Doa Untuk Anak Yang Mustajab Agar Menjadi Soleh & Solehah

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrahnya yang suci bersih ibarat kain putih. Kedua-dua orang tuanya yang bertanggungjawab untuk mencoraknya. Justeru itu, doa untuk anak amat penting bagi setiap ibu bapa.

Hal ini kerana doa ibu bapa kepada anak adalah sangat mustajab apatah lagi jika doa untuk kebaikan mereka misalnya agar menjadi anak yang soleh dan baik.

Bagaimana untuk membentuk anak menjadi soleh dan solehah?

doa untuk anak

Mendidikan anak memang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, setiap ibu bapa pastinya mempunyai impian untuk melihat anak yang di didiknya itu menjadi seorang manusia yang diharapkan.

Anak berjaya di dunia dan akhirat dengan menjadi anak yang soleh dan solehah adalah hadiah yang sangat berharga bagi semua ibu bapa.

Lantaran itu, kita juga perlu faham bahawa dalam halnya mendidik anak ianya perlu bermula dari kecil lagi untuk membentuk perilaku, peribadi, dan akhlak mereka.

Utamakan didikan agama kepada anak sejak kecil. Kerana apabila elok agamanya, maka eloklah juga akhlaknya nanti. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu memberi contoh yang terbaik untuk dijadikan panduan buat anak-anak.

Bagaimana mungkin anak boleh patuh kepada perintah kita untuk solat, sekiranya dia sendiri tidak pernah melihat ibu bapanya solat di rumah mahupun di masjid?

Himpunan doa untuk anak yang boleh diamalkan

Berikut ini kami kongsikan beberapa doa untuk anak yang amat mustajab apabila diamalkan oleh para ibu bapa.

1. Doa untuk mengatasi anak yang nakal

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orag-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)

2. Doa agar anak rajin solat

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenanakanlah doaku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)

3. Doa dapat keturunan yang baik

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)

4. Doa agar dikurniakan anak

doa untuk anak

وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.” – (Surah Al-Anbiya, ayat 89)

5. Doa agar mendapat anak yang soleh/solehah

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.” – (Surah As-Saffat, ayat 100)

6. Doa memohon anak dan keturunan yang soleh

رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَصْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan kepadaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redai dan perbaikilah keturunanku.” – (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

7. Doa anak dilembutkan hatinya

اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ ࣖ

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya: la memberi rezeki kepada sesiapa yang dikhendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan) dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” – (Surah As-Syura, ayat 19)

8. Doa agar diberikan rahmat

اِنَّهٗ كَانَ فَرِيْقٌ مِّنْ عِبَادِيْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَآ اٰمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرّٰحِمِيْنَ ۚ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami. dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat.” – (Surah Al-Mukminun, ayat 109)

9. Doa agar anak kuat & bersabar

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” – (Surah Ali-Imran, ayat 200)

10. Doa supaya dikurniakan anak yang mentaati perintah Allah

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 128)

11. Doa agar anak diberikan kefahaman agama

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

12. Doa memohon rahmat dan keberkatan

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً ۚاِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksdnya: “….Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (8) – (Surah Ali-Imran)

رَبَّنَآ اِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيْهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيْعَادَ ࣖ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (9) – (Surah Ali-Imran)

Kesimpulannya, pentingnya doa untuk anak ini adalah seperti mana doa Nabi kepada umatnya. Daripada Anak bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”

Diharapkan semoga perkongsian artikel mengenai doa untuk anak ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga.

Sumber:

  1. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-502: Ucapan Doa dan Tahniah Sempena Kelahiran Anak. Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-414: Doa Ibu Kepada Anak Seperti Doa Nabi Kepada Umat. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

Jom Jadi Insan Bertaqwa!

Jom sama-sama berubah jadi manusia yang lebih dekat dengan Tuhan. Masukkan emel anda untuk tips & panduan beragama.