Doa Selepas Iqamat (Dalam Rumi dan Manfaatnya)
Apakah terdapat doa selepas iqamat dan kelebihannya yang boleh kita baca dan amalkan setiap hari?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa selepas iqamat yang boleh diamalkan sebelum mendirikan solat.
Baca juga:
Apa itu iqamat?
Iqamat ialah seruan yang dilakukan untuk memberitahu para jemaah bahawa solat berjemaah akan dimulakan.
Pada waktu itu juga, jemaah boleh segera bangun dan menyusun saf sebagai persiapan melaksanakan ibadah solat bersama-sama.
Hukum azan dan iqamat
Menurut Mazhab Syafie, hukum melaungkan azan dan iqamat adalah sunat muakkad untuk kesemua lima solat fardhu.
Hal ini seperti yang yang pernah disebutkan oleh Imam Al-Nawawi:
مَذْهَبُنَا الْمَشْهُورُ أَنَّهُمَا سُنَّةٌ لِكُلِّ الصَّلَوَاتِ فِي الْحَضَرِ وَالسَّفَرِ لِلْجَمَاعَةِ وَالْمُنْفَرِدِ لَا يَجِبَانِ بِحَالٍ فَإِنْ تَرَكَهُمَا صَحَّتْ صَلَاةُ الْمُنْفَرِدِ وَالْجَمَاعَةِ
Maksudnya : "(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah." - (Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (3/82)
Teks lengkap lafaz iqamat dan cara jawab
Makna Iqamat | Lafaz Iqamat |
---|---|
Allah yang Maha besar, Allah Yang Maha Besar | اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ |
Daku mengaku bahawasanya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah | أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله |
Daku mengaku bahawasanya, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah | أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ |
Marilah mendirikan solat, marilah menuju kejayaan | حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ |
Sesungguhnya telah hampir untuk mendirikan solat, telah hampir untuk mendirikan solat | قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ |
Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar | الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ |
Tiada Tuhan melainkan Allah | لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ |
Doa selepas iqamat
Bacaan lengkap doa selepas iqamat adalah seperti yang berikut:
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، أَنِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الْعَالِيَةَ الرَّفِيعَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدتَهُ، إنَّكَ لا تُخلف الميعاد
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad
Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Amalan sunat berdoa selepas azan dan iqamat
Amalan doa selepas azan tsabit dengan hadis Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat. (Sahih Bukhari: 614)
Di samping itu, amalan berdoa di antara azan dan iqamat juga dikatakan tergolong dalam waktu paling mustajab untuk terkabulkan hajat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” (Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
Ketika azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat.
Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hamba Nya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Diharapkan semoga perkongsian kami in berkenaan dengan doa selepas iqamat dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Al-Kafi #767: Adakah Ada Doa Selepas Iqamah Sebagaimana Doa Selepas Azan. Mufi Wilayah Persekutuan
- Al-Kafi #1700: Siapakah Yang Paling Berhak Mengumandangkan Iqamah. Mufti Wilayah Persekutuan