.
Pensyariatan khutbah raya
Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahuakbar) sebanyak sembilan kali berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.
Dari ‘Ubaidillah bin ‘Abdillah bin ‘Utbah RA yang menceritakan:
“Menjadi sunah memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir yang berturut-turut dan memulakan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir yang berturut-turut.” – (Hadis Riwayat Imam al-Baihaqi)
Hukum khutbah Aidilfitri
Hukum bagi membaca khutbah bagi solat sunat Aidilfitri secara berjemaah adalah sunat.
Imam Al-Khatib Al-Syarbini pernah berkata maksudnya: “Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat).”
Jika khutbah hari raya dilaksanakan dahulu dari solat sunat hari raya, maka khutbah tersebut tidak dikira dan sunat apabila diulangi semula selepas selesai solat.
Bagaimana pun sekiranya seseorang itu solat Aidilfitri tanpa khutbah, ianya masih lagi sah.
Dalam erti kata lain, solat sunat ini boleh dilaksanakan sama ada tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian masing-masing.
Rukun khutbah raya
Terdapat lima rukun khutbah Aidilfitri yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:
- Memberi pesanan dengan takwa.
- Memuji Allah dengan mengucapkan “Alhamudulillah”.
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
- Membaca sepotong ayat dari Al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
- Membaca doa untuk kaum Muslimin dan khutbah kedua.
Syarat sah khutbah raya
Terdapat enam syarat sah khutbah Aidilfitri yang perlu anda tahu. Antaranya adalah:
- Khutbah disampaikan selepas solat sunat hari raya.
- Rukun khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab.
- Berturut-turut antara dua khutbah.
- Khatib seorang lelaki.
- Khatib suci dari hadas kecil dan menutup aurat.
- Khatib berdiri jika mampu.
[Muat Turun] Senarai teks khutbah Aidilfitri setiap Negeri
Untuk anda yang ingin mendapatkan teks penuh khutbah Aidilfitri bagi setiap negeri untuk tahun 2023 ini, anda boleh memuat naik terus dari pautan yang kami sediakan di bawah ini:
- Teks khutbah raya Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) : Download
- Teks khutbah raya Negeri Selangor : Download
- Teks khutbah raya Negeri Johor : Download
- Teks khutbah raya Negeri Melaka : Download
- Teks khutbah raya Negeri Sembilan : Download
- Teks khutbah raya Negeri Pahang : Download
- Teks khutbah raya Negeri Terengganu : Download
- Teks khutbah raya Negeri Perak : Download
- Teks khutbah raya Negeri Kelantan : Download
- Teks khutbah raya Negeri Pulau Pinang : Download
- Teks khutbah raya Negeri Kedah : Download
- Teks khutbah raya Negeri Perlis : Download
- Teks khutbah raya Wilayah Sabah : Download
- Teks khutbah raya Wilayah Sarawak : Download
Diharapkan semoga perkongsian kami ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam mengambil pengajaran dari khutbah Aidilfitri 2023 tersebut.
Sumber:
- Teks Khutbah Aidilfitri. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. JAKIM
- Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.